Tips Berpantang Sendiri Yang Mudah | Jadual Makan Ibu Dalam Pantang

Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan bayi keempat saya pada 29 Mac yang lalu. Puteri ke-4 saya dan suami ini diberi nama Sarah Binti Zulkifli sempena nama isteri Nabi Ibrahim.

Seperti mana kelahiran bayi kedua dan ketiga saya, untuk bayi keempat ini juga saya berpantang sendiri di rumah bertemankan suami dan anak-anak yang lain. Dua anak yang besar sudah bersekolah manakala anak ketiga akan tinggal dengan saya sepanjang hari.

Untuk entry kali ni dan seterusnya saya akan share beberapa tips atau petua untuk berpantang sendiri cara mudah. Sekarang semua serba mudah, walaupun berpantang sendiri namun ibu-ibu masih boleh mengamalkan pantang dengan betul.


Untuk kali ni saya nak cerita tentang makanan ibu dalam pantang. Sebenarnya tak susah ye untuk mengamalkan menu berpantang walaupun berpantang sendiri. Di bawah saya terangkan jadual makan saya setiap hari. InsyaAllah anda boleh ikut cara saya ni.

Saya bangun sebelum subuh seperti hari bekerja biasa. Ini kerana saya perlu menyiapkan anak yang bersekolah iaitu yang sulung darjah 1 manakala angahnya taska 5 tahun. Alhamdulillah anak-anak saya sudah boleh berdikari di mana mereka sudah boleh mandi sendiri dan pakai baju sendiri. Saya cuma menyiapkan pakaian sekolah dan juga memantau mereka ketika bersiap. Sambil tu saya akan pam susu badan dan ambil vitamin set pantang Shaklee iaitu Vitalea, Vitamin C dan juga B Complex. Sepatutnya ambil Zinc Complex sekali tapi Zinc dah lama kehabisan stok. Seterusnya anak-anak ini ke sekolah dihantar oleh daddy.

Kemudian saya akan bancuh kopi o hitam bersama gula. Dan ini menjadi minuman wajib saya setiap pagi. Kopi o panas dapat membantu membuang angin dalam badan dan memanaskan badan. Saya akan cicah biskut kosong bersama kopi o panas ni. Sedap sangat tau. Seterusnya saya akan mandi dengan mandian herba dan juga mandikan baby.

Dalam pukul 9 pagi tu saya akan ambil ESP Shaklee. ESP ni akan bagi tenaga dan buat rasa kenyang sampai ke tengahari. Saya juga akan pam susu lagi pada waktu ini. Kemudian saya akan bertungku. Kadang-kadang boleh terlelap masa bertungku ni.

Pada pukul 1 tengahari makanan saya akan sampai. Untuk pengetahuan anda, saya ambil servis mangkok tingkat. Mereka akan menghantar makanan untuk orang berpantang yang saya akan bincang terlebih dahulu sebelum saya bersalin. Oleh itu amat penting anda bersiap sedia mencari servis ini jika ingin berpantang sendiri. Harga pula tidaklah mahal. Hanya RM8 -RM12 untuk 2 orang makan iaitu saya dan anak ketiga saya.

Pada pukul 4 petang saya akan minum milo panas bersama roti atau biskut. Saya juga akan pam susu pada waktu ini. Lepas pam mesti rasa lapar gile kan.

Untuk makan malam saya pada pukul 7 malam saya akan makan nasi bersama lauk yang simple seperti daging salai atau anda boleh buat stok ikan bilis goreng.

Sebelum tidur ambil segelas ESP lagi.

Mudah kan? Tak perlu cerewet nak makan itu ini. Makanan dalam pantang yang ringkas dan ringan ini akan membantu akan turun berat badan dengan cepat. ESP boleh bantu tambah tenaga dan banyakkan susu. Air masak kena ambil lebih ye sebab kita menyusu anak.
Vitamin set pantang amat penting ye. Masa anak pertama saya tak kenal shaklee lagi. Lepas bersalin saya mengalami pening setiap hari. Rupanya kerana saya tak cukup nutrisi kerana menyusukan anak. Rambut saya juga banyak gugur selepas melahirkan anak pertama. Sampai boleh nampak kulit kepala tau. Alhamdulillah anak kedua dan seterusnya tiada masalah rambut gugur lepas ambil set pantang Shaklee. Susu badan juga banyak sampai tak muat peti ais la.

Untuk set berpantang Shaklee seperti di atas anda boleh hubungi saya di 018-5776940.

Nantikan entry saya seterusnya untuk tips pantang sendiri yang mudah.

No comments:

Post a Comment