Cara Simpan sayur Supaya Kekal Segar


Hari ni kita nak belajar bagaimana nak simpan sayur-mayur supaya kekal segar berhari-hari atau berminggu atau silap hari bulan segar selama berbulan-bulan (jangan percaya).


Tips :
  • Jangan simpan sayur yang berlainan jenis dalam satu bekas yang sama
  • Sebelum simpan, buang tali atau getah yang diikat pada sayur. Daun-daun yang dah rosak di bahagian hujung sayur tu pun buang juga. Daun yang rosak boleh menyebabkan daun-daun sayur yang lain turut tercemar sama.


Lobak Merah

  • Buang daun hijau di bahagian atas lobak merah kerana daun lobak merah akan menyerap nutrien dari dalam lobak
  • Kemudian simpan lobak di dalam bekas bertutup yang berisi air


Terung

  • Simpan terung di dalam peti ais
  • Jauhi daripada sinaran matahari
  • Elakkan terung di simpan berdekatan dengan pisang, tomato dan juga tembikai

Ubi kentang

  • Elakkan simpan sayuran berubi bersama-sama. Contoh sayuran berubi ialah ubi kentang, ubi keledek dan bawang
  • Simpan ubi di dalam bakul yang terdedah pada udara
  • Gunakan dalam masa seminggu

Timun

  • Simpan timun jauh daripada tomato, tembikai dan juga pisang
  • Timun juga mudah rosak jika suhu terlalu sejuk
  • Jika anda simpan di bahagian sejuk peti ais, gunakan dalam masa 3 minggu
  • Seeloknya simpan di luar iaitu di bawah suhu bilik

Sayuran Berdaun Hijau

  • Bersihkan sayur dan potong ke bahagian kecil
  • Kemudian toskan lebihan air tadi
  • Simpan sayur di dalam tuala kecil dan ikat dengan getah
  • Tuala akan menyerap lebihan air pada sayur dan mengelakkan sayur hijau menjadi lembik

Harap post saya ini membantu anda semua. nanti kalau ada peua-petua lain saya share di entry baru ye. Thanx sudi membaca!


Untuk mendapatkan supplement Shaklee, sila hubungi saya, Lia di 018-5776940. penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju. COD di Medan Gopeng, Ipoh



No comments:

Post a Comment