Tudung Bawal Aidijuma

Sekarang ni macam hot je tudung bawal aidijuma or aj ni kan? Saya sebelum ni tak de langsung terfikir nak try tudung bawal aidijuma ni. Tapi my bff sorang ni asik2 cakap die ade order aj. Setiap kali dapat gaji mesti die beli tudung bawal aj ni.

So sy pun teringin la jugak nk melaram dengan dengan tudung bawal aj. Saya join group fb tudung bawal aidijuma. Rupa2nya banyak betul design tudung bawal ni. Cantik dan comel sungguh coraknya. Patut la ramai yang suka. Corak memang rare sangat. Ni contoh corak tudung bawal aidijuma. Tambah bila Datin Norjuma pakai memang semua nampak sangat2 lawa.





Memang kreatif betul idea Datin Norjuma. Tak sangka tudung bawal boleh ada pelbagai corak. Dan corak nya bukan sahaja corak abstrak seperti kebanyakkan shawl. Tapi corak dari cup cakes, aiskrim, flora dan juga fauna.

Selain dari terdapat pelbagai corak, tudung bawal aidijuma ni juga ada pelbagai label. Ada White Label, Green Label, Red Label dan juga Black Label. Harga berbeza mengikut label. Kualiti juga berbeza mengikut label.


Tudung bawal aidijuma ni juga boleh dijual balik secara preloved. Silap haribulan boleh daoat harga yang lebih tinggi jika mendapat permintaan ramai. So macam tak rugi if beli buat sebagai koleksi. Sape2 yang belum try beli tudung bawal aidijuma ni patut beli la ye.

No comments:

Post a Comment