Ni petua yang saya baru buat. Selalu je kita dengar orang yang jarang masak sampai bawang tumbuh daun bukan? Kadang tu beli sebiji dua pun tetap tak abis guna and bawang tu rosak smpai tumbuh daun bawang.
Sama la macam saya ni pun. Asik membeli je. Tapi tak masak then buang je barang-barang mentah tu. Membazir bukan? Pastu bila datang niat and kerajinan nak masak, pegi dapur tengok-tengok bawang tak ada. Spoil je mood rajin aritu. Last sekali makan luar je la yunk! Bila masa anak and suami nak rasa air tangan mama/isteri ni ye dak.
Semalam saya pergi tesco. Murah betul bawang yang dijual. So saya beli banyak jugak la. Untuk mengelakkan pembaziran berlaku lagi, saya dapat idea ni. Kupas semua bawang then blender and simpan dalam chiller. Boleh tahan dalam sebulan lebih jugak insyAllah tak rosak. Yang penting blender dengan air masak bukan air paip okey.
Ni bawang yang saya beli. Bagi keluarga kecil dan jarang masak macam saya ni, bawang ni dah dikira agak banyak jugak untuk dihabiskan. Murah x??
Kupas semua dan cuci bersih.
Blender letak air sikit je tau. Simpan dalam bekas.
So bila nak masak cedok je sesudu dua. Bila tumis wangi je bau sebab bawang yang diblender atau ditumbuk ni memang kuat aromanya berbanding yang dihiris.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment