Cara Menangani HB Rendah Bagi Ibu Hamil

Wanita hamil mesti dah biasa sangat dengan perkataan HB ni. Bila waktu pemeriksaa mengandung mesti risau je kalau kena cek HB kan. Sebab masalah HB ni memang selalu terjadi kepada wanita hamil. Jom kita baca sikit artikel berkenaan HB rendah.


Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja. Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya, katanya.

Bagi wanita hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl. Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit. Ketahuilah bahawa vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan. Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum.


Okay kesimpulannya disini, wanita hamil memang memerlukan zat besi sepanjang tempoh kehamilan. Oleh itu dusini saya nak suggest Vitalea Shaklee yang memang diperkaya dengan zat besi. Kalau baca art8kel di atas, Vitamin C membantu meningkatkan kadar penyerapan zat besi. Oleh itu Vitalea sangat bagus diambil bersama Vitamin C Shaklee. Ibu hamil disaran mengambil B Complex yang mengandungi asid folic bagi menampung tumbesaran janin yang sempurna.

Harga :


♡ Vitalea rm88 (120 biji)

♡ B Complex rm52 (120 biji)
♡ Vitamin C rm91 (180 biji)


Testimoni mengenai pengguna yang mengalami asalah Hb rendah.




No comments:

Post a Comment