Tanda-tanda Awal Bersalin


Bermula dari usia kandungan 36 minggu dah boleh dikira bersalin cukup bulan. Berat bayi pula pastikan 2 kg ke atas. Kalau kurang dari 2 kg mungkin bayi perlu dimasukkan ke dalam inkubator untuk pemantauan.

Ibu-ibu hamil sama ada anak pertama atau bukan anak pertama mesti rasa berdebar setiap kali usia kandungan memasuki 36 minggu. Kerana pada masa ini ibu boleh melahirkan bayi pada bila-bila masa. Ramai juga yang melahirkan bayi mereka ketika usia kandungan 36 minggu. So jom kita lihat antara tanda-tanda awal bersalin.

Sebenarnya tanda bersalin ni terbahagi kepada dua. Ini berdasarkan pengalaman saya la ye. Tanda bersalin awal iaitu tanda-tanda yang boleh dilihat antara 1-3 minggu sebelum bersalin. Seterusnya tanda bersalin yang betul iaitu tanda bersalin yang memang perlu pergi ke hospital untuk proses kelahiran bayi.

Kita lihat dulu tanda bersalin awal. Ni sebagai preparation mental dan fizikal ibu la ye. Means ibu dah kena pastikan beg hospital dah siap masuk dalam kereta, perkakasan bersalin semua dah lengkap dan juga pastikan dah tahu hospital mana nak bersalin. Ada juga yang dah start bercuti pada ketika ini. 

Antara tanda awal bersalin adalah :


1.  Bayi sudah engaged. Jika kita perlu buat pemeriksaan di hospital doktor akan cakap bayi sudah engaged. Means bayi sudah masuk ke laluan pangkal rahim. Jika bayi sudah engaged, peluang bayi untuk berpusing ke kedudukan lain adalah tipis.

2.  Keluar lendir jernih seperti gam atau seperti putih telur. Ini menandakan lapisan pintu rahim telah mula menipis sedikit demi sedikit. 


3.  Berlaku kontraksi Braxton Hicks atau kontraksi palsu. Kontraksi ini diibaratkan sebagai kontraksi permulaan sebelum kontraksi yang sebenarnya. Kontraksi ini berlaku dengan selang masa yang tidak seragam dan berlaku sekejap-sekejap serta tidak sakit.


4.  Perut terasa ringan di bahagian atas kerana bayi telah bergerak ke bawah. Kalau orang tua-tua dulu selalu sukat perut atas ibu menggunakan tapak tangan. Jika kesemua 5 jari boleh berada rata di atas perut means memang dah tak lama la tu nak bersalinnya.

5.  Sakit di bahagian ari-ari kerana bayi telah mula menekan pangkal rahim.

6.  Kerap pergi ke bilik air kerana bayi telah menekan pundi kencing. 

7.  Kerap rasa seperti ingin membuang atau rasa memulas perut kerana bayi juga telah menekan usus besar.

Tanda-tanda hendak bersalin :


1.  Kontraksi yang seragam selang masa dan tempoh kontraksi yang panjang antara 30-90 saat dan disertai dengan sakit di bahagian atas perut sehingga ke bahagian pinggang dan bawah perut. Anda perlu mula mengira kontraksi ini selama sejam. Pastikan sela masa adalah seragam. Sela masa juga akan semakin singkat. Mungkin bermula dari 30 minit, 20 minit, 15 minit dan sehingga 5 minit. Pada masa ini ibu dinasihatkan pergi ke hospital segera.


2.  Keluar lendir bercampur darah atau lendir coklat. Lendir ini adalah plug yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Keluarnya lendir ini bermakna pintu rahim telah mula menipis dan terbuka.


3.  Pecah air ketuban. Pastikan ibu segera ke hospital bagi mengelakkan bayi lemas kerana kekurangan air ketuban.

So, pastikan ibu semua alert dengan tanda bersalin ni ye. Kalau rasa sakit atau lain-lain tanda seeloknya pergi ke hospital untuk buat pemeriksaan bukaan.

Untuk dapatkan supplement lepas bersalin boleh hubungi saya di  018-5776940. Kalau nak share or bertanya tentang kehamilan atau kelahiran pun boleh ya.


No comments:

Post a Comment