3 Makanan Sunnah Untuk Menambah Tenaga Batin

Segan rasa nak tulis entry kali ni. Tapi tulis jugak la sebab nak share dengan kawan-kawan semua. Ni untuk kesihatan juga ye. Termasuk juga untuk keharmonian rumahtangga dan juga ikhtiar untuk menambah zuriat.

Makanan sunnah ni ialah makanan yang dimakan oleh Nabi Muhammad yang amat kita kasihi. Setiap makanan yang dimakan oleh nabi pasti ada istimewanya dan tinggi khasiat. Bukan sahaja diakui oleh umat Islam, malah saintis seluruh dunia pun mengakui kehebatan makanan sunnah ni.

Jom kita tengok makanan sunnah yang membantu menambah tenaga batin lelaki mahupun wanita.

Madu

Image result for madu tualang

Orang tua-tua memang menjadikan amalan memakan telur ayam kampung dengan madu sebagai makanan kesihatan mereka. Baik untuk kesihatan dan juga tenaga dalaman. Caranya ialah dengan merebus telur separuh masak telur ayam kampung. Campurkan dengan sedikit madu. Dan ngap!

Selain dengan telur ayam kampung, madu juga boleh diambil terus. Boleh amalkan satu sudu besar madu setiap hari. Kalau ada batuk-batuk atau semput pun boleh sembuh dengan madu ni. Tapi pastikan madu diambil menggunakan sudu plastik ye.


Habbatus Sauda

Image result for habbatus sauda

Habbatus sauda ialah sejenis jintan hitam.  Nabi sendiri menyatakan bahawa segala penawar penyakit ada di dalam Habbatus Sauda kecuali mati. Habbatus Sauda mempunyai rasa yang sedikit pahit dan pedas dengan aroma seperti oregano. Ia boleh digunakan sebagai penambah perasa di dalam masakan kari, sayur goreng dan hidangan sampingan yang lain.


Kambing
Image result for lamb

Walaupun banyak mitos mengatakan kambing ni tak elok, merbahayakan kesihatan. Tapi bagi saya kambing tetap makan yang tinggi khasiat. Kambing menjadi hidangan mewah di hotel-hotel atau restoran mewah. Harga kambing lebih tinggi dari harga lembu. Kambing hanya memakan rumput jenis herba sahaja. Di situ kita boleh lihat bahawa pemakanan kambing itu sendiri hanya yang berkhasiat.

Ada yang mengatakan mereka merasa pening selepas makan kambing. Ini sebenarnya adalah healing proses di mana kambing bertindak memecahkan kolesterol di dalam pembuluh darah. Pengaliran darah yang baik di seluruh tubuh membuatkan badan sihat dan kuat.

No comments:

Post a Comment