Bahaya Simpan Bawang Merah Yang Telah Dikupas

Ramai dah ulas tentang isu ni. Tapi kita sebagai mak-mak yang terlebih rajin ni memang gemar sangat kupas bawang merah banyak-banyak. Supaya nanti nak masak tak perlu kupas dah. Tambah mak yang bekerja tu. Balik rumah terus nak masak.

Tapi dah timbul pula isu bawang merah yang telah dikupas boleh memudaratkan kesihatan. Macam mana ni?

Benarkah bawang merah boleh nenyerap virus serta bakteria? Ya memang betul.


Jika kita mengalami demam atau selsema, salah satu rawatan semulajadi adalah dengan meletakkan bawang nerah yang telah dikupas dan dibelah dua di dalam kawasan rumah atau bilik. Ini bertujuan untuk menyerap segala virus yang ada dalam rumah.

Selain dari itu, letakkan juga bawang merah yang dihiris di dalam stokin kaki. Bertujuan yang sama iaitu untuk menyerap keluar virus dari dalam badan.

Kesannya? Dalam masa satu hari b9leh dilihat demam atau selsema berkurangan. Menakjubkan kuasa Allah dalam mencipta rawatan buat manusia melalui tumbuh-tumbuhan.

So berbalik pada persoalan kita tadi, bahaya ke simpan bawang merah yang telah dikupas? Nak ikutkan memang bahaya sebab bawang merah itu tadi telah menyerap segala macam virus dan juga bakteria.

Tapi jangan risau. Anda boleh simpan bawang-bawang merah anda dalam bekas tertutup dan lagi bagus kalau kedap udara. Bawang bukan sahaja kekal segar berminggu-minggu, malah bawang anda tidak dapat menyerap virus dan juga bakteria dari luar.

No comments:

Post a Comment