Cara Kira Pergerakan Bayi Dalam Kandungan

Nampak macam mudah kan. Tapi sebenarnya ramai yang silap dalam mengira pergerakan bayi dalam kandungan.

Ok sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut tentang cara kira pergerakan bayi, saya nak terangkan dulu kenapa kita perlu kira peergerakan bayi. bermula dari usia kandungan 7 bulan, anda dikehendaki untuk mengira pergereakan bayi. Ini bertujuan untuk mengesan dengan awal jika bayi anda ada mengalami sebarang masalah sehingga boleh menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan.

Jika tidak dikesan dengan awal, anda tidak dapat memastikan sudah berapa lama bayi anda sebenarnya telah lemah di dalam kandungan. Cara mengesannya pula sudah tentulah dengan mengira pergerakan bayi setiap hari.

Cara kira pergerakan bayi :

  • Anda perlu kira pergerakan bayi dalam masa 12 jam. Waktu yang disarankan ialah bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 9 malam.
  • Setiap kali bayi bergerak akan dikira sebagai 1 pergerakan. Jika bayi anda bergerak dari kiri ke kanan dan menendang dalam masa yang sama, ia masih dikira 1 pergerakaan.
  • Catit di buku pergerakan sebagai 1 tick.
  • Kira pergerakan yang seterusnya sehingga cukup 10 pergerakan dan catitkan waktu jam bayi anda cukup bergerak sebanyak 10 kali.

Jika anda sibuk bekerja, dan tidak sedar bagi bergerak seterusnya, jangan risau. Teruskan mengira untuk pergerakan yang seterusnya sehingga pukul 9 malam nanti.

Apa yang perlu dibuat jika bayi bergerak kurang dari 10 kali sehingga 9 malam nanti ?

Segera ke hospital. Doktor akan memeriksa bayi dalam kandungan. Degupan jantung bayi akan diperiksa untuk memastikan cukup kadar denyutannya. Bayi juga akan di scan untuk dilihat sama ada terjerut tali pusat atau tidak. Jangan lengah ye ibu-ibu. Pergerakan bayi amat penting walaupun anda sudah hampir nak bersalin.

Contoh carta pergerakan bayi :

Image result for cara kira pergerakan bayi

Semoga bakal ibu semua selamat melahirkan bayi yang sihat. Rajin-rajin scroll blog saya ni untuk pelbagai info dan maklumat berkenaan kehamilan.

Untuk sebarang pembelian Set Hamil atau Set Bersalin Shaklee, sila hubungi saya Lia di 018-5776940. Anda boleh bertanya menegenai tahap kesihatan anda juga bajet anda untuk pembelian supplement. Kami mempunyai kumpulan ekslusif yang sudi mendengar dan membantu memberi konsultansi kepada anda.


Image result for set hamil shaklee


Image result for set bersalin shaklee




Punca Kaki Kejang Di Kalangan Ibu Hamil Atau Simpul Mengkarung

Kaki kejang atau kaki cramp sangat sinonim kepada ibu hamil. Orang dulu-dulu tak panggil kaki kejang tapi diaorang panggil Simpul mengkarung. Kaki kejang dan simpul mengkarung ni dua benda yang sama ye.

Selalu ibu hamil diserang kekejangan kaki ketika banyak berjalan dan juga ketika tidur di tengah malam. Memang sangat tidak selesa dan juga sakit bila diserang kejang kaki ni. Ibu hamil perlu mendapatkan bantuan seseorang untuk membetulkan kembali urat kakinya dengan cara mengurut kaki dari betis sehingga ke ibu jari sakit. Sokongan suami di saat ini sanagat penting ye. Jangan biarkan ibu hamil menghadapi keadaan ini seorang diri.


Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 


  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini



Cara untuk melegakan kejang kaki:

  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Image result for vitamin untuk kaki kejang shaklee

Vitamin yang perlu diambil untuk mengelakkan atau mengurangkan kejang kaki :


Kalsium dan Magnesium.
Anda boleh mengambil Ostematrix Shaklee kerana di dalam Ostematrix mengandungi kalsium dan juga magnesium yang diperlukan oleh anda. 



Dengan tambahan Vitamin D yang membantu penyerapan nutrien-nutrien ini ke dalam tulang. Pastikan anda mengambil Ostematrix setiap hari dan anda dapat merasai perbezaannya. Tiada lagi kejang kaki serta sakit tulang lain. malah badan semakin segar dan kuat kerana Ostematrix membantu memberi anda tidur malam yang lena. Sembelit juga boleh diatasi dengan Ostematrix tau.

Image result for vitamin untuk kaki kejang shaklee


Ostematrix hanya berharga RM64.66 untuk 180 kaplet mudah telan. Sila hubungi saya Lia di 018-5776940 untuk pembelian terus dari saya. Atau klik ikon dibawah untuk pembelian menerusi website shaklee.




Vitamin Paling Asas Dan Penting Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum.  Semoga pembaca semua terutamanya ibu yang sedang hamil sihat sejahtera. Hari ni saya nak share mengenai vitamin untuk ibu hamil.  Tapi saya nak fokus pada set vitamin yang paling basic atau asas. Sesiapa yang tak suka ambil supplement atau vitamin tu boleh cuba set asas ni sebab  set ni hanya ada dua jenis vitamin sahaja. Walaupun dua jenis sahaja tapi cukup untuk tambung keperluan minimun ibu hamil supaya kedua-dua bayi dan ibu sihat. Dua vitamin tersebut ialah VITALEA dan juga OSTEMATRIX.


VITALEA
Gabungan vitamin dan mineral termasuk zat besi dan juga asid folic.  Keseluruhan vitamin dan mineral di dalam Vitalea membantu mencukupkan nutrisi yang kurang buat ibu hamil.  Tambahan yang ada alahan dan tak lalu makan tu,  memang bagus sangat ambil Vitalea untuk pastikan badan ibu tetap cergas dan bayi yang dikandung juga dalam membesar dengan sempurna.

Vitalea ni ibarat energy booster kerana selepas ambil vitalea,  anda akan boleh merasa perbezaan badan yang lebih cergas dan tidak lagi letih serta lesu.  Bagi ibu hamil,  anda boleh ambil 2 tablet sehari.


OSTEMATRIX
Ostematrix merupakan pil kalsium. Kalsium sangat penting buat semua orang tak kira bayi,  kanak-kanak,  dewasa mahupun warga tua. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan yang paling ketara ialah masalah kerapuhan tulang.  Jangan tak percaya ye, individu yang kurang mengambil kalsium boleh mengalami patah gigi walau hanya menggigit kekacang yang agak keras.  Hal ini terjadi pada rakan saya sendiri yang memang tak suka minum susu.

Bayi di dalam kandungan sangat memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang mereka.  Jika ibu hamil tak mengambil kalsium secukupnya,  bayi akan menarik kalsium yang disimpan di dalam badan ibu dan ini yang akan menyebabkan ibu mengalami masalah kekurangan kalsium dan seterusnya mendapat kerosakan gigi seperti gigi berlubang dan gigi goyang,  kerapuhan tulang,  kebas otot,  kejang kaki, sembelit,  masalah sukar tidur dan banyak lagi.

So preggy mummy pastikan anda mengambil Set Asas Vitamin Ibu Hamil ini bermula dari anda disahkan hamil.  Untuk kesan yang lebih optimum anda boleh mengambil vitamin tambahan lain seperti B Complex,  Omega Guard,  Vitamin C dan juga ESP.


Untuk sebarang pembelian atau pertanyaan lanjut mengenai vitamin yang sesuai untuk anda, sila hubungi saya Lia di 018-5776940. Anda akan mendapat konsultansi secara percuma dan berterusan dari saya jika anda membuat pembelian melalui saya.

Cara Teran Yang Betul Supaya Mudah Bersalin

Assalamualaikum.  Anda yang baca entry saya kali ni mesti sedang hamil atau sedang menunggu masa nak bersalin kan. Kalau tak hamil pun boleh baca juga entry saya ni untuk tambah ilmu.

Kali ni saya nak share cara teran yang betul supaya senang bersalin
Ramai yang salah meneran ketika di dalam Labor Room. Teknik meneran yang tidak betul akan melambatkan proses bayi keluar dan meletihkan ibu.  Kalau betul tekniknya, sekali teran je bayi dah keluar.  Best x? Saya kongsi cara teran yang betul ni berdasarkan pengalaman saya sendiri melahirkan 3 orang anak secara normal. Anak ketiga saya Alhamdulillah dilahirkan tanpa perlu saya menjalani sebarang proses jahitan.






Tips No 1
Duduk secara menegak 45°. Elakkan berbaring kerana baring menyukarkan proses untuk meneran.  Duduk di atas katil macam gambar di bawah ni.  Kalau katil anda tidak boleh ditegakkan,  letakkan bantal di belakang badan supaya anda boleh bersandar pada bantal.


Tips No 2
Letakkan dagu di bahagian dada anda.  Ini bermaksud muka anda akan menunduk sedikit sehingga dagu anda menyentuh dada.


Tips No 3
Pegang pergelangan kaki anda dan tarik kaki anda serapat-rapatnya sehingga ke peha anda.  Cara ini untuk mengelakkan anda mengangkat punggung ketika teran sekligus menyebabkan koyakan besar.

Tips No 4
Pandang tepat ke perut anda. Pastikan semasa meneran, mata anda memandang tepat ke perut anda.


Tips No 5
Semasa sakit kontraksi hampir datang,  tarik nafas sedalam-dalamnya.

Tips No 6
Ketika kontraksi sampai kemuncak,  teran seperti hendak buang air buang air besar selama yang boleh sambil curi nafas sikit-sikit melalui hidung. Teran dan jangan berhenti selagi doktor atau bidan suruh anda teran. Masa ni memang kena kuat semangat dan fokus sekuat hati.



Kalau anda ikut teknik di atas,  insyaAllah dalam dua kali teran bayi anda akan keluar.  Kenapa dua kali?  Berdasarkan pengalaman saya,  teran yang pertama akan mengeluarkan kepala bayi dan teran yang kedua pula untuk mengeluarkan bahu dan badan bayi keseluruhannya.

Jadi anda bolehlah mula praktis tips-tips di atas supaya nanti di Labor Room tak rasa kekok untuk duduk seperti posisi di atas.

Untuk sebarang pembelian Set Bersalin Shaklee anda boleh hubungi saya Lia di :


Whats App : 018-5776940
COD : Medan Gopeng,  Ipoh