Petua Kulit Wajah Cerah, Halus dan Bebas Jeragat



Siapa yang nak kulit cantik, cerah dan halus angkat tangan! Hehehe.. Mesti ramai yang kulit cantik ye idak? Sama la dengan saya. Setiap hari gugel cara nak bagi kulit cantik. Di sini saya ada petua yang palinng jimat dan senang nk buat bagi kulit cantik, halus dan cerah. Jeragat pun boleh hilang tau. yang penting amalkan selalu. At least boleh buat seminggu sekali. Kalau nak buat hari-hari pun boleh.

Saya dapat petua ni masa jalan-jalan kat pasar. Suatu hari tu terjumpa seorang wanita India yang jual sayur di pasar. Kulitnya mak ai halusss.. Walaupun berkulit gelap tapi boleh nampak kehalusan kulit kakak ni. Nampak muda je tau. So, saya tanya la apa yang dia buat bagi kulit cantik macam tu. So ini petua yang diberi.

Bahan-bahan :

Tairu atau yogurt (beli tairu di pasar RM1 je harganya)
Tairu dikatakan mempunyai agen antibakteria dan antikulit yang bagus untuk membersihkan kulit wajah. Tairu juga mampu menghidrat kulit supaya kekal lembap. Jika kulit lembap, maka lambat la garis-garis halus timbul.

Serbuk kunyit tak kisah apa brand
Kunyit membantu dalam pertumbuhan sel yang membantu anti penuaan, menghilangkan pigmentasi kulit, melembabkan serta mencerahkan kulit

Di sini saya ada buat penambaikan iaitu dengan mencampurkan satu sudu kecil ESP Shaklee

ESP Shaklee untuk kecerahan wajah 
Soya organik di dalam ESp berupaya membantu pertumbuhan sel yang mampu memulihkan parut jerawat serta mengurangi jeragat dan mencerahkan kulit wajah.

Okey, ketiga-tiga bahan ni dicampur dan digaul bersama. Kemudian boleh disapu pada kulit wajah dan leher yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Biarkan sehingga masker kering di muka dan boleh lah dibilas. 

Sapu masker pada wajah dan biar sehingga kering
Anda boleh rasa kulit anda menjadi halus dan lembut serta-merta.

Penggunaan yang konsisten boleh menampakkan kulit wajah yang makin cerah, jeragat juga makin pudar, parut jerawat boleh hilang serta liang pori akan semakin mengecil.

Wow banyak nya khasiat..! Memang berkesan ye uoollss..

Untuk mendapatkan ESP Shaklee boleh contact lia di 018-5776940. Free COD di sekitar Ipoh.

Selamat Mencuba!




Tanda-tanda Awal Bersalin


Bermula dari usia kandungan 36 minggu dah boleh dikira bersalin cukup bulan. Berat bayi pula pastikan 2 kg ke atas. Kalau kurang dari 2 kg mungkin bayi perlu dimasukkan ke dalam inkubator untuk pemantauan.

Ibu-ibu hamil sama ada anak pertama atau bukan anak pertama mesti rasa berdebar setiap kali usia kandungan memasuki 36 minggu. Kerana pada masa ini ibu boleh melahirkan bayi pada bila-bila masa. Ramai juga yang melahirkan bayi mereka ketika usia kandungan 36 minggu. So jom kita lihat antara tanda-tanda awal bersalin.

Sebenarnya tanda bersalin ni terbahagi kepada dua. Ini berdasarkan pengalaman saya la ye. Tanda bersalin awal iaitu tanda-tanda yang boleh dilihat antara 1-3 minggu sebelum bersalin. Seterusnya tanda bersalin yang betul iaitu tanda bersalin yang memang perlu pergi ke hospital untuk proses kelahiran bayi.

Kita lihat dulu tanda bersalin awal. Ni sebagai preparation mental dan fizikal ibu la ye. Means ibu dah kena pastikan beg hospital dah siap masuk dalam kereta, perkakasan bersalin semua dah lengkap dan juga pastikan dah tahu hospital mana nak bersalin. Ada juga yang dah start bercuti pada ketika ini. 

Antara tanda awal bersalin adalah :


1.  Bayi sudah engaged. Jika kita perlu buat pemeriksaan di hospital doktor akan cakap bayi sudah engaged. Means bayi sudah masuk ke laluan pangkal rahim. Jika bayi sudah engaged, peluang bayi untuk berpusing ke kedudukan lain adalah tipis.

2.  Keluar lendir jernih seperti gam atau seperti putih telur. Ini menandakan lapisan pintu rahim telah mula menipis sedikit demi sedikit. 


3.  Berlaku kontraksi Braxton Hicks atau kontraksi palsu. Kontraksi ini diibaratkan sebagai kontraksi permulaan sebelum kontraksi yang sebenarnya. Kontraksi ini berlaku dengan selang masa yang tidak seragam dan berlaku sekejap-sekejap serta tidak sakit.


4.  Perut terasa ringan di bahagian atas kerana bayi telah bergerak ke bawah. Kalau orang tua-tua dulu selalu sukat perut atas ibu menggunakan tapak tangan. Jika kesemua 5 jari boleh berada rata di atas perut means memang dah tak lama la tu nak bersalinnya.

5.  Sakit di bahagian ari-ari kerana bayi telah mula menekan pangkal rahim.

6.  Kerap pergi ke bilik air kerana bayi telah menekan pundi kencing. 

7.  Kerap rasa seperti ingin membuang atau rasa memulas perut kerana bayi juga telah menekan usus besar.

Tanda-tanda hendak bersalin :


1.  Kontraksi yang seragam selang masa dan tempoh kontraksi yang panjang antara 30-90 saat dan disertai dengan sakit di bahagian atas perut sehingga ke bahagian pinggang dan bawah perut. Anda perlu mula mengira kontraksi ini selama sejam. Pastikan sela masa adalah seragam. Sela masa juga akan semakin singkat. Mungkin bermula dari 30 minit, 20 minit, 15 minit dan sehingga 5 minit. Pada masa ini ibu dinasihatkan pergi ke hospital segera.


2.  Keluar lendir bercampur darah atau lendir coklat. Lendir ini adalah plug yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Keluarnya lendir ini bermakna pintu rahim telah mula menipis dan terbuka.


3.  Pecah air ketuban. Pastikan ibu segera ke hospital bagi mengelakkan bayi lemas kerana kekurangan air ketuban.

So, pastikan ibu semua alert dengan tanda bersalin ni ye. Kalau rasa sakit atau lain-lain tanda seeloknya pergi ke hospital untuk buat pemeriksaan bukaan.

Untuk dapatkan supplement lepas bersalin boleh hubungi saya di  018-5776940. Kalau nak share or bertanya tentang kehamilan atau kelahiran pun boleh ya.


Petua Murah Rezeki



Sekarang ni kalau gaji RM3,000 sebulan pun masih dikira miskin bandar betul tak? Duit tak pernah nak cukup. Mana tak nya, asyik pergi shopping setiap hari. Kalau tak sempat pergi shopping mall, mesti sempat shopping online betul tak? Konon macam benda tu penting dan perlu dibeli padahal kalau tak ada pun tak jadi masalah sebenarnya. Membeli itu tak salah, tapi pastikan jangan sampai berbelanja melebihi pendapatan. Kena rajin menyimpan dan menabung. 

Banyak juga petua atau tips dalam mengatasi masalah kewangan boleh kita perolehi melalui pembacaan dan perkongsian pengalaman. namun, dalam banyak-banyak tips atau petua yang ada, saya betul-betul yakin dengan dua cara ni. Apa itu? Jom baca di bawah.

1.   Solat Dhuha 


Solat Dhuha dikerjakan pada waktu pagi. Boleh bermula pada pukul 8.30 pagi dan lebih afdal dilakukan pada pukul 9.00 pagi.

Boleh dilakukan bermula dengan dua rakaat. Bagi saya memang sangat mujarab dan saya boleh merasai keajaibannya pada hari yang sama. InsyaAllah segala yang sempit akan dilapangkan oleh Allah s.w.t.

2. Sedekah


Cuba jadikan amalan pemberian duit belanja kepada ibu bapa kita setiap kali terima gaji bulanan. Anda pasti akan dapat lihat perubahan pada masalah kewangan anda.

Ramai anak-anak masa kini tidak memberi wang belanja pada ibu bapa apatah lagi jika ibu bapa mereka masih bekerja. mereka juga menganggap jika beri duit kepada ibu bapa mereka, mereka akan kesempitan wang.

Tapi sebenarnya, pemberian wang kepada ibu bapalah yang menjamin ekonomi rumahtangga anda berkat doa dari mereka.

Begitu jga jika kita didatangi pengemis. Allah telah memberi kita jalan untuk bersedekah dengan mendatangkan mereka-mereka ini. jangan fikir jka mereka ini penipu atau pemalas. itu urusan mereka dengan Allah.

Jom sama-sama kita maalkan dua petua yang cukup mudah tapi berkesan ni. InsyaAllah rezeki kita semua akan semakin murah dan tiada lagi masalah kesempitan wang. Namun jangan lupa juga untuk berusaha ya! 

Jadi pengedar Shaklee juga satu usaha tau. Jom hubungi saya untuk mula menjana pendapatan dengan Shaklee.







Petua Mengurangi Sakit Tulang Ketika Hamil

sakit di bahagian pelvis ketika hamil
Ramai wanita hamil mengalami sakit bahagian belakang dan pinggul ketika hamil. Ini adalah kerana proses pengembangan otot-otot di bahagian pelvis yang menampung pembesaran rahim anda. So, di bawah ini terdapat beberapa cara yang boleh membantu mengurangi kesakitan tersebut.

1.   Bersenam

senaman ibu hamil
Ya, wanita hamil juga perlu bersenam. Bukan baring atas katil je tau. Buat senaman ringan seperti senaman regangan. Senaman membantu melonggarkan dan melembutkan otot-otot badan dan seterusnya membantu proses pembesaran tulang pelvis anda. Tak adalah nanti terasa macam nak patah je pinggang tu.

Duduk bersila dengan menemukan kedua-dua tapak kaki merupakan senamaan yang paling mudah dan berkesan. Anda akan merasa lega setelah melakukan senaman ini. Selain dari meredakan ketegangan otot, senaman ini juga bagus untuk membantu kelancaran ketika proses kalahiran nanti. Ibu-ibu semua kena rajin bersenam ye.


2.   Baring mengiring

tidur secara mengiring
Elakkan baring terlentang dan sebaliknya amalkan baring secara mengiring. Rahim yang berat dengan kandungan akan memberi beban kepada tulang belakang dan pinggang anda dan seterusnya menyebabkan anda berasa sengal-sengal otot. Penggunaan bantal yang besar yang ditindih di bahagian perut dan belakang badan membantu menyokong bentuk badan ibu hamil dan sekaligus membantu memberi keselesaan ketika tidur.

3.   Ostematrix dan B Complex

Ostematrix

Ibu hamil amat digalakkan mengambil Ostematrix sebanyak 4 biji sehari iaitu 2 biji pada waktu pagi dan 2 biji pada waktu malam. Pengambilan Ostematrix memang sangat membantu untuk memastikan anda mendapat bekalan kalsium yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan. Ini merupakan berdasarkan pengalaman saya sendiri. 

B Complex

Gabungan vitamin B di dalam B Complex pula membantu memberikan ketenangan otot dan fikiran kepada ibu hamil. B Complex telah terbukti dapat mengurangi stress bagi sesiapa yang mengamalkannya.

Gabungan Ostematrix dan B Complex amat terbaik bagi masalah sakit tulang pelvis dan juga sakit pinggang bagi ibu hamil. Gabungan dua vitamin ini juga boleh membantu mengurangi sakit kepala juga migrain. So ibu hamil tak perlu ambil pil tahan sakit lagi if sakit kepala menyerang ye. Tidur ibu hamil juga akan lebih lena dengan pengambilan vitamin ini. Tak percaya? Cubalah!

Sila hubungi saya di  018-5776940 untuk pembelian vitamin ini serta kaedah pengambilan dan lain-lain konsultansi berkaitan. Saya sedia berkongsi masalah serta pengalamn sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran bayi saya.

Petua Kempis Perut Lepas Bersalin Cara Tradisional

Sekarang saya dah masuk 38minggu. So memang dah start prepare barang-barang untuk berpantang nanti. Antara yang penting of coz la bahagian perut iaitu untuk mengempiskan balik perut yang dah kembang masa hamil.


Cuba bayangkan perut yang membesar sepanjang hamil 9 bulan. Boleh ke nak kempis dan jadi cantik balik seperti sebelum bersalin. Jawapannya of coz boleh ye.. Saya dah hamil untuk anak ketiga. Alhamdulillah perut saya boleh balik ke bentuk asal. Yang penting kena disiplin masa berpantang tu. Jom kita tengok apa yang boleh dibuat sepanjang pantang untuk dapatkan balik bentuk badan yang cantik langsing.

Bahan untuk disapu atas perut :

Jus perahan limau nipis

limau nipis
Kapur

kapur
Kunyit hidup yang ditumbuk lumat

kunyit hidup

Ketiga-tiga bahan di atas disapu di bahagian perut hingga ke bahagian pinggang. Kemudian lapik perut dengan kain nipis (untuk mengelakkan bengkung kotor). Seterusnya ikat bengkung panjang bermula dari bahagian pehe sehingga ke bawah payudara. Pastikan bengkung diikat dengan ketat. Minta bantuan orang lain jika merasakan tidak dapat mengikat dengan cukup ketat.

bengkung panjang yang diikat dari peha sehingga ke bawah payudara

Pemakaian bahan-bahan di atas membantu memecahkan lemak serta mengencangkan kembali kulit perut yang mengendur. Kulit perut mungkin akan menjadi kehitaman akibat kesan dari kepanasan kapur. namun anda tidak perlu risau kerana kesan hitam ini akan hilang sendiri atau dengan menggunakan skrub daripada kulit limau nipis. 

Caranya adalah dengan menggosokkan  kulit limau nipis ke atas kulit badan secara perlahan-lahan semasa mandi. Kulit akan menjadi cerah dan halus dengan penggunaan yang konsisten. Memang terbukti berkesan sebab saya sendiri mengamalkannya. Jimat bukan!

Nak cuba produk Shaklee untuk berpantang nanti? Hubungi saya di  018-5776940.





Puteri Sulungku Balqish Zulkifli

Balqish so suweettt..
Alaahai puteri sulung mama ni. Memang sweet dan menyejukkan hati mama. Balqish memang seorang anak yang mudah dijaga, tak banyak ragam, manja, pandai ambil hati mama & daddy dan mudah diajar.

Lahir pada 1 November 2010. Baru lepas sambut birthday yang ke-4 baru-baru ni. Ni pic balqish dengan Kek Black Forest feveretnya. Selalu beli kek besar tak pernah habis so kali ni kami beli kek sepotong je. Kongsi satu famili. Hehehe.... 

WAuu SedapNye...

hEPI bIRHTDAY  kAKAk!!

Mama & daddy tak ada belikan hadiah untuk kakak Balqish tahun ni sebab dah terlampau banyak sangat mainan si cantik manis ni. So kami bawak Balqish jalan-jalan main indoor playground je kat Jusco Kinta City Ipoh sampai ke petang. Balik rumah terus tido keletihan. 

tido sudaaa

Mama doakan kakaak berjaya di dunia dan akhirat. Semoga balqish menjadi anak yang taat pada mama & daddy, boleh menjaga keluarga sebagai kakak yang sulung dan boleh membahagiakan orang di sekeliling. Mama sayang Kakak Balqish sangat-sangat tau!


mama sayang kakak forever


Petua Pulihkan Ekzema Dengan Vitamin C, Alfalfa Dan GLA Shaklee

sumber google

sumber google
Zaman sekarang ni memang mudah sangat nak dapat penyakit ekzema ni. Baik dari bayi hinggalah ke dewasa. Mungkin faktor persekitaran yang makin tercemar dek udara dan bahan kimia juga pemakanan kita sendiri!

No wonder lah bayi pun kerap terkena ekzema. Mungkin kerana faktor pemakanan si ibu. So ibu-ibu yang tengah mengandung tu kalau boleh pantau pemakanan anda. Elakkan makanan segera, minuman bergas juga bahan pengawet. Seeloknya makan makanan yang dimasak sendiri. So kita boleh pantau kandungan bahan yang dicampur ketika memasak juga kebersihan makanan tersebut.

Entry kali ni saya nak bercerita mengenai masalaha ekzema yang melanda diri saya sendiri. Lepas melahirkan anak kedua saya pada hujung tahun 2012, saya telah diserang ekzema! bermula dari bahagian kaki, pelipat kaki dan tangan, hinggalah ke jari jemari. Nak makan pun kena guna sudu tau. Punyalah terseksa. Cuba bayangkan macam mana nak makan ikan goreng or ketam guna sudu. Kalau guna tangan, alamatnya merenyam la gatalnya. Jenuh menggaru smpai merah, bengkak dan menggelupas. 

Kemudian, saya start ambil Alfalfa dan juga Vitamin C Shaklee. Ambil masa dalam 2-3 bulan juga untuk nampak pengurangan tetapi masih ada lagi ekzema tambahan jika tak jaga makan or pakai sabun yang mengandungi bahan pewangi.


ALFALFA

VITAMIN C

Selepas setahun terseksa dengan ekzema ni, saya mula ambil GLA Shaklee pula (Alfalfa dan Vitamin C masih ambil). Sebab utama saya ambil GLA adalah kerana faktor haid yang tidak teratur. Saya ni memang suka sangat dengan GLA ni sebab sangat-sangat mujarab untuk membetulkan kembali kitaran haid saya yang selalu terganggu akibat penggunaan ubat perancang.

GLA Complex
Apa yang menakjubkan saya adalah, tak sampai sebulan saya ambil GLA Shaklee, ekzema saya makin sembuh dan sekarang sembuh sepenuhnya! Parut pun dah tak ada. Saya betul-betul lega dan bersyukur. So boleh dah saya makan guna tangan sekarang ni. Dan sekarang pun saya tengah pregnant anak ketiga hasil dari pengambilan GLA juga yang membetulkan kitaran haid juga membantu kesuburan saya dengan izin Allah s.w.t.

Jika anda berminat untuk membeli vitamin untuk membantu dalam pemulihan ekzema boleh hubungi saya di  018-5776940. Kalau area Ipoh boleh COD free postage la ye.