Resipi Pavlova Mudah Lagi Sedap.

Pavlova seindah namamu. Sejenis kek yang agak unik kerana tidak menggunakan tepung dan dihiasi mewah dengan krim putar dan buah-buahan. Ni pavlova yang saya buat minggu lepas. 


Memang sedap. Anak-anak pun suka. Husband pun puji. Tu yang paling penting ye. Husband sy mmg.cerewat bab makanan..Kalau die dh puji tu maknanye memang terbaik la dah.

Jom tengok bahan-bahannya. 

4 biji putih telur sahaja.
- pastikan tiada air atau merah telur walaupun sedikit
- pastikan perkakasan bebas dari air atau lembapan. Lap kering-kering ye
- telur tu pastikan dalam keadaan suhu bilik
- saya guna telur saiz A

200gram gula castor
- saya kurangkan sikit dalan 180gram sahaja

sedikit esen vanilla
- untuk hilangkan hanyir telur

1 sudu kecil cuka masakan

1 sudu besar tepung jagung

Untuk Topping :

250ml krim putar
- putar krim dalam keadaan sejuk selepas keluar dari peti ais
- jika krim dalam keadaan beku, nyahbeku kan dulu krim dengan meletakkan krim di dalam suhu bilik
- goncang krim sebelum dibuka untuk memastikan bahagian air dan krim putar tidak terasing
- putar dengan kelajuan tinggi sehingga krim mengembang
- jangan putar terlalu lama nanti krim menjadi sangat kental dan lama kelamaan krim boleh pecah minyak jika diputar terlalu lama

Buah-buahan
- seeloknya buah yang masam untuk mengimbangi bahagian base pavlova yang manis

Cara Buat Base Pavlova :
1. Putar putih telur menggunakan mixer sehingga berbuih
2. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga putih telur bertanduk atau menjadi maringue. Jika diterbalikkan bowl, putih telur tak akan tumpah. Itu maknanya dah menjadi maringue la tu.

tu nampak macam bertanduk-tandyk tu. warna maringue ni berkilat seakan shimmery gitu
3. Masukkan esen vanilla dan mix lagi
4. Masukkan cuka dan tepung jagung. Kaup balikkan adunan guna senduk sahaja. Jangan guna mixer!
5. Last sekali lukis bulatan atas kertas minyak dan letakkan kertas tersebut di dalam loyang. 

sebelum dibakar
6. Tuang adunan.mengikut bulatan tadi. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 140°c. Bakar sehingga 50-60minit atau sehingga berwarna keperangan keseluruhannya.

selepas dibakar. rangup di luar lembut di dalam
Saya gunakan api bahagian bawah sahaja dan pembakaran menjadi cantik dan sekata

Dah siap! 

3

Sejukkan dan boleh ngap dengan penuh nikmat. Kalau nak beli ni harga dalam rm25. Itu pun kdg2 tak ade buah strawberi. Kos untuk buat sendiri lebih kurang rm10 je tau.

No comments:

Post a Comment