Baru-baru ni iaitu pada 24 hb Januari yang lepas, Aidijuma telah melancarkan tudung bawal Black Labelnya yang terbaru. Corak Black Label atau BL yang terbaru adalah seperti dibawah. Memang sangat-sangat cantik. Saya juga membeli 3 helai BL yang baru ni. Hehe..
Black Label yang terbaru |
BL yang terbaru ini dilancarkan di CS atau Consept Store seluruh negara. Dengar cerita ada yang menunggu mulai jam 6.30 pagi. Ketika proses penjualan berlangsung, telah berlaku beberapa insiden seperti perebutan dan juga pergaduhan. Tidak kurang juga terdapat pembeli yang kurang beretika dengan memotong barisan. Inilah punca berlakunya pergaduhan. Suadan di CS juga dikatakan kurang selesa kerana keadaan tempatnya yang panas.
peminat AJ beratur panjang |
Bagi reseller yang dapat membeli dengan kuantiti yang banyak, mereka pula mengambil kesempatan dengan menjual BL baru ni dengan harga yang tinggi. Kalau di Online Store harga BL adalah rm33 sehelai. Tapi ada reseller yang menjual dengan harga sehingga rm80. Jangan tak percaya, ramai juga yang berebut nak membeli walaupun harganya tinggi!
Disebabkan tragisnya pelancaran BL kali ni, saya baca dari group Aidijuma ramai yang dah merajuk dan ingin menarik diri dari menjadi reseller Aidijuma. Amboi sampai merajuk. Ramai juga yang meminta Datin Norjuma suoaya mengkaji semula corak penjualan tudung bawal Aidijuma ni supaya adil pada semua pihak.Antaranya ada yang meminta supaya Datin mencetak bawal dengan lebih banyak lagi dan juga memansuhkan sistem reseller.
Jom cuci mata dengan beberapa pic tudung bawal Aidijuma cetusan idea.Datin Norjuma.
q
No comments:
Post a Comment