Hobi Saya Ketika Anak Telah Masuk Tidur


Hari dah malam.. Anak-anak dah lena tidur.. Haa bermula lah hobi saya pada setiap malam.

Nak pegi mana kalau dah malam? Takkan nak tinggalkan anak-anak? Mau mengamuk tuan besaq tu nanti. 

Sebagai ibu yang berkerjaya, memang sangat-sangatlah sibuk dari pagi sampai ke malam. Tak sempat nak ada hobi pun sebenarnya. Tambah dengan keadaan yang tengah sarat preggy ni. Tapi, kalau tak ada hobi macam mana nak release stress kan? So dalam sedar tak sedar rupanya saya ada satu hobi yang setiap malam sebelum tidur saya akan buat. Apa hobi saya tu?

Window Online Shopping! Memang best!

Okay, sebelum baring atas katil saya akan pastikan saya mengambil 1 biji vitalea dan 2 biji ostematrix. Ostematrix ni membantu untuk kita tidur lena tau. Kemudian mula la saya masuk ke alam maya. Cuci mata tengok macam-macam yang dijual masa kini. Bukan nak beli pun. Tapi dah jadi macam satu ketagihan cuci mata online shopping sebelum tidur. 

Kat sini saya nak share beberapa website yang saya suka cuci mata. Kalau free boleh la anda cuci mata sekali ye.

http://www.mudah.my

--> sentiasa ada barangan atau perkhidmatan terbaru yang ditawarkan sama ada oleh individu atau oeang perseorangan. Dari barangan elektronik sehinggalah ke perkhidmtan mengurut lepas bersalin. Pendek kata semua ada!

http://www.onebabyworld.com

--> menjual barangan bayi serta ibu mengandung sehingga ke keperluan penyusuan susu ibu. Kebanyakkan harga yang ditawarkan memang rendah. Selalu juga buat special promotion.

http://www.groupon.my

--> menawarkan tawaran harga rendah untuk barangan dan perkhidmatan yang terpilih. Kena selalu update tawaran terkini sebab terhad untuk beberapa hari sahaja. Memang best!

http://www.thebodyshop.com.my

--> tawaran diskaun berbeza dari kedai di shopping mall. Terdapat juga pemberian free gift serta free postage.

http://my.bestbuy-world.com

--> menawarkan rangkaian penjagaan kulit dan juga pewangi badan dari pelbagai jenama terkemuka dari seluruh dunia dengan harga yang jauh lebih rendah. Terdapat juga produk yang dijual dalam saiz percubaan atau mini. Kini semua orang mampu memiliki rangkaian penjagaan kulit terkemuka seperti SK II, Estee Lauder, Lancome dan banyak lagi. Semua yang dijual adalah original.

No comments:

Post a Comment