Manjakani memang terkenal dengan khasiat untuk kesihatan dalaman wanita. Bagi wanita lepas bersalin memang sangat bagus diamalkan penggunaan manjakani. Saya sendiri suka menggunakan manjakani sebagai pencuci bahagian intim.
Caranya adalah dengan merebus manjakani. Rebus sehingga air rebusan menjadi coklat. Kemudian air tersebut boleh diminum dan dibuat sebagai pencuci harian bahagian intim. Rasa gatal-gatal akan segera hilang. Keputihan juga akan sembuh dengan sepenuhnya jika diamalkan selalu. Pastikan anda cuci bahagian intim termasuk rongga dalamannya sekali. Bahagian intim akan terasa segar dan nyaman sebaik sahaja dicuci dengan air rebusan ini. Tak perlu bazir duit beli pencuci di pasaran lagi.
Manjakani juga bertindak sebagai agen untuk merapat kembali bahagian intim dan juga menyembuhkan luka bersalin.
Bagi wanita sama ada pernah melahir atau tidak oernah melahirkan anak pasti akan mengalami kelonggaran bahagian intim akibat daripada aktiviti seksual juga aktiviti harian termasuk corak pemakanan. Penggunaan air rebusan manjakani sebagai pencuci juga membantu mengetatkan. Anda boleh merasai kesannya sebaik sahaja dicuci dengan manjakani.
Bagi menyembuhkan luka bersalin, anda perlu mengikis manjakani di lesung batu dan menyapu serbuk manjakani tersebut di tempat jahitan luka bersalin. Anda akan terasa sedikit pedih dan juga denyutan kerana manjakani sedang bekerja untuk menyembuh juga merapatkan kembali bahagian intim.
Manjakani juga boleh dimakan sebagai ulam. Caranya dengan meletakkan manjakani di atas nasi yang hampir masak. Manjakani akan menjadi lembut dan boleh dimakan bersama nasi sebagai ulam.
Amalan pemakanan dan meminum rebusan manjakani juga membantu mengurangkan berat badan terutama wanita lepas bersalin.
So rajin-rajin beli manjakani lepas ni ye. Kalau tak tau mana nak cari manjakani boleh cari di kedai mamak atau toko jamu. Harga tak mahal pn. Satu peket kecik yg mengandungi dalam 3 biji manjakani tu baru RM1. Murah kannnn...
Selamat mencuba!
Untuk supplement Shaklee cntct no ni 018-5776940.
No comments:
Post a Comment