Cara Kira Pergerakan Bayi Dalam Kandungan

Nampak macam mudah kan. Tapi sebenarnya ramai yang silap dalam mengira pergerakan bayi dalam kandungan.

Ok sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut tentang cara kira pergerakan bayi, saya nak terangkan dulu kenapa kita perlu kira peergerakan bayi. bermula dari usia kandungan 7 bulan, anda dikehendaki untuk mengira pergereakan bayi. Ini bertujuan untuk mengesan dengan awal jika bayi anda ada mengalami sebarang masalah sehingga boleh menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan.

Jika tidak dikesan dengan awal, anda tidak dapat memastikan sudah berapa lama bayi anda sebenarnya telah lemah di dalam kandungan. Cara mengesannya pula sudah tentulah dengan mengira pergerakan bayi setiap hari.

Cara kira pergerakan bayi :

  • Anda perlu kira pergerakan bayi dalam masa 12 jam. Waktu yang disarankan ialah bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 9 malam.
  • Setiap kali bayi bergerak akan dikira sebagai 1 pergerakan. Jika bayi anda bergerak dari kiri ke kanan dan menendang dalam masa yang sama, ia masih dikira 1 pergerakaan.
  • Catit di buku pergerakan sebagai 1 tick.
  • Kira pergerakan yang seterusnya sehingga cukup 10 pergerakan dan catitkan waktu jam bayi anda cukup bergerak sebanyak 10 kali.

Jika anda sibuk bekerja, dan tidak sedar bagi bergerak seterusnya, jangan risau. Teruskan mengira untuk pergerakan yang seterusnya sehingga pukul 9 malam nanti.

Apa yang perlu dibuat jika bayi bergerak kurang dari 10 kali sehingga 9 malam nanti ?

Segera ke hospital. Doktor akan memeriksa bayi dalam kandungan. Degupan jantung bayi akan diperiksa untuk memastikan cukup kadar denyutannya. Bayi juga akan di scan untuk dilihat sama ada terjerut tali pusat atau tidak. Jangan lengah ye ibu-ibu. Pergerakan bayi amat penting walaupun anda sudah hampir nak bersalin.

Contoh carta pergerakan bayi :

Image result for cara kira pergerakan bayi

Semoga bakal ibu semua selamat melahirkan bayi yang sihat. Rajin-rajin scroll blog saya ni untuk pelbagai info dan maklumat berkenaan kehamilan.

Untuk sebarang pembelian Set Hamil atau Set Bersalin Shaklee, sila hubungi saya Lia di 018-5776940. Anda boleh bertanya menegenai tahap kesihatan anda juga bajet anda untuk pembelian supplement. Kami mempunyai kumpulan ekslusif yang sudi mendengar dan membantu memberi konsultansi kepada anda.


Image result for set hamil shaklee


Image result for set bersalin shaklee




No comments:

Post a Comment