Cara Mandikan Bayi Baru Lahir

Tatacara memandikan 'bayi muda' (umur 1- 40 hari) oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus


Dalam tempoh ini, kaedah mandian amat memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.


Bayi perlu dimandikan pada waktu Dhuha, kerana pada waktu tersebut, fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Air perlu dalam kadar suam-suam sejuk. 

Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa mandian, hal ini akan membuatkan aliran darah bayi tersebut lancar dan baik. Siraman ini disertakan dengan sapuan sabun atau gel mandian yang sesuai.

Seterusnya disiramkan dari belakang ke sehingga ke kepala. Siraman ke kepala secara perlahan-lahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga.

Semasa menyiramkan air ke dari belakang kepala ke bahagian dahi hadapan, tangan yang digunakan untuk menggosok siap sedia di dahi, adalah AMAT DIGALAKKAN, bapa yang memandikan anak tersebut sambil menggosok di dalam hati berzikir Ya Lathif, Ya Hadi.

Pastikan siraman tidak dilakukan ke muka bayi tersebut, kerana boleh melemaskan bayi muda tersebut dan mengundang kelembapan pada lubang hidung bayi tersebut yang boleh mendatangkan risiko jangkitan kuman.

Siraman seterusnya dan yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya terus ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada tubuh bahagian hadapan pada bayi peringkat umur ini, kerana membimbangkan kelembapan air sabun pada bekas potongan tali pusat akan melambatkan proses 'luruh' tali pusat.

Selesai mandian, bayi tersebut perlu dilapkan dengan kain tuala yang bersih sebaiknya daripada kapas (cotton).

Sapuan perlu bermula dari kepala, kerana lewatnya mengelap kelembapan air di kepala dan ubun-ubun bayi tersebut boleh mengundang kepada masalah lemahnya paru-paru.

Sebaiknya, semua ini dilakukan oleh BAPA kepada bayi tersebut.

Lia
Pengedar Sah Shaklee Ipoh
012-2827736


Teknik Marmet


TEKNIK MARMET (Perah guna tangan) untuk mengepam susu.

1. Basuh tangan dengan bersih.
2. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.
3. Duduk dengan selesa.
4. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.
5. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan.
6. Ampu payudara.
7. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
 

8. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang – imagine posisi jam 12 – 6, 3 – 9). Tolak kebelakang
9. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (Meaning, jari-jari ditolak ke arah dalam tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi)
10. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan. Tolak dan golek Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.
11. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek sehingga kilang susu kosong.
12. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.
13. Ulang sehingga payudara rasa kosong.
 
Pastikan Anda TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.
☆-Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan.
☆-Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak.
☆-Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak.



Solat Sunat Tahajjud

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

"Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Surah Isra’; ayat 79)


Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Tujuan Solat Tahajjud

Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.Mendekatkan seorang hamba dengan PenciptanyaTanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Cara Solat Tahajjud 
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Cara dan doa solat tahajjud lebih terperinci bleh dipelajari melalui link di bawah :



Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

Kelebihan Solat Tahajjud

- Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
- Doa dimakbulkan Allah.
- Memperolehi ketenangan jiwa.
- Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
- Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
- Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
- Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
- Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
- Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
- Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
- Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
- Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
- Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
- Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
- Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
- Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
- Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
- Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Memudahkan Bangun Solat Malam  

Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)


Marilah kita sama-sama mengamalkan niat sebelum tidur untuk bangun bersembahyang tahajjud. Memang berat ketika hendak memulakan sesuatu amalan, namun akan menjadi ringan setelah kita biasa melakukannya.


Milk Booster Shaklee

Anda Mencari Milk Booster?
Sila baca penerangan di bawah.

➀ ALFALFA :
  • Retail Price untuk 1Botol 330biji : RM53.00, 1botol 700biji: RM97.00.
  • Mengandungi "galactogogue" yang membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU
  • supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
  • memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim
  • membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan
  • mengelakkan baby dari kembung perut

➁KALSIUM/OSTEMATRIX : 
  • 1 botol 120biji, RP: RM61.00 
  • penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia
  • mengelakkan risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • mengelakkan kuantiti susu berkurang secara mendadak ketika haid

➂ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN) : 
  • 1Tin 850g, RM150.00
  • membekalkan tenaga secara konsisten 
  • mencantikkan dan mencerahkan kulit yang tidak sekata
  • menegangkan payudara
  • menambah dan memekatkan susu badan
  • menceria dan mengaktifkan kecerdasan mental dan fizikal
  • untuk kesihatan menyeluruh kerana badan kita terdiri daripada Protein

SOALAN YANG BIASA DI TERIMA UTK SET INI:

1- BERAPA LAMA SET NI BOLEH TAHAN?
SET NI TAHAN DARI 1 HINGGA 2 BULAN

2-BERAPA LAMA KESAN YANG AKAN KITA DAPAT?
Kesan depends on tubuh ibu sendiri, serta rutin mengepam ibu itu juga. Rutin pam yang berjadual, dapat bantu tubuh untuk hasilkan lebih banyak susu.

3- BAGAIMANA CARA PENGAMBILAN SUPPLIMENT NI?
ESP - maksimum 3 sudu besar sehari
Alfalfa - minimum 1 biji, maksimum 10biji sehari
Ostematrix - 4biji sehari

Sebarang pembelian boleh hubungi saya di 018-5776940
Penghantaran percuma bagi kawasan Ipoh



Simpul Biawak atau Mengkarung

Apa itu 'simpul biawak' atau 'tarik mengkarung':

"Muscle cramp yg kerap berlaku di betis atau anggota badan yg lain apabila kita terlampau aktif pada satu ketika, ia terjadi kerana kekurangan air dlm badan atau berada di kawasan yg terlalu sejuk.

Ini petanda kita mempunyai toksik dan angin yg terkumpul di dalam badan. Simpul biawak atau juga dikenali 'tarik mengkarung' juga berlaku kerana kurangnya kalsium.

Biasanya berlaku pada wanita hamil. Gejala ini sering terjadi pada lewat malam kerana cuaca yang sejuk.
Oleh itu, wanita hamil juga digalakkan untuk memakai stokin ketika tidur di waktu malam

[KURANG KALSIUM]
Ostematrix memang terkenal sebagai kalsium kerana setiap caplets Ostematrix Shaklee mengandungi 250mg kalsium. Kita digalakkan mengambil 1000mg kalsium sehari.

OSTEMATRIX juga sangat sesuai untuk mereka yg selalu tidur tak cukup dan keletihan akibat faktor kerja.

Ostematrik RM61.00 (120 caplet)

Hubungi lia di 012-2827736 utk konsultansi percuma dan pembelian.


Power Pumping

Apa itu Power Pumping?
Power Pumping merupakan satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam cara power pumping ni adalah sama seperti rutin kita mengepam selalu. Bezanya, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Teknik ni adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu. 

Siapa Perlu Buat Power Pumping?
1- Ibu yang kekurangan susu. ~ Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor seperti kedatangan haid, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.

2- Ibu yang menyusukan anak angkat ~ Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.

3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.
 

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?
[1] Jika anda menggunakan Single Pump: >> Pam breast kanan selama 10 minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10 minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1 jam.

[2] Jika anda menggunakan Double Pump. >> Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat selama 10 minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10 minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam. 


Saranan Waktu Mengepam?
Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana, pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.
 

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?
Sekurang-kurangnya 3 hai pertama kita akan dapat lihat peningkatan susu badan yang dipam. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Kesan teknik ini adalah tertakluk pada individu itu sendiri. Ada yg dapat hasil yg cepat dan ada yg dapat hasil dalam masa berbulan.

Semakin kerap DEMAND dan semakin banyak SUPPLY akan terhasil.

Sebagai seorang islam, wajiblah kita berdoa dgn mengamalkan doa-doa untuk bantu menambahkan susu dan yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. 


Semoga tips ini berguna buat ibu2 yang tekad dan berusaha untuk mendapatkan susu yg berkhasiat ini buat anak kita.

Bagi mendapatkan supplement untuk membantu menambahkan susu badan yang berkualiti, anda boleh hubungi saya Lia, Pengedar Sah Shaklee Ipoh.

call/sms/whats app 018-5776940


Set Menyusu terdiri daripada :



Set B :

Vitalea RM88.00
B Complex RM52.00
Vitamin C RM92.00
Alfalfa RM53.00

Add-on (Set Optimum)
ESP RM150.00
Ostematrix RM61.00

Kesemua supplement boleh bertahan sehingga 6 bulan. Sila hubungi saya untuk berbincang mengenai bajet dan supplemenet yang anda perlukan mengikut keperluan tubuh anda.




Pahala Wanita

Kita sebagai isteri dan juga ibu memikul banyak beban serta amanah dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang rasa tak terpikul dek bahu. Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Setiap pekerjaan yang kita kerjakan demi suami dan anak-anak besar ganjarannya. Jika kita tahu setiap pahala serta ganjaran itu pastinya kita tidak akan merasa terbeban melakukan tugas seharian kita. 

Di bawah adalah beberapa senarai pahala wanita. Kejarlah ganjaran dibawah demi bekalan akhirat kelak. 


1. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susunya kepada anaknya  mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).


24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.



Ibu Hamil Kerap Lapar

Kenapa ibu yang hamil kerap berasa lapar? Dah makan banyak pun still lapar lagi? Tengah tido pun boleh terjaga sebab lapar!



Betul ke lapar sebab mengandung atau memang ibu ni kuat makan? Pastu mula la risau baby nanti lahir besar smpai kena operation, lepas bersalin nanti susah nak kurus balik dan macam-macam lagi kerisauan.


Sebenarnya, ibu yang hamil berasa lapar ni sebab bayi yang dikandung tengah pesat membesar. Terutama pada trimester pertama dan kedua. Kalau rasa lapar, maknanya ibu perlukan makanan untuk membekalkan segala khasiat bagi pembesaran janin. Bagi ibu yang aktif juga mempengaruhi kadar pemakanan yang perlu diambil.

Bila tahu sahaja ibu disahkan hamil, ibu seharusnya menggandakan pemakanan seharian. Jika dulu makan sepinggan nasi, sekarang kne akan dua pinggan nasi. Begitu juga lauk dan sayur serta air.


Tapi harus dilihat juga makanan yang diambil. Pastikan makanan yang berkhasiat, bebas bahan kimia. Gula dan garam juga perlu dititikberat. Ibu hamil berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis dan juga darah tinggi.




Jika lapar, ibu boleh mengambil snek seperti kekacang, buah-buahan kering seperti kismis, kurma serta boleh juga minum susu kerana susu kaya dengan protein yang mengenyangkan.




Vitamin untuk ibu hamil pastikan diambil setiap hari ye!

Klik sini untuk lihat supplement untuk ibu mengandung dan juga bersalin.




Kenapa Ibu Mengandung Perlu Kalsium?

Kalsium penting untuk pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi, pembekuan darah, denyutan jantung yang normal dan juga rembesan hormon.




Kesan dan akibat kekurangan kalsium :

  • mudah stress
  • mudah mendapat kekejangan otot
  • sembelit
  • simptom PMS ketika haid
  • cenderung kepada water retention

Siapa yang perlukan kalsium :

  • lelaki atau perempuan yang sibuk bekerja dan sering keletihan -  kalsium membantu memastikan anda kekal bertenaga siang dan malam
  • ibu mengandung - penting sangat kerana bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang. (jika tak cukup kalsium, ibu akan mengalami kejang otot serta keletihan)
  • ibu yang menyusukan - kalsium membantu memperbanyakkan susu ibu serta memastikan susu ibu kaya dengan kalsium untuk bayi tersayang
  • individu yang berbadan besar - untuk memastikan tulang cukup kuat dan padat untuk menampung tubuh

Sumber kalsium yang disarankan :


Ostematrix Shaklee




Ibu mengandung yang tak lalu nak minum susu tu memang elok sangat ambil Ostematrix ni. Ostematrix mudah ditelan berbanding pil lain.


Harga sebotol Ostematrix ni RM61.00 sahaja. mengandungi sebanyak 120 tablet.

Ibu yang tidak mengambil sumer kalsium lain disarankan mengambil 2 biji Ostematrix pada waktu pagi dan 2 biji pada waktu malam.

Dos boleh dikurangkan jika ibu ada mengambil sumber kalsium lain. Boleh bertanya dengan lia untuk cara pengambilan dan dos yang sesuai untuk ibu.

Untuk pembelian serta pertanyaan boleh hubungi lia di 018-5776940 (call/sms/whatsapp)


Free delivery area Ipoh.