Cara Kempiskan Perut Yang Menggeleber

Ramai sangat ada masalah perut menggeleber. Kenapa ye? Okay, selalunya sebab makan dengan banyak (jangan tak mengaku pulak ye). Ada juga berpunca dari tabiat makan bersulamkan air. Ini bermaksud anda makan dan minum, makan dan minum dan seterusnya sampai habis nasi. Ini sangat-sangat mengundang kebuncitan. Ais batu juga boleh membuat perut buncit. Dan akhir sekali adalah kerana kelahiran anak.

Boleh ke perut yang buncit dikempiskan?
Tentulah boleh sayam. Semua boleh jadi kempis balik. Yang penting RAJIN. Jom ikut step petua saya untuk perut kempis. Kalau konsisten buat mmang boleh nampak perubahan. Tapi semua ni ambil masa ye. Bukan sehari atau seminggu. paling cepat sebulan. yang penting kempis dan anjal. Bukan kempis tapi menggeleber

1. Ibu yang baru lepas melahirkan anak sebaik-baiknya sapukan perut denga kapur dan limau purut. 
Campuran kedua-dua bahan ini boleh memanaskan perut seterusnya membantu memecahkan lemak bawah kulit dan menegangkan kulit perut. So tak ade strechmark atau geleber.

2. Kurangkan pengambilan makanan berair.
Ini bermaksud, kurangkan makanan seperti sup atau berkuah yang banyak kerana boleh membuat perut buncit. 

3. Elakkan makan bersulamkan air.
Semasa makan, jangan minum air. Kalau dah naktercekik tu baru minum sekadar melepaskan nasi yang tersekat tu ye. pastikan anda menghabiskan makana di dalam pinggan anda dahulu sebelum minum air. Setelah abis nasi, minum air seteguk dua sahaja. Kemudia selepas setengah jam barulah minum air segelas. Ni petua orang lama tau. Bukan saya saja-saja reka. HUHu

4. Jangan ambil minuman berais.
Kenapa? Air batu boleh menyebabkan lemak di dalam perut membeku. Itu juga punca perut buncit. Kalau anda ambil supplement utk detox seperti Alfalfa atau Lecithin, nanti akan menyukarkan elemen-elemen di dalam supplement tersebut untuk memecahkan lemak degil anda. So say no to Ais Batu.

5. Jangan mandi selepas makan.
Mandi selepas makan juga boleh membekukan lemak perut anda. So pastikan anda mandi sebelum makan ye.

6. Bersenam
Buat senaman perut seperti Squart. Senaman perut membantu menganjalkan kulit perut dan mengelakkan perut geleber.

7. Ambil makanan tinggi protin.
Kenapa protin? Protin membina sel-sel. So protin yang tinggi membantu penggantian dan pembaharuan sel. Seterusnya memastikan perut anda kekal cantik dan anjal. Contoh makanan tinggi protin adalah seperti isi ayam, isi ikan dan juga semestinya ESP Shaklee.

Nak order ESP shaklee atau lain-lain supplement shaklee moh wassap saya di 018-5776940.

Semoga perut anda sempat kempis dan tak menggeleber di pagi raya. Ngehh..

Cara Merawat Kutu Di Kepala Anak

Alamak... kepala puteri sulong saya ni ada kutu la pulakkk.. Masa sikat rambut Balqish lepas mandi petang tadi, tengok-tengok macam ada benda putih kecil je. Hati ni dah rasa lain macam dah. Al maklumlah, rambut Balqish ni panjang sangat. Risau jugak kalau ada kutu.

So kita cek punya cek, belek punya belek and memang confirm benda putih tu ialah telur kutu. Ada dalam 20 butir jugak yang saya nampak dan buang tadi. Hadoi ni yang susah hati mak ni.

Hari dah lewat petang so saya decide nak pegi klinik esok pagi je lah. Nak suruh doktor tengokkan kepala Balqish ni. Ni first time saya handle kutu kepala anak.

Sebenarnya ada beberapa petua mudah untuk buang kutu di kepala. Antara yang saya tahu ialah dengan bawang putih.


Tumbuk-tumbuk bawang putih dan lumurkan ke seluruh kepala serta rambut anak. Tutup kepala dengan tuala lembap selama sejam. Kemudian bukak tuala kita dapat lihat kutu mati di tuala. Kemudian boleh cuci rambut.

Ada juga petua yang mengatakan lumur rambut dengan minyak rambut atau minyak apa-apa. Ini untuk menyukarkan kutu daripada memanjat rambut dan pergi ke kulit kepala. Kutu yang berada di atas kulit kepala boleh menghisap darah dari kulit kepala dan boleh menyebabkan anak mendapat sakit kepala.



Dan cara paling mudah dan disyorkan ialah menggunakan syampo anti kutu atau Shampoo A-Lice yang boleh dibeli di farmasi.


Lumurkan keseluruhan kepala dan rambut dengan syampo ini dan biarkan selama setengah jam. Kutu-kutu akan mati. Seterusnya bilas dan sapu minyak pada rambut. Segera sikat rambut anak dan anda dapat lihat kutu yang mati jatuh dari rambut. Ulangi proses syampo rambut pada hari ketiga kerana syampo ini hanya mampu membunuh kutu hidup namun tidak mampu memusnahkan telur kutu.

Hidung Selalu Gatal Dan Keluar Hingus Putih

Siapa yang pernah atau selalu kena macam ni? Hidung selalu rasa gatal-gatal. Halus-halus je gatalnye tu. Kadang-kadang sampai merah kita dok tenyeh-tenyeh hidung sebab tak tahan gatal. Lepas tu pakej hingus sekali. Hingus tu pekat dan jernih. Tapi banyak sangat!


Kalau kena macam ni, sekotak tisu pun tak habis. Memang spoil gila kalau dapat selsema jenis macam ni. Berhingus tak habis-habis. Kalau dibiarkan mula la hacum-hacum tak henti-henti.



Selalu kalau dah tak tahan sangat, saya makan ubat selsema yang selalu klinik bagi tu. Sama ada cetirizine, clarinase atau piriton. Kalau makan piriton tu alamatnya kena tidur la sebab memang mengantuk sungguh kesan piriton ni.

Tapi ubat klinik tu sekadar melegakan tapi bukan merawat. Esok lusa kalau salah makan atau tempat, boleh datang balik selsema ni. So macam mana ni?

Okey ni saya nak share. Saya amalkan Alfalfa dan juga Vitamin C Shaklee setiap hari. Dan Alhamdulillah, selsema pagi saya dah tak ada lagi. Bangun pagi hidung dah tak bersin dan tak berhingus. Dan saya juga dah jarang sangat dapat selsema akibat salah makan. Salah makan macam mana ni? Saya ni jenis resdung kuat. Kalau makan ketam or makanan laut lain termasuklah belacan, memang terus sok sek sok sek la hidung saya nanti. Tapi sejak saya amalkan Alfalfa dan Vitamin C Shaklee, takde pulak hidung saya gatal lepas makan makanan di atas.

So memang terbuktilah keberkesanan Alfalfa dan Vitamin C Shaklee dalam merawat resdung dan menguatkan ketahanan badan.

Alfalfa memang terkenal swbagai agen detox yang membantu membunag segala toksid termasuk membantu merawat gejala alergik seperti selsema, gatal dan juga ekzema. Vitamin C pula berfungsi sebagai anti-oksida yang melawan radikal bebas dna juga menguatkan daya tahan tubuh dari sebarang virus serta jangkitan.

Jangan biarkan diri anda dibelenggu masalah resdung sedangkan ia boleh dirawat. Kalau nak tanya apa-apa boleh wassap saya, Lia di 018-5776940. Kalau nak beli Alfalfa dan Vitamin C dari saya pun boleh, hanya wassap sahaja. Berdesup nanti Alfalfa dan Vitamin C sampai ke depan pintu rumah anda.