Minyak zaitun antara minyak terbaik dunia. Ia juga makanan Sunnah bagi umat Islam. Terlampau banyak khasiat di dalam minyak zaitun ni baik untuk bayi sehinggalah ke golongan dewasa. Jom kita lihat antara khasiat minyak zaitun yang ramai tidak tahu.
1. Kanser
Ya memang minyak zaitun mampu membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan juga mencegah ia berulang kembali.
2. Penyakit Jantung
Minyak zaitun merendahkan paras kolesterol dalam darah dan seterusnya mengelakkan serangan penyakit jantung.
3. Tekanan Darah Tinggi
Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan minyak zaitun, rendah lemak tepu, sederhana kaya dengan karbohidrat dan serat larut daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin adalah pendekatan yang paling berkesan untuk pesakit kencing manis.
4. Obesiti
Walaupun berkalori tinggi, minyak zaitun telah ditunjukkan untuk membantu mengurangkan tahap obesiti.
5. Arthritis
Walaupun masih belum jelas sepenuhnya , kajian baru-baru ini telah membuktikan bahawa diet yang mengandungi tahap minyak zaitun yang tinggi adalah kurang berkemungkinan untuk mendapat rheumatiod arthritis.
6. Osteoporosis
Penggunaan minyak zaitun mampu untuk meningkatkan menyihatkan dan mnguatkan tulang. Ia memainkan peranan yang penting dalam membantu pesakit dalam penyerapan kalsium dan dalam mencegah bermulanya Osteoporosis.
Terdapat banyak pilihan minyak zaitun di jual di pasaran. Cari yang 100% semulajadi tanpa campuran bahan lain. Boleh amalkan dengan mengambil satu sudu kecil setiap hari. Boleh juga dicampurkan di dalam makanan seperti salad atau di dalam bubur nasi bayi.
No comments:
Post a Comment