Tips Berpantang Sendiri Yang Mudah | Param Dan Pilis

Okay kali ni saya nak cerita pasal param dan pilis. Dua benda wajib untuk ibu dalam pantang namun semakin dilupakan. Ibu yang berpantang sendiri lepas ni jangan bagi alasan badan sakit-sakit sebab tak dapat pantang betul kerana tiada orang jaga.


Nampak macam remeh tapi sebenarnya mudah sangat dan penting sangat. Kenapa la ramai tak suka pakai param dan pilis ni ye.

Param ialah sejenis serbuk yang dibancuh dengan air suam kemudian disapu ke seluruh badan ibu selepas mandi. Fungsinya ialah untuk mengelakkan angin masuk ke badan ibu dengan cara menutup liang roma ibu dan juga untuk memanaskan badan ibu. Param ni bila disapu akan terasa hangatnya. Rasa sedap je badan tu nanti. Harga param ni pun amat lah murah. Kalau jenama Mustika Ratu atau Air Mancur tu RM2 je sepeket. Beli 2 peket pun cukup dah untuk 44 hari. Kalau nak yang tak perlu bancuh boleh beli jenama Afiat. Satu botol RM10 boleh tahan sampai habis pantang jugak.

Pilis pula herba yang disapu di dahi ibu. Fungsinya untuk mengelakkan angin naik ke kepala ibu dan menyebabkan sakit kepala seterusnya meroyan. Sakit kepala dalam pantang ni jangan buat main-main ye. Rasa nak hempuk-hempuk kepala tu ke dinding kalau dapat sakit kepala tu. Pilis jenama Air Mancur berharga RM1 sepeket. Sepeket tu pun boleh tahan sampai 44 hari pantang.
Kalau tak suke tampal pilis ni sebab nampak buruk gitew, anda boleh beli pilis dalam bentuk minyak jenama Anugerah. Harga dalam RM15.

Okey pilihan terakhir kalau anda tak nak sapu param dan pilis, anda boleh sapu minyak panas ke seluruh badan termasuk dahi. Macam-macam jenama minyak ada untuk ibu lepas bersalin. Antaranya jenama Afiat, Anugerah dan lain-lain buatan orang kampung. Sapu minyak ini ke seluruh badan termasuk tapak kaki. Kemudian barulah pakai stokin dan juga berbengkung. Buat sendiri pun boleh kan. So siapa yang pantang sendiri tu jangan bagi alasan tak ada orang jaga so tak boleh nak berparam berpilis ni ye. Mudah dan murah je. Sebelum bersalin beli siap-siap. Boleh cari di kedai jamu indon atau gugel je mesti ada jual online.

Macam biasa untuk set berpantang shaklee hubungi saya di 018-5776940.

No comments:

Post a Comment