Resipi Homemade Ayam Goreng KFC Yang Super Rangup


Anak-anak saya suka sangat dengan ayam goreng upin ipin. Macam mana rupa ayam goreng upin ipin tu? Ala yang bahagian drumstik tu la. Kan upin ipin suka makan ayam goreng bahagian peha. Nampak sedap sangat kan. Anak saya ni boleh cakap jenis picky eater atau cerewet bab makanan. Tapi kalau bagi ayam goreng upin ipin mesti laju je makan.

Untuk menjadi ibu mithali, saya dengan rajinnya belajar la buat ayam goreng upin ipin iaitu ayam goreng ala-ala KFC gitu. Senang je rupanya. Menjadi dengan jayanya. Rasa sedap, rangup dan juicy.





Bahan-bahan Ayam Goreng Ala KFC :

Seekor ayam

Perap dengan :
7 ulas bawang putih yang ditumbuk halus
Sedikit serbuk cili
Sedikit garam
Sedikit serbuk kari
Sedikit air untuk menggaul bahan perap

Ikut kesesuaian la ye. kalau nak pedas boleh lebihkan serbuk cili dan serbuk kari

* Perap selama sejam

Bahan Salut :
3 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam
Sedikit serbuk kari
Sedikit serbuk cili

2 biji telur

Cara-cara :

  • perap ayam selama sejam
  • selepas itu, gaulkan ayam dengan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Gaul bagi rata ke seluruh bahagian ayam
  • kemudian, di dalam bekas besar, campurkan kesemua tepung bahan salut dan gaul sebati
  • masukkan ayam yang telah digaul dengan telur ke dalam bekas besar tersebut
  • tutup bekas tersebut dengan rapat dan goncangkan bekas tersebut supaya kesemua bahan salut menyalut ayam dengan sekata. Senang kan, takde kotor tangan
  • goreng ayam di dalam minyak yang banyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Tutup periuk atau kuali semasa menggoreng
  • goreng lebih kurang 15 minit atau sehingga perang gelap

Tips :
Jika anda risau ayam anda tak masak di bahagian dalam, anda boleh kukus dahulu ayam tersebut. 

Selamat mencuba !



Untuk mendapatkan supplement Shaklee, hubungi saya, Lia melalui wassap/sms atau call di 018-5776940.

Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju. COD di Medan Gopeng, Ipoh

No comments:

Post a Comment