Khasiat Omega Guard Shaklee


My mom suka sangat dengan Omega Guard. Tujuan untama mak ambil Omega Guard ialah sebab batuk yang berpanjangan kesan daripada pengambilan ubat darah tinggi. Yerp, mak seorang oenghidap darah tinggi.

Berbalik pada batuk mak td, mak dh jenuh pegi merata klinik dan hospital untuk hilangkan batuk. Sampai nak tido pn susah sebab asyik batuk je. Orang tua ni kalau kirang tidur memang tak eloi. Nanti tekanan darah jadi tak stabul, kepala mudah pening, badan letih dan macam-macam lagi la.

Then tahun 2012 saya start jadi ahli Shaklee. Masa tu banyak pa dapat info mengenai produk-produk Shaklee sebab dan join group ekslusif. Then tergerak hati nak bagi mak cuba Omega Guard untuk tujuan kiatkan paru-paru mak sebab mak cepat jugak semput. Ni penyakit keturunan ni. Bila hujan or letih sikit mak mesti semput. Berkait sekali dengan paru-paru berair yang mak pernah hidap lama dulu.

Dan alangkah gembiranya mak bila batuk mak yang tak henti-henti tu sembuh lepas ambil Omega Guard. So mak dapat menikmati tidur yang lebih lena. Dan sebenarnya banyak lagi manfaat mak dapat dari Omega Guard ni.



Testimoni Untuk Lain-lain Penyakit






So siapa-siapa yang nak ikhtiar penyakit-penyakit macam mak ni boleh cuba Omega Guard Shaklee.

Harga Omega Guard ialah RM145 dan mengandungi 90 kapsul di dalam satu botol.

Hubungi Lia di 018-5776940. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Gigi Pertama bayi


Ibu-ibu yang baru beranak satu mesti excited nak tahu perkembangan bayi mereka. Daripada meniarap, menyulur, merangkak, meniti sehinggalah berjalan. Tak kurang juga pertumbuhan gigi pertama bayi. Umur berapa agaknya ya gigi bayi akan mulai tumbuh. mesti comel je bayi dengan gigi dua batang tu.

Bayi mulai tumbuh gigi pada umur 6 bulan dan ke atas. Kedua-dua bayi saya tumbuh gigi pada usia 1 tahun 3 bulan. Agak lewat bukan? Tapi sebenarnya ada baiknya jika bayi anda tumbuh gigi lewat. Gigi bayi akan lambat rosak dan kita akan mudah membersihkan gigi bayi kerana bayi sudah semakin cerdik dalam mendengar kata. So senang la kita nak suruh bayi duduk diam ketika memberus gigi. Jadi ibu semua jangan sedih kalau bayi lambat tumbuh gigi ye.

Tanda-tanda awal bayi tumbuh gigi :

  • Keluar air liur
  • Gemar menggigit
  • Meragam
  • Gusi bengkak
  • Demam

Pada ketika awal-awal bayi nak tumbuh gigi, ibu boleh bantu melegakan gusi bayi yang gatal tu dengan memberi bayi  buah-buahan yang dingin. Ibu juga boleh beri bayi mainan yang boleh digigit atau kita panggil teether seperti bawah.



Untuk gigi pertama bayi, ibu boleh gunakan berus gigi seperti bawah. Sarungkan ke dalam jari ibu atau ayah, kemudian berus gigi comel bayi perlahan-lahan. Tak perlu letak ubat gigi ye.




 Lia Pengedar Shaklee. Call /  SMS / Whastapp 018-5776940


ESP Untuk Ibu Menyusu Kurus Dengan Sihat

Apa maksud kurus dengan sihat? Kurus dengan sihat bermaksud kurus tapi tak kurang nutrien. Bila tak kurang nutrien maka susu yang dihasilkan juga adalah cukup zat dan bernutrisi untuk bayi.

Boleh ke sihat kalau nak kurus? Tentu sahaja boleh jika anda tahu nutrien yang anda ambil setiap hari adakah cukup atau tidak. Jika anda terpaksa skip makanan sebenar untuk kurus, anda harus ambil makanan tambahan supaya tidak berlaku kekurangan nutrien terutama jika anda masih menyusui bayi anda.

Ada ke supplement atau makanan tambahan yang sesuai buat ibu menyusu yang mahu kurus? Saya cadangkan pengambilan ESP Shaklee. 

ESP sangat femes di kalanagan ibu menyusu sebagai milk booster dan juga mampu memekatkan susu badan. Bila susu pekat, bayi cepat kenyang. Maka tiadalah lagi masalah bayi kuat mengempang atau meragam kerana lapar.

Ibu pula tak perlu makan dengan banyak jika mahau menambahkan susu badan. Kerana ESP sanagat tinggi kandungan protinnya. Kandungan utama susu ibu adalah protin. Oleh itu ESP mampu menambahkan kuantiti susu badan serta menambahh kepekatan susu.


ESP juga boleh mengenyangkan perut ibu. So ibu boleh berdiet di malam hari. Gantikan ESP sebagai makan malam. Jangan terkejut jika dalam masa 2 minggu sahaja berat badan ibu lepas bersalin dah kembali ke berat normal seperti sebelum  mengandung.

Bulan ni ada PROMO ESP. Jom beli ESP Promo dengan saya!

Nak beli ESP? Hubungi saya di 018-5776940. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Bahaya Simpan Bawang Merah Yang Telah Dikupas

Ramai dah ulas tentang isu ni. Tapi kita sebagai mak-mak yang terlebih rajin ni memang gemar sangat kupas bawang merah banyak-banyak. Supaya nanti nak masak tak perlu kupas dah. Tambah mak yang bekerja tu. Balik rumah terus nak masak.

Tapi dah timbul pula isu bawang merah yang telah dikupas boleh memudaratkan kesihatan. Macam mana ni?

Benarkah bawang merah boleh nenyerap virus serta bakteria? Ya memang betul.


Jika kita mengalami demam atau selsema, salah satu rawatan semulajadi adalah dengan meletakkan bawang nerah yang telah dikupas dan dibelah dua di dalam kawasan rumah atau bilik. Ini bertujuan untuk menyerap segala virus yang ada dalam rumah.

Selain dari itu, letakkan juga bawang merah yang dihiris di dalam stokin kaki. Bertujuan yang sama iaitu untuk menyerap keluar virus dari dalam badan.

Kesannya? Dalam masa satu hari b9leh dilihat demam atau selsema berkurangan. Menakjubkan kuasa Allah dalam mencipta rawatan buat manusia melalui tumbuh-tumbuhan.

So berbalik pada persoalan kita tadi, bahaya ke simpan bawang merah yang telah dikupas? Nak ikutkan memang bahaya sebab bawang merah itu tadi telah menyerap segala macam virus dan juga bakteria.

Tapi jangan risau. Anda boleh simpan bawang-bawang merah anda dalam bekas tertutup dan lagi bagus kalau kedap udara. Bawang bukan sahaja kekal segar berminggu-minggu, malah bawang anda tidak dapat menyerap virus dan juga bakteria dari luar.

Punca Pori Pori Wajah Besar


Pori-pori yang besar boleh mencacatkan penampilan seseorang. Bukan sahaja tidak cantik dipandang, tetapi pori-pori yang besar juga mendorong kepada masalah kulit yang lain seperlu whitehead, blackhead dan juga lebihan minyak di muka.

Punca pori-pori besar :

  • Faktor genetik - yang ini memang kita tak mampu nak ubah.  Tetapi masih boleh perbaiki dan rawat
  • Pengeluaran minyak berlebihan - sebenarnya punca kulit wajah mengeluarkan minyak yang berlebihan ialah kerana keadaan kulit yang kering dan menghantar signal ke otak untuk mengeluarkan lebih banyak minyak
  • Kotoran - wajah yang tidak dibersihkan dengan betul akan membuat pengumpulan kotoran dan ini membuatkan pori besar kerana pori telah tersumbat dengan kotoran dan debu
  • Sinar matahari - sinar matahari membuatkan kulit menjadi kasar dan ini mendorong kepada pembesaran pori
  • Tidak mengamalkan regime penjagaa kulit - rutin penjagaan kulit yang tidak teratur dan lengkap seperti mencuci, menscrub, toner dan juga pelembap



11 Punca Buah Pinggang Rosak Yang Boleh Dielakkan



Buah pinggang antara organ dalam badan manusia yang terpenting. Buah pinggang berbentuk kacang sebesar genggaman anda. Ia terletak di kedua ruang tulang belakang di belakang tubuh bahagian pinggang anda.


Fungi buah pinggang :

  • menyingkir sisa buangan
  • mengawal jumlah cecair badan
  • mengawal tekanan darah
  • menyediakan penghasilan sel darah merah
  • agar tulang kekal sihat
Ramai rakyat malaysia mengalami masalah buah pinggang. Buktinya ialah semakin bertambah pusat dialisi yang ada di serata negara dan pusat-pusat dialisi ini mengaut untung yang banyak kerana setiap hari pasti akan ada pelanggan yang datang untuk menjalani rawatan mencuci buanh pinggang atau dialisis.


Ok mari kita lihat punca kerosakan buah pinggang yang sebenarnya boleh kita 
elakkan.

  1. Kerap tahan kencing
  2. Kurang minum air 
  3. Suka makan makanan masin
  4. Suka minum minuman bergas atau berkarbonat
  5. Kerap terkena jangkitan pundi kencing kerana kurang menjaga kebersihan
  6. kerap mangambil makanan tinggi urik asid seperti makanan laut
  7. Merokok
  8. Kerap makan pil tahan sakit
  9. Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal
  10. Obesiti 
  11. Minuman alkohol berlebihan

Kepada anda yang ada masalah di atas, ingatlah bahawa kita hanya mempunyai 2 buah pinggang. jika salah satu rosak, kita masih ada lagi satu. Tetapi jika yang satu itu juga rosak, tiada apa lagi yang boleh menggantikannya.

Amalkan gaya hidup sihat untuk menjaga buah pinggang anda.


Bagi mereka yang telah mengalami kerosakan buah pinggang, Anda boleh mengambil supplement Vivix Shaklee yang terbukti telah menyembuhkan pesakit buah pinggang. Vivix berupaya memperbaiki sel yang telah rosak.



Antara testimoni berjaya dengan Vivix








Vivix berhrga RM503.50. Bulan januari 2016 merupakan bulan promosi Vivix Beli 6 percuma 1. Sila hubungi saya untuk mendapatkan Vivix Shaklee anda pada harga promo.

Lia 018-5776940. 
Pengedar Shaklee Ipoh. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju. COD di Medan Gopeng Ipoh



Cara Merawat Kulit Kering Dan Bersisik



Kulit menjadi kering dan bersisik kerana lapisan luar kulit iaitu epidermis telah hilang. Jika tiada epidermis, kulit akan menjadi kering dan pecah-pecah.

skin-layers

Bahagian kulit yang kering ini boleh dikopek dan ini boleh menimbulkan iritasi atau kepedihan terutama jika terkena sabun atau makanan yang pedas. Ini akan menimbulkan ketidakselesaan pada individu. Kerja-kerja rumah juga sukar dilakukan terutamanya seperti membasuh pinggan mangkuk, memotong bawang dan membasuh baju.

Rawatan Kulit Kering dan Bersisik



Kolagen
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan  protin di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang, sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun pada selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu, kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kecantikan dan pelembap kulit. Kolagen menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya, ia akan melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit



ESP ( Energising Soy Protein)

Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita sebab tubuh badan  kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormon, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel 9anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama dengan tisu-tisu badan yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak dengan tisu-tisu yang baru.

ESP merupakan sumber protein lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dalam menu diet seharian. Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi.

Rendah lemak dan bebas kolesterol. Esp terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.

ESP membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan, dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula normal di dalam darah.

Kelebihan ESP menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan berseri, membantu hilangkan parut, memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

Harga ESP Shaklee ialah  RM159.00. Boleh bertahan sehingga 2 bulan.


Untuk pembelian, sila hubungi Lia di 018-5776940. 

Penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia. Cod di Medan Gopeng, Ipoh

Punca Anak Nakal - Salah Siapa


Kali ni saya nak cerita tentang anak yang nakal. Harap semua membaca dengan tenang dan berlapang dada. Kadang-kadang kita tak sedar salah siapa atau punca anak ini nakal. Kita merasakan bahawa memang mereka ini nakal dan tidak berpunca dari apa-apa atau dari mana-mana.

Jom lihat satu persatu antara faktor yang mendorong kenakalan anak. Supaya kita boleh membantu anka-anak ini memperbaiki tingkah laku mereka.



Kurang Kasih Sayang 
Selalu sangat dengar ayat ni. Tapi memang betul. Anak yang nakal ini selalunya kurang kasih sayang. Mereka tidak di tabur dengan kasih sayang yang secukupnya.

Anak yang tidak diberi kasih sayang, mereka juga tidak tahu memberi kasih sayang kepada orang lain. Adakah anda faham dengan statement ini?

Untuk melembutkan jiwa mereka, taburlah dengan kasih sayang sebanyak-banyaknya ke dalam jiwa mereka.


Keluarga Yang Tidak Harmoni Atau Ibu bapa Bercerai
Faktor ini banyak juga menyumbang kepada masalah tingkahlaku anak. Kemurungan, dendam dan juga kenakalan anak. Juga berkait dengan kekurangan kasih sayang jika salah seorang ibu atau bapa jarang meluangkan masa dengan mereka terutama selepas bercerai.

Bagi ibu bapa yang sering bergaduh atau bertekak di dalam rumah, ini kan memberi contoh kepada anak tersebut. Anak akan belajar untuk bergaduh bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu



Tekanan Daripada Orang Tua
Terdapat juga orang tua atau ibu bapa yang memberi tekanan hidup kepada anak. Ada yang terlalu mengongkong anak. Ada yang terlalu cerewet.

Bagaimana perkara ini membuat anak nakal? Jika anak sering di kawal, anak akan bertindak kasar untuk mendapatkan kebebasan. Anak akan merontan atau menjerit untuk meminta sesuatu kerana dia tahu dia tidak akan sesuatu dengan mudah dari ibu atau bapanya. Jadi dlam mengawal anak tu berpada-pada lah ye.



Anak Yang Mengalami Kekerasan Daripada Keluarga
Ini merujuk kepada cara layanan sesebuah keluarga. Terdapat juga keluarga yang mengamalkan tingkah laku yang kasar. Anak akan beljar dari apa yang die nampak. Kekasaran yang diterima dari kecil akan membuatkan anak merasakan kekerasan itu adalah sesuatu yang normal.



Salah Pergaulan
Ibu bapa kena ambil tahu rakan-rakan atau kenalan anak anda. Sama ada di kawasan kejiranan, taska atau pun sekolah. Elakkan anak bergaul dengan rakan yang kurang elok tingkah lakunya. Pengaruh utama anak-anak adalah daripada rakan sebaya. Oleh itu kenali rakan anak-anak anda.


Diharapkan entry saya kali ni dapat memberi kita kesedaran tentang perlakuan nakal anak. Meluntur buluh biarlah dari rebung. Saya doakan semua ibu bapa di dunia ini dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah, aaminn..




Untuk mendapatkan supplement Shaklee, sila hubungi saya, Lia di 018-5776940

Penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia. COD di Medan Gopeng, Ipoh

Resipi Homemade Ayam Goreng KFC Yang Super Rangup


Anak-anak saya suka sangat dengan ayam goreng upin ipin. Macam mana rupa ayam goreng upin ipin tu? Ala yang bahagian drumstik tu la. Kan upin ipin suka makan ayam goreng bahagian peha. Nampak sedap sangat kan. Anak saya ni boleh cakap jenis picky eater atau cerewet bab makanan. Tapi kalau bagi ayam goreng upin ipin mesti laju je makan.

Untuk menjadi ibu mithali, saya dengan rajinnya belajar la buat ayam goreng upin ipin iaitu ayam goreng ala-ala KFC gitu. Senang je rupanya. Menjadi dengan jayanya. Rasa sedap, rangup dan juicy.





Bahan-bahan Ayam Goreng Ala KFC :

Seekor ayam

Perap dengan :
7 ulas bawang putih yang ditumbuk halus
Sedikit serbuk cili
Sedikit garam
Sedikit serbuk kari
Sedikit air untuk menggaul bahan perap

Ikut kesesuaian la ye. kalau nak pedas boleh lebihkan serbuk cili dan serbuk kari

* Perap selama sejam

Bahan Salut :
3 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam
Sedikit serbuk kari
Sedikit serbuk cili

2 biji telur

Cara-cara :

  • perap ayam selama sejam
  • selepas itu, gaulkan ayam dengan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Gaul bagi rata ke seluruh bahagian ayam
  • kemudian, di dalam bekas besar, campurkan kesemua tepung bahan salut dan gaul sebati
  • masukkan ayam yang telah digaul dengan telur ke dalam bekas besar tersebut
  • tutup bekas tersebut dengan rapat dan goncangkan bekas tersebut supaya kesemua bahan salut menyalut ayam dengan sekata. Senang kan, takde kotor tangan
  • goreng ayam di dalam minyak yang banyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Tutup periuk atau kuali semasa menggoreng
  • goreng lebih kurang 15 minit atau sehingga perang gelap

Tips :
Jika anda risau ayam anda tak masak di bahagian dalam, anda boleh kukus dahulu ayam tersebut. 

Selamat mencuba !



Untuk mendapatkan supplement Shaklee, hubungi saya, Lia melalui wassap/sms atau call di 018-5776940.

Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju. COD di Medan Gopeng, Ipoh

Kenapa Mata Putih Menjadi Kuning



Mata antara anggota deria yang terpenting buat manusia. Dengan mata kita dapat melihat alam semesta, dapat melihat ahli keluarga serta sahabat yang dicintai. Mata juga antara salah satu daya penarik. Manusia boleh jatuh hati hanya melalui pandangan mata. Dahsyat bukan. Sedangkan wanita yang bertudung labuh serta berniqab itu kita mampu melihat kecantikkannya hanya melalui mata.

Pernah tak anda lihat mata anda atau amat orang lain berwarna kekuningan? Warna kuning di bahagian putih mata boleh mencacatkan penampilan sesorang itu.

Punca mata putih menjadi kuning :


  1. Debu dan habuk - debu atau habuk yang memasuki mata akan menyebabkan mata menjadi gatal. Dan ini menyebabkan kita menggosok mata untuk menghilangkan gatal. Ketika menggosok, mata boleh mendapat luka halus atau calar dan ini membuatkan maat menjadi kuning akibat jangkitan kuman
  2. Asap - asap mengandunagi racun atau toksid. Asap yang terkena pada mata kita boleh menyebabkan mata kotor dan mendapat jangkitan
  3. Menonton tv - aktiviti menonton televisyen dalam jangkasama yang lama boleh menyebabkan otot mata letih dan menjadi tengang. Oleh itu mata akan menguning dengan sendirinya.
  4. Menggunakan laptop atau komputer - menghadap laptop atau komputer terlalu lama menyebabkan mata terdedah pada sinar radiasi yang merbahaya. Dan ini menyebabkan mata menjadi kuning
  5. Kurang vitamin A

Di sini saya sarankan pengambilan DTX Complex Shaklee iaitu vitamin untuk merawat hati kita.





Fungsi hati ialah :

  • rembesan hempedu
  • bertindak sebagai detokfikasi
  • mengawal paras gula dalam darah
  • penting untuk metabolisma lemak

Bagaimana DTX Complex menjaga hati kita?



Antara kandungan DTX Complex ialah :

  • biji 'milk thistle' yang berfungsi sebagai antioksida
  • biji schizandra chinensis yang menghalang toksid masuk ke dalam badan
  • cendawan reishi sumber antioksida sejak 4000 tahun dahulu di china
  • dandelion yang melancarkan pengaliran hempedu
  • kunyit yang berfungsi mencegah barah hati
  • ekstrak arthicoke melancarkan dan mengekalkan aliran hempedu yang normal

Testimoni pengguna DTX Complex



Untuk pembelian, sila hubungi Lia di 018-5776940.
Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia melalui poslaju. COD di Medan Gopeng, Ipoh




Cara Simpan sayur Supaya Kekal Segar


Hari ni kita nak belajar bagaimana nak simpan sayur-mayur supaya kekal segar berhari-hari atau berminggu atau silap hari bulan segar selama berbulan-bulan (jangan percaya).


Tips :
  • Jangan simpan sayur yang berlainan jenis dalam satu bekas yang sama
  • Sebelum simpan, buang tali atau getah yang diikat pada sayur. Daun-daun yang dah rosak di bahagian hujung sayur tu pun buang juga. Daun yang rosak boleh menyebabkan daun-daun sayur yang lain turut tercemar sama.


Lobak Merah

  • Buang daun hijau di bahagian atas lobak merah kerana daun lobak merah akan menyerap nutrien dari dalam lobak
  • Kemudian simpan lobak di dalam bekas bertutup yang berisi air


Terung

  • Simpan terung di dalam peti ais
  • Jauhi daripada sinaran matahari
  • Elakkan terung di simpan berdekatan dengan pisang, tomato dan juga tembikai

Ubi kentang

  • Elakkan simpan sayuran berubi bersama-sama. Contoh sayuran berubi ialah ubi kentang, ubi keledek dan bawang
  • Simpan ubi di dalam bakul yang terdedah pada udara
  • Gunakan dalam masa seminggu

Timun

  • Simpan timun jauh daripada tomato, tembikai dan juga pisang
  • Timun juga mudah rosak jika suhu terlalu sejuk
  • Jika anda simpan di bahagian sejuk peti ais, gunakan dalam masa 3 minggu
  • Seeloknya simpan di luar iaitu di bawah suhu bilik

Sayuran Berdaun Hijau

  • Bersihkan sayur dan potong ke bahagian kecil
  • Kemudian toskan lebihan air tadi
  • Simpan sayur di dalam tuala kecil dan ikat dengan getah
  • Tuala akan menyerap lebihan air pada sayur dan mengelakkan sayur hijau menjadi lembik

Harap post saya ini membantu anda semua. nanti kalau ada peua-petua lain saya share di entry baru ye. Thanx sudi membaca!


Untuk mendapatkan supplement Shaklee, sila hubungi saya, Lia di 018-5776940. penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju. COD di Medan Gopeng, Ipoh



Doa Amalan Ibu Mengandung

Syukur sangat kita dilahirkan sebagai seorang Muslim. banyak panduan yang boleh diperolehi daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Doa-doa yang akan saya kongsikan di bawah ni nanti adalah doa yang popular yang sering diamalkan oleh ibu hamil.

Semoga doa di bawah dapat memberi manfaat buat ibu hamil sekalian. Supaya anda dikurniakan zuriat yang baik budi pekerti, menyejukkan hati ibu ayah serta dapat berjasa untuk keluarga serta agama.



Doa Semasa hamil


Surah-surah Amalan



Doa Supaya Mudah Bersalin


Doa Untuk Mendapat Anak Kembar


Doa Supaya Mudah Bersalin Secara Normal