Resipi Makaroni Goreng Untuk Anak Yang Mudah Lagi Sedap!

Asik2 makan bubur nasi mesti boring kan! So hari ni saya buat makaroni goreng untuk anak-anak. Sebenarnya masak makaroni goreng ni lagi mudah berbanding masak bubur nasi or sup.

Jom tengok bahan-bahan dulu :


1 mangkok makaroni yang telah direbus
1 labu bawang besar saiz kecil
1 ulas bawang putih
1 keping dada ayam dicincang
Sayur (saya guna kacang peas, jagung dan carrot
2 pek sos cili kfc ( nak guna sos cili biasa pn boleh. ni salah satu langkah berjimat saya ketika di dapur)
Minyak zaitun untuk menumis
Sedikit garam

Caranya :
1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu dan naik bau
2. Masukkan ayam, kacau sebentar
3. Masukkan sayur dan kacau lagi
4. Masukkan sedikit air dan kacau lagi sehingga ayam dan sayur empuk dan masak 

cmpur sikit air untuk lembutkan ayam dan sayur

5. Masukkan sos cili

6. Akhir sekali masukkan makaroni tadi dan sedikit garam.

Dah siap! Sedap dan my kids suka!

Saya juga simpan dalam bekas tupperware kecik macam ni dan frozen untuk kegunaan ketika malas atau tak sempat nak masak. 

Selamat mencuba ye mommies!

No comments:

Post a Comment