Petua Menyusui Bayi Dengan Mudah Ketika Berpantang

Ibu-ibu memang digalakkan menyusui bayi mereka sejurus selepas dilahirkan sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan. Dalam tempoh 6 bulan ini tidak perlu beri bayi makanan atau minuman lain kecuali susu ibu sahaja.  Ini dinamakan penyusuan susu ibu secara ekslusif.
Beruntung bayi yang dapat menikmati susu ibu secara ekslusif ni ye.  Khasiat susu ibu tiada tandingan.  Tidak boleh digantikan dengan mana-mana susu. Penyusuan susu ibu ketika bayi akan memastikan tahap kesihatan bayi yang optimum sehingga mereka besar nanti.

Dalam pantang merupakan tempoh yang mencabar untuk menyusui bayi. Kenapa saya cakap mencabar?
• ibu masih belum sihat sepenuhnya akibat luka jahitan normal atau luka pembedahan
• bayi masih belum reti melekap dengan betul di payudara ibu
• bayi meragam dan ini buat ibu gelisah dan tertekan
• susu ibu belum keluar dengan banyak. 3 hari pertama yang keluar dari payudara ibu adalah kolostrum.  Oleh itu kuantiti susu ibu adalah sedikit kerana kolostrum sangat pekat.  Ibu pula risau kenapa susu sikit.

Jadi di sini saya amat galakkan ibu selepas bersalin mengambil set berpantang dan menyusukan bayi Shaklee.

Set ini dapat membantu masalah ibu dalam menyusukan bayi.
• ibu akan lebih tenang kerana B Complex dan Ostematrix membantu menenangkan ibu.  Hormon ibu yang tenang akan membantu ibu mengeluarkan susu badan dengan banyak
• ibu akan kekal cergas walaupun bayi kuat menyusu kerana Vitalea membekalkan cukup nutrien buat ibu walaupun ibu mangambil makanan yang terhad kerana berpantang
• bayi tidak lagi meragam kerana susu ibunya lebih pekat apabila ibu mengambil ESP Shaklee.
• bayi tidak lagi mengempeng atau menyusu dengan lama di payudara ibu kerana bayi cepat kenyang. ESP yang tinggi protin membantu ibu menghasilkan susu yang banyak dan pekat
• luka badan ibu cepat pulih dan tidak menggangu ibu untuk menyusukan bayi kerana Vitamin C dan Zinc Complex di dalam set ini membantu penyembuhan luka dengan cepat dan mengelakkan luka dijangkitan kuman atau infeksi
• badan bayi akan cepat keras dan memudahkan ibu untuk menguruskan bayi kerana susu ibu tinggi kalsium. Ibu mendapat kalsium yang cukup kerana mengambil Ostematrix. Ibu juga tidak akan mendapat risiko osteoporosis di kemudian hari.
Selain daripada kebaikan di atas,  ibu yang mengambil set ini juga akan cepat turun berat badan dan membantu mengempiskan perut. Segala parut luka atau strechmark juga akan mudah pudar. Bukan itu sahaja,  wajah ibu juga tidak kusam malah berseri hasil daripada Vitamin C,  ESP dan juga B Complex. Jangan terkejut jika ramai memuji ibu lebih cantik dari sebelum melahirkan bayi. Tidak perlu la ye anda ke spa atau gym selepas berpantang nanti.

Banyak sungguh kebaikan yang akan diperolehi buat ibu dan bayi dengan set berpantang dan menyusukan bayi Shaklee.

Jika anda mahukan tempoh berpantang yang indah bersama bayi anda hubungi saya segera di 018-5776940 untuk pembelian set berpantang dan menyusukan shaklee.

Tips Berpantang Sendiri Yang Mudah | Menu Ibu Berpantang

Perkara paling besar dalam berpantang ialah makanan. Ibu dalam pantang perlu tahu apa yang boleh dimakan dan apa yang perlu dielak. Tujuan utamanya ialah supaya badan ibu tak terkena bentan seperti sejuk atau angin. Selain itu,  bayi yang menyusu badan juga boleh mendapat kesannya jika ibu tersalah makan.  Sebagai contoh, jika ibu makan pulut yang berangin,  bayi yang disusuinya juga boleh mendapat kembung perut. So jangan main-main ye.  Berpantanglah elok-elok supaya anda dan bayi sihat.  Kalau bayi kembung nanti ibu jugak yang susah.

Bagi ibu yang berpantang sendiri,  saya nak share satu menu yang mudah dimasak dan yang penting selamat buat bayi dan ibu.

Bahan-bahannya mudah sahaja :
Ikan bilis
Lada hitam
Halia
Bawang besar

Sukatannya terpulang pada ibu. Halia dan lada hitam tu jangan terlampau banyak, nanti panas badan pula ye.

Cara masaknya pun mudah sangat-sangat.

-Goreng ikan bilis yang telah dibersihkan dengan sedikit sahaja minyak masak.

-Ketepikan ikan bilis yang telah garing.
-Tumis pula halia,  bawang besar dan juga lada hitam.

-Siap!  Boleh makan dengan nasi panas.  Yummy!

Senang je kan nak masak menu ni. InsyaAllah tak memerlukan tenaga dan pergerakan yang banyak dari ibu berpantang.
Menu begini juga membantu ibu menurunkan berat badan dengan cepat dan tidak membuat perut ibu buncit.

Risau jika tak cukup nutrisi?  Jangan lupa ambil set berpantang Shaklee. Semua nutrisi ada terkandung di dalam set berpantang ni. Ibu berpantang akan kekal cergas,  kuat,  tak mudah pening, cepat kurus dan yang paling best kulit yang semakin berseri.

Hubungi saya di 0185776940 untuk mendapatkan set berpantang anda.  Dijamin selamat buat ibu dan bayi.  Boleh diambil sehari selepas bersalin.  Tidak mengganggu bayi jaundice dan boleh bertahan sehingga 6 bulan.

Cara Elak Kulit Muka Yang Kusam Ketika Berpantang

Ibu dalam pantang mesti akan lalui tempoh kulit muka yang kusam. Sama ada berpantang sendiri atau ada yang menjaga namun kulit muka yang kusam memang susah nak elak.  Kenapa boleh jadi macam ni?
Ibu baru lepas melahirkan bayi kehilangan banyak darah ketika proses bersalin. Selain dari itu, proses melahirkan iaitu meneran bayi keluar dari rahim memerlukan banyak tenaga. Muka yang kusam berpunca dari kehilangan banyak darah dan tenaga sepanjang proses kelahiran.  Sakit bersalin atau kontraksi pula amat menyakitkan.  Sampai ada yang mampu membengkokkan besi katil ketika menahan sakit bersalin. Gabungan sakit ini yang membuatkan wajah ibu kusam kerana keletihan dan kekurangan nutrisi.

Setelah selesai proses kelahiran,  ibu yang pulang ke rumah bakal berdepan cabaran yang lain pula.  Antaranya bayi yang meragam. Tambahan pula bayi yang meragam di waktu malam.  Selalu sangat terjadi kepada bayi baru lahir.  Kadang-kadang dah nak hampir subuh baru bayi nak tidur. Proses penyusuan susu ibu juga menuntut pengorbanan ibu untuk berjaga malam.  Penyusuan susu ibu juga boleh menyebabkan ibu kehilangan nutrisi kerana segala zat dan nutrien dari badan ibu telah disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
Tak cukup dengan itu,  ibu juga perlu menjaga luka jahitan atau luka pembedahan yang mengambil masa untuk sembuh.

Alahai kesiannya kalau difikirkan pengorbanan dan jerit perih ibu lepas bersalin.  Masa hamil pun dah susah melayan alah ibu mengandung dan terpaksa bawa perut yang besar.  Tapi jangan risau. Anda boleh menikmati tempoh berpantang yang tenang jika anda tahu caranya.

Pengalaman di atas saya alami ketika saya melahirkan bayi pertama saya pada tahun 2010. Muka kusam dan rambut gugur dengan banyaknya.  Kepala selalu pening dan badan susut sampai muka cengkung.  Ramai tegur saya dah tak cantik lepas naik kerja setelah habis cuti bersalin.  Haihh.

Namun untuk kelahiran kedua dan seterusnya kini saya sedang berpantang anak keempat,  alhamdulillah badan saya cergas.  Saya tiada lagi masalah pening,  lesu dan keguguran rambut walaupun rambut saya panjang ke paras pinggang.

Ini semua penangan set berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitamin C,  B Complex,  Zinc Complex, Vitalea,  Ostematrix dan juga ESP.

Walaupun saya berpantang sendiri dan perlu menjaga 3 orang lagi anak yang lain namun saya tetap cergas.  Boleh bangun malam dengan mudah untuk susukan bayi dan tidak lesu apabila bangun pagi keesokan harinya.  Dan yang penting muka saya tidak kusam.  Malah saya pernah ditegur oleh seorang kenalan yang mengatakan saya nampak sihat walaupun baru seminggu selepas melahirkan bayi. Boleh dikatakan saya tak nampak macam ibu dalam pantang kalau saya tak berkain batik dan berstokin.

Dalam set berpantang shaklee mengandungi cukup keperluan zat dan nutrien untuk anda.  Vitamin C dan Zinc akan membantu memulihkan luka bersalin dengan cepat.  B Complex mengurangkan dan mengelakkan stress kepada ibu dalam pantang. Gabungan B Complex dan Vitalea akan memberi tenaga untuk ibu walaupun kekurangan tidur.  Manakala Ostematrix memastikan keperluan kalsium yang cukup buat ibu dan bayi serta memastikan ibu mendapat tidur yang lena walaupun tempoh tidurnya singkat! Akhir sekali ESP tentunya untuk kebaikan susu ibu disamping memastikan kulit ibu kembali tegang dan memudarkan strechmark ibu.  Badan yang sihat akan terpancar di wajah ibu.  Ibu tidak akan berwajah kusam kerana dalaman ibu sangat sihat.  Tambahan pula Vitamin C dan B Complex merupakan set vitamin untuk kecantikan kulit. Manakala ESP membantu mencerahkan dan menggebukan kulit. Nanti dah habis pantang jangan terkejut kalau ada yang puji muka berseri-seri, badan pula langsing dan tidak gelebeh.

Jika anda sedang mencari set berpantang sila hubungi saya di 018-5776940 untuk mendapatkan set berpantang shaklee.  Selamat untuk bayi jaundice dan tahan sehingga 6 bulan.

Tips Berpantang Sendiri Yang Mudah | Mandian Herba

Semua ibu dalam pantang wajib mandi air panas ye. Ibu boleh mandi sekali atau dua kali sehari. Ikut pada keadaan cuaca. Jika cuaca asik gerimis je mandi sekali sehari pun dah cukup. Sebab sejuk kan. Dalam pantang ni badan ibu sentiasa sejuk. Tu yang kena berstokin dan pakai baju tebal atau baju sejuk.
Okay untuk mandian pula sebaik-baiknya mandi dengan air rebudan daun-daun herba. Antara daun herba tersebut ialah seperti daun inai, pandan, serai wangi, sireh, halia dan sebagainya. Dalam daun-daun ini mengandungi khasiat untuk membantu para ibu lepas bersalin. Antara khasiatnya termasuklah melancarkan perjalanan darah, memecahkan lemak, membuang angin, memanaskan badan dan juga menyegarkan badan disamping baunya yang harum membantu menghindari bau darah nifas.

Mana nak cari daun-daun ni semua? Dah la pantang sendiri. Duduk di bandar pula tu. Kat pasar pun belum tentu ada jual.

Haa di sini la saya nak ajar ibu semua mandian herba yang mudah. Tak perlu petik daun, tak perlu rebus dalam periuk besar dan tak akan bersepah daun di bilik air.

Saya mandi dengan mandian herba paling kurang 2 minggu selepas bersalin. Mandi herba setiap hari tau. Saya guna mandian herba yang terdapat di pasaran. Antara jenama yang saya gunakan ialah mandian herba TYT dan juga mandian herba Anugerah.
Tapi sebenarnya banyak lagi mandian herba yang ada dijual di pasaran. Rambang nata dibuatnya. Harga pun berbeza ikut kemampuan masing-masing. Saya beli mandian herba TYT di farmasi Guardian ketika jualan murah dengan harga hanya RM5! Terlajak murah tau. Terus grab 10 kotak. Puas hati.

Caranya pula ialah saya hanya masukkan uncang mandian herba ke dalam kettle atau pemanas air.

Saya memang beli kettle baru khas untuk kegunaan saya dalam pantang. Beli je kettle murah sebab nak guna sekejap je kn. Saya beli kettle jenama tempatan dengan harga RM29 je di pasaraya Angsana Ipoh. Buat 2x rebusan. Sebab kettle hanya muat 1.7liter. So rebus uncang 2x dan anda akan dapat air rebusan yang lebih pekat. Mudah bukan. Tak payah periuk besar nanti siapa nak tolong angkat.

So ibu-ibu yang berpantang sendiri boleh menikmati mandian herba tanpa perlu bersusah cari daun. Tak susah pun berpantang sendiri ni kan.

Vitamin lepas bersalin jangan lupa ambil ye. Baru la badan sihat cergas, tak mudah stress dan tak mudah pening.


Hubungi saya di 018-5776940 untuk dapatkan set bersalin Shaklee.

Tips Berpantang Sendiri | Perlu Ke Berbengkung?

Zaman sekarang ni ramai ibu lepas bersalin yang tak nak berbengkung. Rimas atau leceh katanya. Tambah yang berpantang sendiri tu lagi malas berbengkung. Konon tiada orang yang tolong pakaikan.


Untuk tips berpantang kali ni saya nak cerita tentang keperluan berbengkung ketika dalam pantang.

Saya berpantang sendiri untuk tiga anak saya. Anak pertama je saya berpantang di rumah mak. Tapi bengkung tetap saya yang pakai sendiri, bukan mak yang pakaikan.


Bidan akan datang ke rumah untuk urut dan ajar saya ikat bengkung. Hari seterusnya saya akan ikat sendiri. Saya berbengkung siang dan malam selama 44 hari. Bukan rajin atau nak cantik tapi juga kerana bidan berpesan, selepas melahirkan bayi, rahim kita masih belum duduk elok di tempatnya. Jika tidak berbengkung, rahim mudah lari kedudukannya dan itu punca terjadi rahim jatuh dan sebagainya. Rahim yang tidak sihat akan memberi kesan kepada kesihatan badan keseluruhannya. Muka ibu lepas bersalin pun akan jelas kelihatan suram jika rahimnya tidak sihat.

Anda berpantang sendiri dan melakukan kerja rumah oleh itu wajib berbengkung. Supaya rahim akan duduk kemas di kedudukannya ketika anda bergerak. Bak kata bidan saya, engkau ikat perut engkau kemas-kemas kemudian buatlah kerja rumah yang mampu. InsyaAllah engkau sihat kerana rahim engkau terjaga rapi.
Bukan susah pun berbengkung sebenarnya. Tak sampai setengah jam. Berbengkung juga boleh membuat perut kita kemas justeru itu kita tidak mudah lapar. Apabila makan, kita akan cepat kenyang. Sebab itu saya dalam masa seminggu dah boleh dapat berat sebelum mengandung kembali. Dah bersalin anak keempat pun Alhamdulillah perut tak boroi dan pinggul juga tak kembang. Berbeza dengan korset, bengkung diikat dari bawah punggung justeru itu punggung anda tidak akn jatuh dan pinggung yang kembang akan kembali kemas. Lepas pantang tak perlu dah pakai korset atau,seluar girdle setiap hari kerana badan anda sudah kembali ramping dan kemas.

Untuk pastikan anda sentiasa cergas jangan lupa ambil set berpantang shaklee. Boleh diambil bermula dari hari pertama lepas bersalin. Tidak mengganggu bayi jaundice dan tidak panas kepada ibu dan bayi.

Sila hubungi saya untuk pembelian set berpantang shaklee di 018-5776940.

Tips Berpantang Sendiri Yang Mudah | Param Dan Pilis

Okay kali ni saya nak cerita pasal param dan pilis. Dua benda wajib untuk ibu dalam pantang namun semakin dilupakan. Ibu yang berpantang sendiri lepas ni jangan bagi alasan badan sakit-sakit sebab tak dapat pantang betul kerana tiada orang jaga.


Nampak macam remeh tapi sebenarnya mudah sangat dan penting sangat. Kenapa la ramai tak suka pakai param dan pilis ni ye.

Param ialah sejenis serbuk yang dibancuh dengan air suam kemudian disapu ke seluruh badan ibu selepas mandi. Fungsinya ialah untuk mengelakkan angin masuk ke badan ibu dengan cara menutup liang roma ibu dan juga untuk memanaskan badan ibu. Param ni bila disapu akan terasa hangatnya. Rasa sedap je badan tu nanti. Harga param ni pun amat lah murah. Kalau jenama Mustika Ratu atau Air Mancur tu RM2 je sepeket. Beli 2 peket pun cukup dah untuk 44 hari. Kalau nak yang tak perlu bancuh boleh beli jenama Afiat. Satu botol RM10 boleh tahan sampai habis pantang jugak.

Pilis pula herba yang disapu di dahi ibu. Fungsinya untuk mengelakkan angin naik ke kepala ibu dan menyebabkan sakit kepala seterusnya meroyan. Sakit kepala dalam pantang ni jangan buat main-main ye. Rasa nak hempuk-hempuk kepala tu ke dinding kalau dapat sakit kepala tu. Pilis jenama Air Mancur berharga RM1 sepeket. Sepeket tu pun boleh tahan sampai 44 hari pantang.
Kalau tak suke tampal pilis ni sebab nampak buruk gitew, anda boleh beli pilis dalam bentuk minyak jenama Anugerah. Harga dalam RM15.

Okey pilihan terakhir kalau anda tak nak sapu param dan pilis, anda boleh sapu minyak panas ke seluruh badan termasuk dahi. Macam-macam jenama minyak ada untuk ibu lepas bersalin. Antaranya jenama Afiat, Anugerah dan lain-lain buatan orang kampung. Sapu minyak ini ke seluruh badan termasuk tapak kaki. Kemudian barulah pakai stokin dan juga berbengkung. Buat sendiri pun boleh kan. So siapa yang pantang sendiri tu jangan bagi alasan tak ada orang jaga so tak boleh nak berparam berpilis ni ye. Mudah dan murah je. Sebelum bersalin beli siap-siap. Boleh cari di kedai jamu indon atau gugel je mesti ada jual online.

Macam biasa untuk set berpantang shaklee hubungi saya di 018-5776940.

Tips Berpantang Sendiri Yang Mudah | Jadual Makan Ibu Dalam Pantang

Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan bayi keempat saya pada 29 Mac yang lalu. Puteri ke-4 saya dan suami ini diberi nama Sarah Binti Zulkifli sempena nama isteri Nabi Ibrahim.

Seperti mana kelahiran bayi kedua dan ketiga saya, untuk bayi keempat ini juga saya berpantang sendiri di rumah bertemankan suami dan anak-anak yang lain. Dua anak yang besar sudah bersekolah manakala anak ketiga akan tinggal dengan saya sepanjang hari.

Untuk entry kali ni dan seterusnya saya akan share beberapa tips atau petua untuk berpantang sendiri cara mudah. Sekarang semua serba mudah, walaupun berpantang sendiri namun ibu-ibu masih boleh mengamalkan pantang dengan betul.


Untuk kali ni saya nak cerita tentang makanan ibu dalam pantang. Sebenarnya tak susah ye untuk mengamalkan menu berpantang walaupun berpantang sendiri. Di bawah saya terangkan jadual makan saya setiap hari. InsyaAllah anda boleh ikut cara saya ni.

Saya bangun sebelum subuh seperti hari bekerja biasa. Ini kerana saya perlu menyiapkan anak yang bersekolah iaitu yang sulung darjah 1 manakala angahnya taska 5 tahun. Alhamdulillah anak-anak saya sudah boleh berdikari di mana mereka sudah boleh mandi sendiri dan pakai baju sendiri. Saya cuma menyiapkan pakaian sekolah dan juga memantau mereka ketika bersiap. Sambil tu saya akan pam susu badan dan ambil vitamin set pantang Shaklee iaitu Vitalea, Vitamin C dan juga B Complex. Sepatutnya ambil Zinc Complex sekali tapi Zinc dah lama kehabisan stok. Seterusnya anak-anak ini ke sekolah dihantar oleh daddy.

Kemudian saya akan bancuh kopi o hitam bersama gula. Dan ini menjadi minuman wajib saya setiap pagi. Kopi o panas dapat membantu membuang angin dalam badan dan memanaskan badan. Saya akan cicah biskut kosong bersama kopi o panas ni. Sedap sangat tau. Seterusnya saya akan mandi dengan mandian herba dan juga mandikan baby.

Dalam pukul 9 pagi tu saya akan ambil ESP Shaklee. ESP ni akan bagi tenaga dan buat rasa kenyang sampai ke tengahari. Saya juga akan pam susu lagi pada waktu ini. Kemudian saya akan bertungku. Kadang-kadang boleh terlelap masa bertungku ni.

Pada pukul 1 tengahari makanan saya akan sampai. Untuk pengetahuan anda, saya ambil servis mangkok tingkat. Mereka akan menghantar makanan untuk orang berpantang yang saya akan bincang terlebih dahulu sebelum saya bersalin. Oleh itu amat penting anda bersiap sedia mencari servis ini jika ingin berpantang sendiri. Harga pula tidaklah mahal. Hanya RM8 -RM12 untuk 2 orang makan iaitu saya dan anak ketiga saya.

Pada pukul 4 petang saya akan minum milo panas bersama roti atau biskut. Saya juga akan pam susu pada waktu ini. Lepas pam mesti rasa lapar gile kan.

Untuk makan malam saya pada pukul 7 malam saya akan makan nasi bersama lauk yang simple seperti daging salai atau anda boleh buat stok ikan bilis goreng.

Sebelum tidur ambil segelas ESP lagi.

Mudah kan? Tak perlu cerewet nak makan itu ini. Makanan dalam pantang yang ringkas dan ringan ini akan membantu akan turun berat badan dengan cepat. ESP boleh bantu tambah tenaga dan banyakkan susu. Air masak kena ambil lebih ye sebab kita menyusu anak.
Vitamin set pantang amat penting ye. Masa anak pertama saya tak kenal shaklee lagi. Lepas bersalin saya mengalami pening setiap hari. Rupanya kerana saya tak cukup nutrisi kerana menyusukan anak. Rambut saya juga banyak gugur selepas melahirkan anak pertama. Sampai boleh nampak kulit kepala tau. Alhamdulillah anak kedua dan seterusnya tiada masalah rambut gugur lepas ambil set pantang Shaklee. Susu badan juga banyak sampai tak muat peti ais la.

Untuk set berpantang Shaklee seperti di atas anda boleh hubungi saya di 018-5776940.

Nantikan entry saya seterusnya untuk tips pantang sendiri yang mudah.