Kenapa Mencukur Kening Itu Haram



Semua wanita inginkan kecantikan. Mencukur kening termasuk dalam salah satu teknik mencantikkan wajah.Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seorang wanita itu menyambung rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain apalagi membuang bulu alisnya.


“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)

~~~~~~~~~~~~~

Kecuali jika bulu tersebut tumbuh di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menyerupai kaum adam. Oleh itu wajiblah wanita tersebut membuangnya.

Perkara ini pada satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menarik hati suaminya.Aisyah menjawab:

“Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”

~~~~~~~~~~~~~~

Menurut pandangan syara' adalah haram wanita itu mencukur keningnya kerana dia telah merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini dilarang keras di dalam Islam.

Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.


~~~~~~~~~~~~~~~

Setiap apa yang dilarang oleh Allah itu pasti ada sebabnya. Jom kita lihat kesan buruk mencukur kening dari sudut kesihatan. 

Menurut kajian, terdapat banyak saraf otak di bahagian bulu kening. Mencabut bulu kening boleh menimbulkan getaran yang kuat sehingga menyebabkan kesakitan. Perkara ini akan membuatkan anda kehilangan daya ingatan secara perlahan-lahan


Ha takut tak. Patut la orang dulu-dulu kuat daya ingatan mereka. Sekarang ni muda-muda dah jadi pelupa (selain faktor banyak makan semut).

Sel otak akan termusnah perlahan-lahan akibat perbuatan mencabut bulu kening.


Sekarang ni terdapat pelbagai teknik solekan untuk membentuk kening yang cantik dan kemas. Untuk tips membentuk kening yang cantik tanpa mencukur sila Klik Sini

Diharapkan kita semua dijauhkan dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.


Untuk pembelian supplement Shaklee, sila hubungi Lia di 018-5776940.

Penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia. COD di Medan Gopeng, Ipoh




No comments:

Post a Comment