Cara Buat Minuman Bunga Kekwa @ Chrysanthemum

Selalu tak minum minuman di bawah? Kalau tengah panas terik memang sedap sangat minum air ni. Minum sejuk-sejuk mesti hilang dahaga dan rasa segar serta merta. 


Minuman bunga chrysanthemum atau bunga kekwa ni kita boleh buat sendiri di rumah jangan tak tau. Kosnya pun murah sangat. Jom kita lihat bahan dan cara buat.

Bahan-bahan :

1. Bunga kekwa @ chrysanthemum kering yang dibeli di kedai ubat cina. Satu peket tu rm4.50 je uolls.


2. Gula batu. (saya guna gula pasir je)
3. Air untuk merebus
4. Periuk

Okey. Caranya mudah sahaja.


● Rebus bunga ikut kehendak anda. 
● Saya rebus lebih kurang segenggam bunga untuk periuk kecil saya. 
● Rebus sampai keluar warna kekuning-kuningan. 
● Sambil tu boleh tambah gula ikut manis yang dikehendaki.
● Sejukkan dan boleh diminum.


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment