Bersalin Di Hospital Kerajaan Atau Swasta


Untuk pengetahuan semua, untuk anak pertama hingga ketiga, saya bersalin di Hospital Pantai putri Ipoh.  Untuk kehamilan ke-4 ni saya macam teringin nak cuba untuk bersalin di hospital kerajaan pula iaitu di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak.

Image result for pantai putri Ipoh


Dengan doktor kesukaan ramai iaitu Doktor Anjalai. memang bagus Dr Anjalai ni. klinik beliau memang sentiasa penuh. Kena datang awal pagi untuk dapat nombor awal. Doktornya pulak alahai lembuuutttt aje. Cakap sopan, tak menrisaukan ibu hamil dan juga teliti dalam memeriksa ibu hamil. kalau scan tu memang beliau akan scan betul-betul dan tunjuk pada ibu setiap bahagian anggota bayi dalam kandungan bermula dari kepala, bibir sehingga ke jari-jari kecil bayi.

Image result for doktor anjalai
Ini la Doktor Anjalai yang telah bantu saya melahirkan ketiga-tiga puteri saya sebelum ni.

Okay untuk kos bersalin di Hospital Pantai Putri Ipoh, bagi anak pertama saya dikenakan caj sebanyak RM1750 (tahun 2010), untuk anak kedua sebanyak RM1850 (tahun 2012) manakala anak ketiga sebanyak RM1650 (tahun 2014). So siapa yang nak bersalin di Hospital Pantai boleh bajet dalam RM2000 untuk bersalin normal. Untuk bersalin secara pembedahan kena stand by dalam RM6000 ke atas. Anak ketiga tu paling murah caj hospital maybe sebab untuk anak ketiga saya tidak perlu digunting dan juga dijahit. Dah pandai teran la ni. harap-harap anak keempat nanti pun macam anak ketiga atau lebih mudah, InsyaAllah.


Layanan lepas bersalin tentulah tip top sebab kita dah bayar mahal kan. Bayi akan diuruskan oleh nurse di sana. Ibu boleh berehat sepuasnya. Nurse akan hantar bayi kepada ibu untuk diberi susu badan. Alatan untuk membersihkan bayi akan disediakan oleh pihak hospital. So ibu tak perlu bawa sabun shampoo bayi. Pihak hospital juga akan beri 1 kit iaitu jug, ubat dan berus gigi, sikat, tuala mandi dan juga tuala muka ketika di dalam wad. Kalau ambil first bed, suami boleh temankan untuk tidur sekali dalam wad. Baranagn cenderamata dari pihak hospital juga ibu akan dapat seperti beg bayi, sampel susu bayi, pempes, krim ruam bayi dan lain-lain. Ini yang seronok ni.

Bilik air di wad juga mempunyai air panas dan juga sejuk. So ibu boleh mandi dengan air panas sebelum keluar wad untuk membersihkan diri. Makanan juga akan disediakan mengikut waktu makan atau ketika ibu minta. Sebab saya pernah lapar pada waktu malam lepas bersalin tu, then saya minta nurse makanan dan nurse bagi satu set nasi dan lauk untuk saya. Waktu subuh hening pun perut dah keroncong then saya minta nurse buatkan milo panas. 

Tapi saya dah decide dengan suami, untuk kelahiran keempat nanti saya nak bersalin di hospital kerajaan. Sebab sekarang dah ramai puji Hospital Raja Permaisuri Bainun. Staf yang efisien, pakar sakit puan yang ramai dan kemudahan yang lengkap. So why not kita cuba kan. Saya sebagai penjawat awam tidak perlu membuat sebarang bayaraan untuk bersalin di saan. banyaknya boleh berjimat.

Image result for dewan bersalin hospital raja permaisuri bainun
Bangunan Utama Hospital Raja Permaisuri Bainun


Image result for dewan bersalin hospital raja permaisuri bainun
Dewan Bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun
Lepas bersalin nanti saya update new entry pengalaman bersalin di Hospital Permaisuri Bainun ye. Sekarang baru 31minggu. paling awal bersalin mesti 37 minggu. So paling awal bersalin dalam 5 minggu lagi. lama lagi tu. Kita dah malas nak bawak perut ni. Hewheww..






3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya cari review puan selepas bersalin di hospital bainun tp xjupe..teringin nak dengar feedback puan🤗

    ReplyDelete
  3. saya cari review puan selepas bersalin di hospital bainun tp xjupe..teringin nak dengar feedback puan🤗

    ReplyDelete