Kesan Minum ESP | Husband Suruh Stop Minum ESP

Last minum ESP atau Energising Soy Protein Shaklee ni masa mengandungkan Madeena. Then ESP habis so saya pun stop dan continue dengan Set Bersalin Shaklee.

Bulan Mac ni Promo ESP Buy 6 Free 1. So saya grab la satu balang untuk diri sendiri. Baru start minum ESP 3 hari lepas. Saya campur dengan susu segar sejuk. Memang resepi ESP feveret saya. 



Saya ambil ESP dengan tujuan utama sebagai Milk Booster saya. Baca di SINI untuk artikel selanjutnya memgenai ESP sebagai Milk Booster.



Then bermulalah alkisahnya.


Saya terjaga pada waktu malam and breast berdenyut-denyut sebab bengkak susu. Tak lama lepas tu datang LDR atau Let Down Reflection. Tak sempat nak ambil baby, susu dah memancut. Habis basah lenjun baju! Masa ni tak tahu lagi sebab apa. Saya fikir mungkin sebab baby lambat bangun menyusu malam tu.

Then siang esoknya, saya ambil ESP pada waktu tengahari sebab lewat masak lunch. Sibuk sangat main facebook kan! 



ESP mampu memberi kesan kekenyangan. Sangat sesuai bagi orang diet.






Breast masih berat penuh dengan susu sejak dari malam tadi. Pelik juga ni. Okay tak pe, saya paksa juga baby breastfeed walaupun die tengah tidur kekekenyangan.

Pada malamnya, breast membengkak lagi. Penuh padat dengan susu. Dan perkara ini berlanjutan sehingga ke siang harinya. Sampai la saya rasa kurang selesa (sepatutnya kena pam, tapi penyakit M sedang menguasai diri).

Then saya mengadu pada suami tercinta. Kenapa breast asyik bengkak dengan susu, baju asyik basah, baby lak dah tak nak minum sebab perut dah kenyang.

Suami tercinta tanya apa yang saya makan sepanjang beberapa hari ni. Then barulah saya teringat ESP! Macam ni ke dahsyatnya penangan ESP yang disertai dengan Alfalfa. Serius memang susu saya melimpah ruah. Syukur Alhamdulillah.

Suami tercinta yang kesian tengok saya asyik mengadu breast bengkak ni pulak suruh saya stop ambil ESP. Hewhew.. 

So mommies out there yang nak cuba penangan ESP dan juga Alfalfa sebagai milkbooster anda boleh contact saya. Jangan tunggu dan fikir lama-lama sangat. Ramai dah rasai kehebatan Set Menyusu Shaklee ni. Anda bila lagi?

Klik icon di bawah untuk pembelian secara online.


ESP sangat tinggi dengan protein.




Call, sms @ whats app nombor 018-5776940 sekarang.

Kitaran Haid Tidak Teratur | Rawat Dengan GLA Complex Shaklee

Haid ada pada semua wanita. Kalau tak ada haid rasa macam tak lengkap sebagai wanita. Tapi ada pelbagai masalah berkaitan dengan haid ni. 


Masalah yang paling kerap berlaku adalah kitaran haid yang tidak teratur. Masalah ini bukan sahaja terjadi kepada wanita yang telah berkahwin tetapi turut boleh terjadi kepada gadis sunti.


Bagi gadis, masalah haid tidak teratur ini boleh mengundang masalah seperti :
  • Jerawat
  • Kenaikan berat badan
  • Perut buncit
  • Kurang keyakinan diri


Bagi wanita sudah berkahwin pula, masalah haid tidak teratur akan mengundang kesukaran untuk hamil dan juga menyukarkan proses perancangan keluarga.

Terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada maslaah haid tidak teratur. Antara punca yang kerap dikenalpasti adalah :

1. Hormon yang tidak seimbang
2. Pertambahan berat badan
3. Pengambilan ubat-ubatan hospital
4. Pengambilan jamu atau ubat tradisional
5. Menyusu anak
6. Penggunaan kaedah perancang keluarga

Wanita tidak boleh memandang ringan masalah ini. Sistem peranakan wanita sangat complex dan perlu dijaga selalu. Pastikan kitaran haid anda teratur dan jika masalah ini berlarutan anda perlu menjalani pemeriksaan doktor.

Bagaimana Shaklee dapat membantu?

Anda yang mengalami masalah haid tidak teratur boleh mengamalkan GLA Complex Shaklee. 


GLA Complex memgandungi minyak borage yang berkepekatan 6 kali ganda lebih pekat daripada Evening Primrose Oil atau EPO.


GLA mampu merawat masalah haid yang tidak teratur. Kesannya boleh dirasai dengan begitu cepat walaupun penggunaan belum habis satu botol.

Saya juga mengalami masalah haid yang tidak teratur atas sebab penggunaan pil perancang. Saya pernah tidak datang haid selama 2 bulan. Selepas 7 hari mengambil GLA Complex Shaklee, haid saya kembali datang dan teratur untuk bulan yang berikutnya.

Banyak lagi testimoni berkaitan GLA yang memang sangat membantu wanita dalam memulihkan kitaran haid yang tidak teratur.





Selain membantu dalam masalah haid tidak teratur, GLA banyak khasiat yang lain. 

GLA Complex Shaklee membantu dalam kesuburan wanita di mana GLA Complex Shaklee menyediakan lendiran faraj yang sihat. GLA Complex Shaklee juga membantu mengatasi masalah senggugut ketika haid. 

Yang paling suka ialah GLA Complex Shaklee mampu mencantikkan kulit, menghindari masalah jerawat dan juga menyihatkan kuku dan rambut.

Bagi wanita yang berusia emas, GLA Complex Shaklee boleh membantu masalah pre menopous seperti kemurungan dan juga panas badan.


Jangan biarkan masalah haid tidak teratur menggangu kesihatan dan juga emosi anda. Dapatkan GLA Complex Shaklee anda sekarang.

GLA Complex Shaklee hanya berharga RM91 untuk 90 kapsul. 

Sila klik icon di bawah untuk pembelian secara online.


Sila hubungi saya di 018-5776940 untuk pembelian serta pertanyaan lanjut.

COD Ipoh

Senarai Makanan Tambah Susu Badan

Ibu-ibu yang menyusukan anak pasti sentiasa mencari petua makanan yang dapat tambah susu badan mereka. 

Sebenarnya setiap ibu telah dianugerahkan susu badan. Cuma kadang kala atas faktor yang tertentu seperti faktor kesihatan atau faktor pemakanan yang menyebabkan susu badan ibu menjadi kurang atau langsung tiada.

Antara salah satu faktor masalah yang mengganggu penyusuan susu ibu adalah inverted nipple atau puting badan yang tenggelam. (Sila klik gambar di bawah untuk membaca artikel mengenai inverted nipple atau puting tenggelam selanjutnya).



Senarai di bawah merupakan antara makanan yang mampu merangsang pengeluaran susu ibu.

  1. ulam pegaga
  2. minuman soya atau ESP Shaklee (sila klik gambar di bawah untuk bacaan lanjut mengenai ESP Shaklee)
  3. produk tenusu http://vitaminsetbersalin.blogspot.com/2015/03/esp-shaklee-tambah-susu-badan.html?m=1
  4. tempe
  5. keju
  6. halba
  7. kucai
  8. sawi
  9. lobak putih
  10. sup daging
  11. coklat
  12. kekacang seperti dal dan badam
  13. kurma
  14. madu
  15. sayuran hijau
  16. sayur merunggai
  17. jantung pisang
  18. ikan yu
  19. air rebusan longan kering + kurma merah
  20. alfalfa atau Alfalfa Complex Shaklee (sila klik gambar di bawah untuk bacaan lanjut tentang Alfalfa Complex Shaklee)


Setiap ibu berbeza milk booster masing-masing. Ibu kena sentiasa try & error untuk mendapat milk booster mereka. Kadang kala milk booster juga perlu ditukar sekali sekala jika dilihat kemampuannya merangsang susu badan semakin berkurangan.

Harga :
ESP RM150 (850 gram)
Alfalfa (S) RM53 (330 biji)
Alfalfa (L) RM97 (700 biji)

Untuk pembelian Set Bajet Menyusu Shaklee iaitu ESP & Alfalfa Complex, sila hubungi saya di 018-5776940.

Anda juga boleh membeli secara online. Hanya klik icon di bawah.



Lia 018-5776940. COD sekitar Ipoh

ESP Shaklee Tambah Susu Badan

ESP Shaklee atau Energising Soy Protein merupakan minuman kesihatan berasaskan soya.



ESP berbeza dengan minuman soya lain yang ada di pasaran kerana ESP dihasilkan dengan penanaman secara organik tanpa bahan kimia atau baja sintetik. Nutrien yang terkandung didalam ESP adalah semulajadi dan bukan tiruan.


ESP tidak akan kenyebabkan masalah yang sering dikaitkan dengan soya iaitu ekzema dan juga kanser. Malah, ESP berkemampuan memperbaiki masalah ekzema juga menghindari anda dari penyakit kanser.


Bagaimana ESP membantu dalam penyusuan bayi anda?

Kandungan utama ESP adalah protin. Seperti juga kandungan utama susu badan adalah protin, jadi ESP memang sangat membantu menambah keperluan protin tubuh anda dan seterusnya membantu meningkatkan kuantiti susu badan. 

Susu di dalam payudara sentiasa penuh kerana tubuh anda cukup bekalan protin hasil daripada pengambilan ESP.

Susu badan yang dihasilkan nanti akan menjadi lebih pekat kerana kaya dengan protin dan nutrien dari sumber ESP.

Bayi yang menyusui dengan susu badan yang kaya dengan protin akan lebih cepat kenyang dan ini akan menghindari masalah bayi yang suka mengempeng dengan lama kerana tidak puas susu.

Jadi disini kita dapat lihat kesan pengambilan ESP kepada ibu yang menyusui iaitu susu badan lebih banyak dan pekat.


Saya juga telah menggunakan ESP sejak dari anak saya yang sulung dan ESP amat membantu saya dalam penyusuan bayi saya terutamnya ketika bulan puasa. 

Perut saya kurang berasa lapar dan saya masih mampu pam susu di pejabat untuk bekalan esok hari. Semua atas bantuan ESP dan set menyusu shaklee. Alhamdulillah. Dan saya yakin anda semua juga mampu menyusukan bayi anda dengan set menyusu shaklee.

ESP berharga RM150 dan boleh bertahan sehingga 2 bulan. ESP sangat pekat oleh itu penggunaan ESP adalah terhad kepada 3 sudu besar sehari. 

ESP boleh dicampur dengan minuman atau jus buah yang lain. Namun elakkan campuran dengan air panas kerana protin di dalam ESP boleh rosak.

Cepat hubungi saya segera di 012-2827736 atau 018-5776940 untuk pembelian ESP anda hari ini. Sebarang masalah atau pertanyaan juga boleh diajukan kepada saya dalam membantu anda menjayakan penyusuan bayi anda.

Untuk pembelian secara online sila klik ikon di bawah.


Lia 012-2827736 atau 018-5776940. COD sekitar Ipoh.

Petua Mendapat Anak Yang Cerdik Sejak Dari Dalam Kandungan

Semua ibu bapa mesti mahukan seorang anak yang cerdik lagi pandai. Sebenarnya untuk mendapat anak yang cerdik bernula sejak dari dalam kandungan lagi. Setiap kali hamil saya selalu gugel tips atau petua untuk mendapat anak yang cerdik.


So ini antara petua untuk mendapat anak yang cerdik. Ibu yang sedang hamil boleh praktikkan. Mudah je.

1. Selalu buat kerja kira-kira. Yang paling senang sekali saya suka main game SUDOKU. 


SUDOKU ni ada banyak tahap atau level. Mommies boleh cuba daei level mudah, sederhana dan akhir sekali sukar. Zaman yang canggih ni kita boleh download je aplikasi dari gugel playstore.

2. Selalu menyanyi dan bermain alat muzik

Rasionalnya adalah anak di dalam kandungan akan lebih kreatif. Jika muzik yang dimainkan itu pula mempunyai alunan yang lembut, anak di dalam kandungan juga akan menjadi tenang.

3. Makan makanan untuk otak

Makanan yang banyak memberi khasiat kepada otak dan monda termasuklah kismis, kacang badam, minyak ikan, susu dan kurma. Jadi ibu hamil digalakkan mengambil makanan ini supaya anak yang dilahirkan nanti cergas akal fikirannya.

Bagaimana Shaklee dapat membantu?

Ibu yang hamil boleh mengambil supplement Omega Guard Shaklee iaitu pati minyak ikan yang terbaik di dunia. 


Omega Guard terdapat DHA. Selalu iklan2 susu bayi di tv mesti sebut tentang DHA kan. 
  • DHA ni sangat lah penting untuk perkembangan saraf otak
  • DHA merupakan lemak utama pembentuk otak, retina mata dan sistem saraf pusat
  • DHA sangat penting dan amat diperlukan sepanjang tempoh kehamilan sehingga bayi berumur 18 bulan. Jadi ibu yang menyusukan anak juga digalakkan untuk mengambil Omega Guard Shaklee untuk menampung perkembangan otak bayi yang sihat dan cergas

Omega Guard juga mengandungi Omega 3 yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri.

Omega Guard penting untuk perkembangan saraf visual dan kognitif bayi.


Pengambilan Omega Guard juga mampu mencegah kelahiran bayi pra-matang dan juga mengelakkan alergi di kalangan bayi.

Yang paling best Omega Guard untuk ibu hamil ni ialah ia boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi di mana ramai wanita mendapat darah tinggi ketika hamil.

Tetapi, pastikan anda mengambil Omega Guard dari bulan ke-4 hingga ke-8 sahaja. Omega Guard mampu mencairkan darah so kena elakkan pengambilan ketika hampir bersalin.

Harga Omega Guard Shaklee :
RM136 dan mengandungi sebanyak 90 biji kapsul.

Untuk pembelian atau sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya di 012-2827736 atau 018-5776940.



Petua Merapatkan Faraj Yang Longgar Dengan Alfalfa Shaklee

Faraj yang longgar bukan sahaja terjadi kepada wanita yang pernah melahirkan anak. Even anak dara sekalipun berisiko mengalami faraj yang longgar akibat dari aktiviti yang lasak seperti olahraga dan juga sukan berbasikal.

Jadi seharusnya penjagaan faraj di titik berat dari usia remaja lagi. Faraj yang longgar juga dikaitkan dengan masalah keputihan. Masalah keputihan yang kronik akan menyebabkan faraj berbau dan sentiasa berair sehingga membuatkan seseorang wanita itu sangat tidak selesa. Bagi wanita yang sudah berkahwin pula sudah tentu akan mengganggu sedikit sebanyak hubungan intim suami isteri.

Jadi apa yang shaklee dalam membantu anda dalam penyelesaian masalah ini?

Di sini saya amat sarankan pengambilan Alfalfa Complex Shaklee. 


Alfalfa merupakan raja segala herba dan juga dikenali sebagai Kacip Fatimah kerana khasiatnya untuk kesihatan dalaman wanita.

Alfalfa sangat bagus untuk mengecutkan rahim terutama bagi wanita lepas bersalin dan sekaligus berkemampuan merapatkan faraj wanita.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.



Alfalfa yang kaya dengan klorofil ini juga mampu merawat serta mencegah masalah keputihan, faraj berair dan juga masalah bau di kawasan intim wanita. Bukan itu sahaja, masalah bau badan juga dapat diatasi dengan pengambilan Alfalfa.



Alfalfa berfungsi untuk detox segala kotoran juga toksid keluar dari badan anda. Dan inilah yang membantu anda dalam merawat segala masalah di atas. Bagi meraka yang tidak mengalami masalah dia atas, pengambilan Alfalfa akan membantu anda mencegah masalah di atas dari berlaku. Lebih baik mencegah dari merawat bukan?

Alfalfa juga sangat kaya dengan kalsium, dapat membantu melawaskan proses pembuangan, boleh membuang angin di dalam badan dan rahim dan juga sangat bagus bagi ibu yang menyusu di mana Alfalfa mempunyai agen perangsang pengeluaran susu badan.

Cara makan Alflafa:
3 biji pagi ~ selepas sarapan
3 biji malam ~ selepas makan malam

Pastikan anda mengambil air kosong sekurang-kurangnya 500ml selepas pengambilan Alfalfa bagi kesan yang optimum.

Harga Alfalfa :
Botol kecil RM53 (330 biji)
Botol besar RM97 (700 biji)

Bagaimana untuk mendapatkan Alfalfa Shaklee yang bagus ni? Anda boleh hubungi saya sebagai pengedar sah Shaklee di 012-2827736 untuk pembelian. Konsultansi secara percuma juga akan diberi kepada setiap pelanggan saya.

Untuk pembelian secara online yang lebih pantas dan mudah, sila klik icon di bawah.


Hubungi saya di 018-5776940. COD sekitar Ipoh.


Khasiat Vitamin C Shaklee

So today cerita tentang Vitamin C. Sebab saya rasa Vitamin C ni vitamin paling femes sekali. Artis-artis pun macam ramai je suntuk Vitamin C untuk kecantikan dorang. Tapi tu macam kira drastik sangat la ye. Kita nak cantik dengan jalan yang selamat.

Vitamin C merupakan satu-satunya Vitamin yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh. So nak taknak memang kena ambil melalui pemakanan atau supplement.

Vitamin C juga sangat cepat termusnah. Kalau makan banyak-banyak pun tak guna juga sebab bukan boleh simpan dalam tubuh tu lama-lama. Cukup tempoh ia akan termusnah sendiri. Paling elok disarankan 100mg setiap satu jam. Baru la tiada pembaziran Vitamin C.

Vitamin C membina kolagen. Kolagen untuk kulit tegang dan montok. Ramai yang mencari kolagen untuk kulit cantik. Mereka tak tahu sebenarnya Vitamin C membina kolagen kulit. Oleh itu, pengambilan Vitamin C mampu memberi kesan awet muda. Garis halus boleh dihilangkan dan kedalaman kedutan boleh dikurangkan.


Vitamin C melembapkan kulit. Bukan kulit wajah sahaja malahan seluruh kulit tubuh lembap dan segar. Tak perlu sapu losyen berbotol-botol. Vitamin C juga mampu mengatasi masalah tumit kaki merekah. 

Siapa-siapa ada masalah liang pori besar boleh amalkan Vitamin C juga. Kulit nanti jadi halus je. Vitamin C juga boleh membantu masalah jeragat serta jerawat di wajah. 

Vitamin C Shaklee bertindak sebagai sustained release iaitu bertindak melepaskan secara perlahan-lahan. Sebiji Vitamin C mengandungi 500mg vitamin c. Sebanyak 100mg vitamin C akan dilepaskan setiap 1 jam seperti mana yang disarankan.

Vitamin C Shaklee sangat murah iaitu RM92 sebotol dan mengandungi sebanyak 180 biji iaitu boleh bertahan sehingga 6 bulan. Lebih kurang RM15 sebulan. Murah sangat-sangat!

Sila klik ikon dibawah untuk pembelian secara online.




Atau : Sila hubungi saya di  018-5776940 untuk pembelian serta pertanyaan lanjut. 

Call / sms / whats app : 018-5776940

COD Ipoh

Set Bersalin Shaklee Paling Murah

Hari ni saya nak terangkan mengenai Set Bersalin Shaklee yang paling murah atau paling asas. Ini ditujukan khas pada mereka yang memang tak suka ambil banyak-banyak supplement tapi masih nak menjaga kesihatan diri, dan juga kepada meraka yang mempunyai bajet yang rendah untuk set bersalin.

Ramai yang takut dengan Set Bersalin Shaklee ni sebab bayangkan banyak botol-botol supplement yang perlu diambil. Harga pula mencecah beratus-beratus. 

Set Bersalin Optimum Shaklee memang terdiri dari pelbagai Supplement iaitu Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Ostematrix, Alfalfa dan juga ESP. Tapi sebenarnya anda juga boleh memilih mana-mana supplement yang anda mahu bergantung kepada keperluan tubuh dan juga bajet anda.

So mari kita lihat Set Bersalin Shaklee yang paling murah : 

1. Vitalea RM88

Vitalea ni memang penting untuk ibu lepas bersalin untuk menggantikan balik kehilangan darah sepanjang proses kelahiran. Vitalea melindungi ibu lepas bersalin dari masalah kekurangan zat besi. Klik sini untuk lihat kesan dan akibat kekurangan zat besi.

2. Zinc RM32

Zinc bertujuan untuk menyembuhkan luka bersalin. Sama ada anda bersalin secara normal atau pun pembedahan, Zinc sangat-sangat membantu dalan proses penyembuhan. Luka bersalin akan sembuh dengan cepat tanpa sebarang masalah walaupun anda tidak mengambil pati ikan haruan ataupun pati gamat.

Kedua-dua supplement boleh bertahan sehingga 4 bulan. Mudah bukan? Hanya RM112 iaitu RM28 sebulan! Set Bersalin yang sangat murah tetapi berkesan. 

Untuk bulan berikutnya anda boleh buat penambahan supplement anda iaitu Ostematrix (RM61) untuk menyokong keperluan kalsium sepanjang anda menyusukan bayi dan juga Alfalfa (RM53) sebagai milk booster anda. Klik sini untuk artikel Alfalfa tambah susu badan.

So apa yang nak ditunggu lagi. Cepat hubungi saya di 018-5776940 untuk pembelian serta pertanyaan lanjut.


Call / sms / whats app : 018-5776940

COD Ipoh

Akibat Kekurangan Zat Besi Kepada Wanita

Ramai yang tak tahu sebenarnya zat besi sangat penting kepada wanita. Dan sebenarnya wanita banyak kehilangan zat besi terutama ketika proses kelahiran dan juga ketika haid. Kebanyakkan masalah yang dihadapi wanita adalah berpunca dari kekurangan zat besi juga.


Mari kita lihat kesan kekurangan zat besi :

1. Pucat
Sekarang ni kalau tak mekap mesti pucat je muka kan. Tak nampak glowing or berseri. Jenuh la mwncari produk kecantikan untuk mengglowkan balik wajah. Tetapi punca sebenar adalah kekurangan zat besi. Kalau zat besi cukup dalam tubuh, akan terpancar kemerahan di kulit wajah dan juga bibir. Ini barulah dinamakan natural beauty.

2. Penat

Wanita zaman sekarang ni ibarat superwoman. Hampir segala tugas dari A hingga Z digalas di bahu wanita. Dan selalu juga kita dengar rintihan dari wanita yang mengatakan mereka sangat penat atau letih. Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan wanita mudah penat. Ini adalah kerana kekurangan sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.

3. Haid yang banyak
Makin meningkat usia, masalah haid berlebihan juga kerap terjadi. Makin banyak pengaliran haid bererti makin banyak juga tubuh kehilangab zat besi. Punca haid yang banyak sebenarnya adalah kerana kekurangan zat besi juga. 

4. Kuku rapuh
Kekurangan zat besi juga menyebabkan kuku mudah patah dan rapuh. Anda boleh lihat keadaan kuku anda juga semakin menipis

5. Rambut gugur

Pengaliran darah yang tidak lancar ke seluruh tubuh juga menyebabakan akar rambut menjadi lemah. Ini menyebabkan rambut mudah gugur. Anda perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana jika dibiarkan anda akan berpotensi untuk menjadi botak.

6. Selera yang pelik
Anda mesti pernah berjumpa dengan rakan yang suka menggigit ais atau makan makanan yang tidak berkhasiat. Sebenarnya ini juga adalah tanda kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi dalam tubuh menyebabkan anda cenderong untuk memilih makanan yang kurang bernutrisi. 

7. Cepat mengah
Jika anda mudah mengah ketika melakukan aktiviti biada, ini bermakna anda kekurangan zat besi. Anda akan sering cepat merasa mengah atau nafas pendek walaupun aktiviti yang dilakukan tidak seberat mana.

8. Sakit kepala
Kekurangan zat besi menyebabkan otak menerima kurang zat besi dari sepatutnya. Tubuh akan tetap menghantar zat besi ke otak tetapi masih tidak mencukupi. Ini menyebabkan arteri membengkak dan seteruanya menyebabkan anda sakit kepala.

9. Dengupan jantung yang laju
Kekurangan zat besi dalam tubuh akan menyebabkan jantung mengepam lebih kerap dan lebih laju untuk mencukupkan penghantaran oksigen ke seluruh tubuh. Ini menyebabkan jantung berdegup laju. Keadaan ini amat bahaya kerana akan berisiko mendapat penyakit jantung dan jantung juga boleh membengkak.

10. Sering rasa kebas
 Simptom kebas adalah tanda paling mudah untuk mengetahui tahap zat besi di dalam tubuh anda. Jika anda cepat kebas walaupun baru duduk sekejap menandakan anda menghadapi masalah zat besi yang rendah di dalam tubuh.

Tanda-tanda di atas bukanlah tanda yang pelik atau jarang berlaku bukan? Saya pasti ramai yang mengalamai masalah di atas. So apa yang perlu dilakukan untuk memastikan zat besi di dalam tubuh sentiasa mencukupi?


Vitalea Shaklee yang diperkaya dengan zat besi amat mujarab untuk mengatasi masalah kekurangan zat besi. Vitalea merupakan multivitamin pertama yang dicipta di dunia. Ia paling cepat melarut di dalam tubuh sekaligus mempercepatkan kadar penyerapan vitamin dan mineral ke dalam tubuh. Kadang larut Vitalea lebih kurang 5 minit sahaja. Cuba bayangkan betapa pantas Vitakea meresap ke dalam segenap sel darah anda untuk memberi kebaikan ke seluruh tubuh anda.

Pengambilan Vitalea sebanyak 2 biji sehari mampu mencukupi keperluan zat besi anda. Anda boleh merasai perbezaan pada hari yang pertama anda mengambil Vitalea. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Sebab tu stok Vitalea memang wajib ada di dalam rumah saya. 

Bagi wanita yang hamil awal bulan juga sangat disarankan mengambil Vitalea sebagai supplement utama anda selain Ostematrix dan juga B Complex.

Vitalea tidak akan menyebabkan anda bertambah selera makan. Ramai yang takut bak ambil multivitamin kerana dikaitkan dengan pertambahan selera makan. Ini hanya mitos semata-mata. Malahan Vitalea sangat penting bagi yang ingin diet kerana Vitalea membantu memenuhi kekurangan nutrisi anda sepanjang diet. So, tidak perlu risau kenaikan berat badan anda ye.


Vitalea hanya berharga RM88 sebotol dan mengandungi sebanyak 120 biji iaitu boleh bertahan sehingga 4 bulan. Sila hubungi saya di 018-5776940 untuk pembelian juga pertanyaan lanjut.


Untuk pembelian secara online sila klik icon di bawah.




Call / sms / whats app : 018-5776940

COD Ipoh

Alfalfa Tambah Susu Badan

Alfalfa merupakan salah satu supplement wajib di dalam Set Penyusuan Shaklee. 


Hari ni saya nak kongsi bagaimana Alfalfa membantu saya dalam membengkakkan Cik B saya. Susu penuh seperti di dalam pantang. Anak saya pn naik lemas sebab susu overflow. Tak sangka pula sampai macam tu sekali penangan Alfalfa Shaklee ni.

Saya pernah cuba buat eksperimen dengan Alfalfa ni. Jika sebelum tidur saya tidak mengambil Alfalfa, pengeluaran susu badan saya seperti biasa tetapi kadang-kadang macam tidak cukup untuk bayi saya kerana bayi saya kerap bangun minta susu seperti tidak kenyang.


Tetapi apabila saya mengambil Alfalfa sekurang-kurangnya 3 biji sebelun tidur, saya pasti akan mengalami bengkak susu seperti di dalam pantang. Bayi saya dapat menyusui hingga sekenyang-kenyangnya dan kurang berjaga untuk minta susu. So dapatlah saya tidur dengan lena.



sila klik untuk papran yang lebih jelas

Alfalfa juga merupakan supplement di dalam Set Kurus Shaklee yang bergabung dengan Lecithin. Saya memang mengamalkan Set Kurus Shaklee lepas bersalin untuk memastikan badan kekal langsing walaupun dah beranak tiga. 

Tapi kesan sampingan yang saya perolehi akibat daripada pengambilan Alfalfa adalah susu badan yang sentiasa banyak melebihi keperluan bayi saya. Peti ais atas pun dah penuh dengan susu beku saya. Sampai saya dah malas nak pam susu. Serius tau!

Dalam Alfalfa ni ada agen perangsang pengeluaran susu badan. Justeri itu Alfalfa boleh menjadi milk booster bagi ibu yang menyusukan. No wonder lah kan? 


Alfalfa juga kaya dengan protein, kalsium dan juga klorofil

Alfalfa berupaya menangani masalah bau badan, masalah kolesterol yang berlebihan, masalah arthritis, masalah kolon dan ekzema di mana Alfalfa bertindak untuk detox toksid di dalam badan.

Bagi wanita lepas bersalin amat baik mengambil Alfalfa di mana Alfalfa juga bertindak seperti Kacip Fatimah iaitu merapatkan bahagian intim wanita, mengatasi masalah keputihan dan juga mengecutkan rahim lepas bersalin.

Sila hubungi saya di 012-2827736 atau 018-5776940 untuk pembelian Alfalfa anda. 

Alfalfa hanya berharga RM53 untuk botol kecil yang mengandungi sebanyak 330 biji Alfalfa. 


Cara pengambilan Alfalfa untuk tujuan menambah susu badan akan diajar kepada anda sejurus selepas pembelian dilakukan.

So apa tunggu lagi? Hubungi saya sekarang. Whats app pun boleh ye. Jom kongsi cerita atau masalah anda. Mungkin saya boleh membantu. :-)

Untuk pembelian secara online sila klik icon di bawah.




Call / sms / whats app : 018-5776940 

COD Ipoh