Betul ke lapar sebab mengandung atau memang ibu ni kuat makan? Pastu mula la risau baby nanti lahir besar smpai kena operation, lepas bersalin nanti susah nak kurus balik dan macam-macam lagi kerisauan.

Bila tahu sahaja ibu disahkan hamil, ibu seharusnya menggandakan pemakanan seharian. Jika dulu makan sepinggan nasi, sekarang kne akan dua pinggan nasi. Begitu juga lauk dan sayur serta air.
Tapi harus dilihat juga makanan yang diambil. Pastikan makanan yang berkhasiat, bebas bahan kimia. Gula dan garam juga perlu dititikberat. Ibu hamil berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis dan juga darah tinggi.
Jika lapar, ibu boleh mengambil snek seperti kekacang, buah-buahan kering seperti kismis, kurma serta boleh juga minum susu kerana susu kaya dengan protein yang mengenyangkan.
Vitamin untuk ibu hamil pastikan diambil setiap hari ye!
Klik sini untuk lihat supplement untuk ibu mengandung dan juga bersalin.
No comments:
Post a Comment