Stroller Baru My Baby Sweet Cherry 6 SCR6

Antara my fav baby stuff ialah stroller. Setiap kali dapat baby baru stp kali itu la saya akan beli stroller baru. So skrg dah ada baby no 3 so dah ada 3 stroloer kt rumah. Hehe..

Untuk kali ni my hubby yang buat pilihan & he decided to choose SCR6 or Sweet Cherry 6. Harga asal RM719 tapi Aeon ada bg less 20% masa beli tu. 


Memang nampak cantik sangat SCR6 ni. Kaler merah terang. Tapi sangat la besar sampai tak muat bonet kereta myvi comel ku! Masa beli tu dah remind hubby tentang kebesaran SCR6 ni tapi hubby nak jugak sbb nampak style. Nak dipendekkan cerita, hari kedua beli hubby dh bising sbb besar sgt & hubby suruh jual! Hehe.. Saya diam je. Nasib baik bukan saya yg pilih.

Tapi kami teruskan jugak guna SCR 6 ni. Memang agak rumit sbb saiznya yang besar. Kena sabar sikit. Guna kederat lebih sebab agak berat jugak. If nak travel jauh pn mcm tak mesra bonet sbb tak muat nak masuk luggage if dah letak SCR6 kt bonet. So kalau berjalan jauh mmg tnggl SCR6 kt rumah je la.

Cara & Petua Diet Untuk Turunkan Berat Badan

Sebenarnya entry ni untuk yang bru lepas bersalin tapi boleh juga diguna pakai bagi golongan lain. Ikut mana yang bersesuaian lah ye.

Petua diet untuk cepat turunkan berat badan ni berdasarkan pengalaman saya sendiri. Sekarang saya tengah berpantang untuk hari yg ke 34. Dan berat badan saya sekarang dah kurang dari berat sebelum mengandung. Sebelum hamil berat 46 kg dan sekarang berat dh 44 kg. Ada macam nak turun ke 43 kg nampak gaya jarum penimbang tu. Sebenarnya masa hari ke 14 berpantang saya dh capai berat 44 kg dan sekarang menten sebab saya dah kurangkan diet seperti awal pantang. Dah mula ngelat berpantang la ni.

Okey jom kita lihat cara diet yan saya amalkan untuk cepat tuunkan berat badan.

Pagi : 
Bangun pagi saya akan minum air kosong dahulu. Kemudian diikuti jamu atau supplement untuk wanita lepas bersalin.
Kemudian segelas kopi dan sekeping atau dua keping roti disapu butter atau jem.

Kemudian saya akan berbengkung. Bengkung ni boleh mengurangkan rasa lapar dan mengelakkan perut masuk angin. Bagi yang bukan berpantang boleh pakai korset or girdle la ye.

Tengahari :
Saya akan makan nasi, sayur dan juga lauk. Nasi hanya setengah hingga satu senduk sahaja. Saya akan lebihkan sayur dan lauk.
Pas makan nasi tunggu dalam 10 minit then baru saya minum air kosong segelas. 
Kemudian saya akan ambil Vitalea Shaklee 1 biji untuk cover mana2 nutrien yang tak cukup. 

Petang :
Saya akan minum milo segelas dan juga biskut.

Malam :
Sama ada nasi, sayur dan lauk dengan kuantiti separuh dari tengahari atau ;
ESP Shaklee segelas dan dua keping roti

Kemudian sebelum tidur saya akan ambil Vitalea Shaklee 1 biji, Zinc 1 biji dan Vitamin C Shaklee 1 biji.

Diet ni memang tak akan jejaskan pengeluaran susu badan. Kesihatan saya juga Alhamdulillah baik dan tiada masalah.

Vitamin amat penting jika kita mengamalkan diet supaya kesihaan badan tidak terjejas. Vitamin membantu memenuhi kekurangan nutrisi apabila kita mengurangkan kuantiti makanan kita. Dan of course la ye vitanin tidak mengandungi kolesterol or lemak jahat.

Jom beli vitamin shaklee dengan saya. Banyak lagi petua yang boleh saya kongsikan.

Vitalea RM88
Zinc RM32
Vitamin C RM91
ESP RM150

Bulan ni ada promosi Vitamin C ye  
Jom contact saya :
sms / call 018-5776940