Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Perkara pertama yang merisaukan ibu lepas bersalin tentulah perut yang buncit dan menggeleber dan bolehkah ibu mendapat kembali bentuk badan seperti belum mengandung. Punca utama perut menjadi buncit adalah akibat proses kehamilan selama 9 bulan.

Di bawah terdapat beberapa petua untuk mengempiskan perut lepas bersalin.

  1. Sapu kapur yang dicampur dengan perahan air limau nipis di bahagian perut dan pinggul kemudian berbengkung
  2. Minum air halia
  3. Menyusukan anak membantu mengecutkan rahim dengan cepat
  4. Tidur telentang sepanjang tempoh berpantang (jangan tidur mengiring nanti kulit perut menggeleber)
  5. Melakukan senaman ringan




Anda juga boleh mengamalkan Set Kurus Shaklee untuk membantu mengatasi masalah perut buncit.

Herbalax dan Lecithin adalah gabungan dua supplement yang membantu membersihkan usus dan juga memecahkan lemak ke titisan kecil supaya mudah disingkir oleh badan.

Usus yang kotor menyumbang kepada masalah perut buncit. Selain membersihkan usus, Herbalax Shaklee membantu mengeluarkan angin dr dalam usus. Amat bagus terutama bagi ibu selepas melahirkan. Lecithin pula bertindak sebagai pengelmusi lemak. Segala lemak atau minyak akan dipecahkan ke titisan kecil bagi mengelakkan pengumpulan lemak di dalam usus yang turut menyumbang kepada masalah perut buncit.

Seterusnya anda juga boleh menambah pengambilan Alfalfa serta ESP.


Alfalfa bertindak sebagai span yang menyerap titisan lemak serta toksid untuk dinyah keluar dari badan. Proses ini dinamakan detox. Manakala ESP membantu proses pembentukan otot supaya kulit tidak menggelebar.

Bonus bagi ibu lepas bersalin yang mengambil Alfalfa dan ESP kerana kedua-dua supplement ini juga berfungsi sebagai milk booster.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai supplement Shaklee serta harga dan cara pengambilan yang lebih terperinci anda boleh hubungi saya, Norlia Omar di 018-5776940 (call/sms/whats app)


Vitamin Shaklee


Masa saya mula-mula nak kenal vitamin Shaklee ni saya google tajuk di atas. Sebab saya memang tak tahu apa itu Shaklee. Dalam group FB "Kump. Ibu2 Yang Menyusukan" begitu popular vitamin Shaklee ni. Ada yang cakap Shaklee tak halal la, vitamin Shaklee besar la dan macam-macam lagi.

Tapi tak kurang juga yang puji vitamin Shaklee ni. Dan selalu juga saya ternampak perkataan vitamin semulajadi. Saya punyalah tak faham apa itu vitamin semulajadi.

Lama-kelamaan melalui pembacaan barulah saya tahu vitamin Shaklee ni dikenali sebagai vitamin semulajadi kerana kandungan bahan di dalam vitamin adalah dari bahan-bahan semulajadi seperti soya, jagung, biji anggur dan banyak lagi. Kira kandungannya tu kita boleh tahu dari mana. Tidak seperti sesetengah vitamin yang kandungannya tidak pasti atau terhasil dari sebatian kimia. Vitamin seperti itu dinamakan vitamin sintetik.

Dan sekarang juga saya sudah tahu bahawa syarikat Shaklee telah melaburkan jutaan ringgit untuk penyelidikan dan Shaklee sentiasa memastikan vitaminnya selamat dimakan melalui proses pembuatan dan pembungkusan yang teliti.

Harga vitamin Shaklee juga sebenarnya adalah jauh lebih rendah dari vitamin di pasaran. Tambahan pula kita boleh mendapat diskaun jika menjadi pengedar Shaklee. Tak perlu menjual pun masih mendapat diskaun bagi setiap pembelian. Keahlian hanya RM65 dan ia adalah untuk seumur hidup.

Vitamin Shaklee tidak dijual di farmasi atau pasaraya dan hanya terdapat di cawangan Shaklee yang sah di seluruh negara. Sekarang ini pembelian melalui online juga boleh dilakukan. 

Jika anda berminat dengan vitamin Shaklee atau berminat untuk menjadi pengedar Shaklee anda boleh hubungi mana-mana pengedar Shaklee termasuk saya. Hubungi saya di no u 012-2827736 (call / sms / whats app)


Hobi Saya Ketika Anak Telah Masuk Tidur


Hari dah malam.. Anak-anak dah lena tidur.. Haa bermula lah hobi saya pada setiap malam.

Nak pegi mana kalau dah malam? Takkan nak tinggalkan anak-anak? Mau mengamuk tuan besaq tu nanti. 

Sebagai ibu yang berkerjaya, memang sangat-sangatlah sibuk dari pagi sampai ke malam. Tak sempat nak ada hobi pun sebenarnya. Tambah dengan keadaan yang tengah sarat preggy ni. Tapi, kalau tak ada hobi macam mana nak release stress kan? So dalam sedar tak sedar rupanya saya ada satu hobi yang setiap malam sebelum tidur saya akan buat. Apa hobi saya tu?

Window Online Shopping! Memang best!

Okay, sebelum baring atas katil saya akan pastikan saya mengambil 1 biji vitalea dan 2 biji ostematrix. Ostematrix ni membantu untuk kita tidur lena tau. Kemudian mula la saya masuk ke alam maya. Cuci mata tengok macam-macam yang dijual masa kini. Bukan nak beli pun. Tapi dah jadi macam satu ketagihan cuci mata online shopping sebelum tidur. 

Kat sini saya nak share beberapa website yang saya suka cuci mata. Kalau free boleh la anda cuci mata sekali ye.

http://www.mudah.my

--> sentiasa ada barangan atau perkhidmatan terbaru yang ditawarkan sama ada oleh individu atau oeang perseorangan. Dari barangan elektronik sehinggalah ke perkhidmtan mengurut lepas bersalin. Pendek kata semua ada!

http://www.onebabyworld.com

--> menjual barangan bayi serta ibu mengandung sehingga ke keperluan penyusuan susu ibu. Kebanyakkan harga yang ditawarkan memang rendah. Selalu juga buat special promotion.

http://www.groupon.my

--> menawarkan tawaran harga rendah untuk barangan dan perkhidmatan yang terpilih. Kena selalu update tawaran terkini sebab terhad untuk beberapa hari sahaja. Memang best!

http://www.thebodyshop.com.my

--> tawaran diskaun berbeza dari kedai di shopping mall. Terdapat juga pemberian free gift serta free postage.

http://my.bestbuy-world.com

--> menawarkan rangkaian penjagaan kulit dan juga pewangi badan dari pelbagai jenama terkemuka dari seluruh dunia dengan harga yang jauh lebih rendah. Terdapat juga produk yang dijual dalam saiz percubaan atau mini. Kini semua orang mampu memiliki rangkaian penjagaan kulit terkemuka seperti SK II, Estee Lauder, Lancome dan banyak lagi. Semua yang dijual adalah original.

Jom Kekal Muda Dengan Vitamin C Shaklee

Betul ke boleh jadi muda kalau ambil Vitamin C Shaklee?

Yup, memang boleh! Kenapa saya cakap boleh? Jom baca di bawah.

Vitamin C Shaklee membina kolagen!
Selalunya orang nak kulit tegang, halus lagi mulus mesti mencari supplement kolagen bukan? Confirm ke kolagen tu 100% kolagen? Dan confirm ke yang kononnya kolagen tu memang masuk terus ke dalam sistem tubuh? Haisshh banyak kemusykilan di sini. Tapi, jika anda ambil Vitamin C, kolagen memang confirm akan terbentuk sendiri dari dalam tubuh anda. Lebih-lebih kalau Vitamin C Shaklee!

Seterusnya..

Vitamin C Shaklee menghalang kesan penuaan
Penuaan yang macam mana? Kedutan dan garis halus di kulit wajah dan seluruh badan akan terhalang atau tertunda kewujudannya walaupun anda tidak mengambil set penjagaan wajah anti penuaan! Secara normal bermula dari umur 29 tahun, garis halus terutama di bawah mata akan mula kelihatan. So dengan pengambilan vitamin c secara konsisten kita dapat mengelakkan penuaan pra matang dari berlaku.

Dan..

Vitamin C Shaklee menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
Vitamin C membantu pertumbuhan rambut yang kuat serta cantik dari dalam. Kerapuhan rambut akan bertambah dengan bertambahnya usia seseorang itu. Namun dengan vitamin C, rambut yang tumbuh akan kekal cantik, kuat serta berkilau bak sutera.

Kalau dah kulit tegang, halus mulus, tiada garis halus dan kedutan serta rambit yang berkilau lagi kuat mesti lah kita nampak muda bukan!

Itulah keajaiban Vitamin C ni sebenarnya. Membuatkan kita rasa muda dan nampak muda.

Pemilihan vitamin C juga pentig ye. Jangan ambil sembarangan nanti tak nampak kesan seperti di atasan. Vitamin C yang paling saya sarankan adalah Vitamin  C Shaklee Vita-C 500mg.



RM92 untuk 180 biji.

Jangan tunggu sampai kedut keluar baru nak start ambil vitamin C ok! Cepat-cepat hubungi saya di 018-5776940 . Kawasan Ipoh boleh COD.

Pengedar Shaklee Dan COD Shaklee Di Ipoh

Assalamualaikum.

Anda mencari vitamin semulajadi?
Anda tahu mengenai Shaklee?
Ingin membeli semulajadi Shaklee tapi tak tahu di mana?

Anda boleh hubungi saya, Norlia Omar di nombor 018-5776940. Saya meupakan pengedar sah Shaklee di kawasan Ipoh, Perak

Anda boleh mendapatkan konsultansi secara percuma apabila membuat pembelian menerusi saya.

Jika anda juga berada di Ipoh, pembelian vitamin Shaklee boleh dibuat secara COD di tempat seperti KFC Medan Gopeng atau di pusat bandar Ipoh seperti Ipoh Parade atau Kinta City.

Mudah bukan? Tiada caj pos dan tidak perlu tunggu tempoh pengeposan yang memakan masa antara 1-3 hari.

Sambil2 berCOD anda juga boleh bertanya tentang khasiat nutrisi vitamin juga anda akan di ajar cara pemakanan dengan lebih terperinci.

So apa tunggu lagi. Hubungi saya sekarang!




Restoran Kegemaran

Assalamualaikum pembaca semua.. Semalam kita bercerita tentang Homemade Resipi, hari ni saya nak bercerita tentang Restoran Kegemaran saya pula. Kot2 boleh jadi panduan mana nak pegi makan luar pasni terutamanya bagi yang tinggal di Ipoh.

Sepanjang preggy no 3 ni saya asyik ngidam nak makan steamboat je. Rasa tak puas2 nak makan steamboat. So boleh lah dikatakan restoran kegemaran saya untuk kali ni saya pilih Restoran Shabu Shabu di Jalan Sultan Azlan Shah, bersebelahan Hotel Casuarina.

Sebuah restoran yang bersih, luas kerana terdapat ruang makan bahagian dalam juga luar (open air) dan juga ruang parkir kenderaan yang besar. Pekerja juga ramai, so memang sentiasa boleh memberi layanan jika diminta.

Dalam banyak2 restoran steamboat, Shabu Shabu merupakan restoran steamboat yang paling banyak menghidangkan makanan sama ada makanan siap masak atau bahan mentah untuk steamboat & gril.

Makanan siap masak seperti spageti, nasi goreng, mee goreng, ayam goreng, pau, kuih muih dan pelbagai jenis pencuci mulut serta buah-buahan.

Makanan laut pula adalah seperti ketam, udang, kerang, lala, lokan, kepah dan banyak lagi. Terdapat juga ayam, pelbagai jenis ikan serta daging. Sayuran-sayuran yang pelbagai je is termasuk pslbagai cendawan. Juga mee dan bihun. Pilihan kuah steamboat juga banyak iaitu tomyam, sup ayam dan juga sup tulang. Air pula memang free flow dari soft drink, minuman panas sehinggalah ais kacang.

So memang berbaloi sangat bayar seorang RM30+ bagi dewasa. So siapa2 yang tak pernah ke Shabu Shabu boleh cuba pergi ye!






Homemade Resipi

Assalamualaikum & hai semua..!

Hari ni tajuk entry adalah Homemade Resipi. Ni resipi yang paling mudah, cepat, ringkas, senang, penuh khasiat, tanpa msg, tanpa bahan pengawet & confirm sedap! 

Resipi ni sebenarnya khas untuk anak-anak saya. Tapi orang dewasa makan pun sooodappp!

Homemade Resipi ni saya namakan 'Makaroni Cheese Mama Sayang'.

Okey jom tengok bahan-bahannya (saiz hidangan untuk kanak-kanak) :
~ Setengah mangkuk makaroni

~ Setengah cawan susu segar
~ 2 keping keju cheddar (parmesan & mozarella pun boleh)
~ Sedikit bawang besar 
~ 1 sudu kecil tepung gandum
~ 1 sudu besar butter untuk menumis


Cara masak :
1. Rebus makaroni sehingga empuk dan ketepikan

2. Cairkan butter di dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga layu
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati
4. Masukkan susu segar & keju. Masak sehingga keju larut dan sebati
5. Keju cheddar & butter telah mengndungi garam tapi mommies boleh tambah garam if masih tawar.
6. Tuangkan kuah cheese ke atas makaroni dan boleh dihidangkan.

Gambar di bawah ihsan gugel ye. Saya tak sempat snap picture tadi anak dah abiskn. Tinggal yang comot2 je.

Selamat mencuba!


Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan

Assalamualaikum semua pembaca setia blog saya.. (ada ke pembaca setia blog saya ni? hehehehe...)
So hari ni saya nak share tentang vitamin shaklee yang pertama kali saya makan. 

Saya yakin sangat-sangat yakin ramai yang kenal shaklee bila mula pregnant dan juga mula menyusui anak. Shaklee ni macam femes sangat utk ibu mengandung dan ibu yang menyusukan.

Saya juga baru kenal shaklee pertama kali masa menyusukan anak pertama saya, Balqish Zulkifli yang amat saya sayangi. Dah besar dah pun puteri sulong mama ni..


Saya kenal Shaklee dari group FB, Kump. Ibu2 Yang Menyusukan atau dikenali juga sebagai KIM. Dalam group ni ramai la berdebat pasal shaklee ni. Saya yang blur2 pasal Shaklee ni mula rasa macam ingin tahu lebih lanjut mengenai Shaklee. So saya mula menggugel tentang shaklee iaitu vitamin untuk tambah susu ibu.

Blog bertuah yang muncul tak lain tak bukan adalah blog Momy Lina. Memang femes rupenye Momy Lina ni. So saya beli set vitamin shaklee pertama saya melalui beliau iaitu Set B (set ibu menyusu).

Set B terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, Alfalfa dan juga B Complex. So bermulalah perjalanan saya menyusui Balqish dengan vitamin Shaklee. 



Masa ni belum lagi jd pengedar Shaklee & tak terfikir & tak tahu menahu langsung tentang mencari pendapatan sampingan melalui Shaklee.


Tapi sekarang dengan bangganya saya dh jadi pengedar sah Shaklee. So, kalau nk tanya apa2 berkenaan shaklee boleh je whats app saya ye. 
> 018-5776940

Apa Yang Ada Di Dalam Handbag Saya!

Handbag dan wanita memang tak boleh dipisahkan. Kalau keluar rumah tanpa handbag rasa macam tak lengkap je hidup tu kan. Handbag tu pulak bukan main lagi sendat & beratnya. Kalau boleh nak masukkan semua dalam handbag. Dari purse, alat mekap sampai la ke pelbagai aksesori.

Saya juga salah seorang wanita yang suka memberatkan handbag. Mungkin ini salah satu faktor kenapa saya rendah. Sebab bawak handbag berat sangat! 

Apa la yang banyak sangat barang dalam handbag tu kan. Jom kita tengok apa yang ada di dalam handbag saya.

1) Wristlet cum purse. Saya tak suka guna purse. Saya lebih gemar guna wristlet. Dalam wristlet tu ada wang, kad & segala macam dokumen penting.


2) Tab



3) Telefon bimbit



4) Beg mekap.



5) Buku nota dan alat tulis



6) Aksesori rambut anak



7) Beg kecil untuk kerongsang dan pin



8) Pelbagai jenis losyen saiz mini



Sebenarnya macam tak cukup lengkap lagi handbag ni. Sebab ni handbag saiz sederhana. Kalau saiz besar selalunya saya letak pempes anak, tuala kecil dan botol air minuman.

Fuhh.. patut la semput je mengangkut handbag selama ni.

Percutian Idaman Saya

Assalamualaikum..

Macam tajuk karangan budak sekolah pula entry kali ni ye. Kalau masa sekolah dulu memang selalu sangat la buat karangan macam ni. Tapi bila dah dewasa ni, tajuk entry begini memang memberi makna yang mendalam. Sebab memang teringin sangat-sangat bukan sekadar nk suka-suka.

Semua orang ada impian sendiri untuk melancong atau melawat tempat yang menarik di hati. So jom kita baca percutian impian saya.

Saya sebenarnya suka sangat nak pergi melancong ke Amsterdam. Saya tak tahu sangat apa yang menarik di sana tapi saya sebenarnya  saya teringin sangat-sangat nak melawat taman bunga kat sana. Taman bunga yang terbesar di dunia, Keukenhof Gardens. Perempuan dan bunga memang tak boleh dipisahkan ye..

Berkeluasan lebih 70 hektar. Dipenuhi dengan lebih daripada 7 juta kuntum bunga! Baca betul-betul.... 7 juta okey! Bunga yang utama dan paling popular adalah tulip.Tapi bukan tulip macam dekat sini ye. Tulip di sana besar-besar tau! Juga dikenali sebagai tulip gergasi.

Tapi taman bunga ni hanya dibuka pada musim bunga tulip berbunga iaitu kira-kira 8 minggu dalam setahun.

Disebabkan saya tak pernah lagi bercuti di sana, so gambar-gambar di bawah adalah ihsan dari pakcik google kesayangan ramai. Jemput cuci mata ye..





3 Fakta Menarik Tentang Saya

Assalamualaikum... Lama betul saya tak update blog sejak preggy anak ketiga ni. Dah nak masuk 33 minggu dah pun usia kandungan saya. Banyak benda nak share sebenarnya tentang pengalaman mengandung kali ni. Tetapi disebabkan kesibukan kerja di pejabat juga sibuk menguruskan puteri lagi dua orang di rumah ni, terpaksa slow kan sikit penulisan blog. Alasan je tu kan.. kihkih.. Nanti saya share satu persatu pengalaman preggy saya ye.

Kali ni saya nak bercerita tentang 3 fakta menarik tentang diri saya. (ada ke yang menarik tentang diri saya ni? hehe..) Macam pelik je tajuk entry kali ni kan? Sebab dah lama tak update blog. So ni baru nk ambil semangat menulis balik. Okay jom kita tengok apa yang menarik tentang diri saya a.k.a Lia Sakura ni! Jeng..jeng..jeng..!

Fakta Menarik No 1 -  Saya memakai kasut saiz 3!

Haaa.. Memang kaki saya kecil sangat. Ketinggian saya 150cm dan berat normal kalau tak preggy 45kg. Tapi kaki saya memang kecil berbanding rakan-rakan yang mempunyai ketinggian dan berat yang hampir sama. Kadang-kadang tu saiz 3 pun masih longgar tau! Jenuh nak beli kasut. Selalu saya beli kasut di Vincci je la. Vincci je selalu ada saiz 3.


Fakta Menarik No 2 - Saya suka bau ubat.

Saya memang suka sekali bau ubat-ubatan. Kalau pergi hospital or klinik tu memang semerbak je rasa bau ubat. Nyaman je saya rasa. Kebanyakkan orang tak suka bau ubat smpai nak telan ubat pun tak boleh sebab bau ubat tu kan? Contoh macam B Complex tu kan ramai yang tak tahan dengan baunya, tapi saya suka gile bau tu tau! Kenapa  la saya tak mintak kerja di farmasi ye? Hehehehhe...


Fakta Menarik No 3 - Wajah seiras artis.

Wowww..!!! Jangan marah ye.. Bukan saya cakap tapi orang yang cakap. Seringkali wajah saya disamakan dengan beberapa artis terkemuka gitu. Selalunya kalau saya mekap cun-cun la. Kalau tengah comot tu memang rupa asli Lia Sakura. Yang paling kerap disamakan adalah Maya Karin, Fasha Sandha dan Datin Norjuma. Sampai ada yang nak bergambar dengn saya sebab wajah seiras artis tau.