Petua Tambah Susu

Assalamualikum..

Pembaca entry kali ni mesti dari kalangan ibu yang menyusukan, betul tak? Jika anda bukan menyusukan anak pun, masih juga boleh membaca entry ini. Mana tau boleh membantu kawan-kawan atau ahli keluarga yanga ada masalah dalam penyusuan bayi.



Ok mari kita lihat petua tambah susu yang boleh dipraktikkan oleh ibu menyusu.

1.   Perkara paling penting dalam penyusuan adalah kekerapan penyusuan. Anda semua kena ingat konsep 'demand and supply'. Lagi kerap anda menyusukan bayi, lagi banyak susu badan akan dihasilkan. Ini termasuk juga kekerapan mengepam susu. 

Ok bagaimana yang dikatakan kerap menyusukan anak?

  • Anda kena pastikan anda menyusukan bayi anda sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Dan pastikan setiap sesi penyusuan, bayi anda menyusu sehingga kenyang.
Bagaimana nak tahu bayi dan kenyang atau belum?

  • Setelah bayi anda melepaskan puting susu, anda sedawakan bayi anda dengan menepuk2 bahagian belakang bayi secara perlahan sehingga bunyi 'burrp' keluar dari tekak bayi anda. 
  • Kemudian, sambung semula sesi penyusuan. Kebanyakkan bayi akan menyambung kembali sesi penyusuan untuk kali kedua selepas sendawa kerana masih terdapat ruang kosong di dalam perut bayi selepas sendawa tadi.
Pastikan anda menyusu bayi di kedua-dua belah payudara ya!

2.   Petua tambah susu seterusnya adalah pemakanan. 
Terdapat banyak makanan yang boleh menjadi 'milk booster'. Pemakanan ini juga bergantung pada diri individu tersebut. Mungkin anda serasi dengan makanan A, manakala saya serasi dengan makanan B. Jadi anda kena selalu try and error dalam mengetahui mana satu makanan milk booster anda. Kadang-kadang anda juga perlu menukar milk booster anda sekali sekala apabila milk booster anda sekarang ini sudah kurang memberi kesan.

Antara makanan tambah susu badan adalah :

• Minuman / makanan bersusu. Seperti susu, horlicks, keju, yogurt, tairu dll.
• Halba - ambil satu sudu kecil halba dan basuh, rendam dalam air panas dan minum air serta halba yang direndam tadi
• Longan kering - boleh dibeli di kedai herba cina. Basuh, rebus dan minum air rebusan. Boleh dicampur gula batu. Sedap!
  • Kurma
• Jintan hitam - dikenali juga sebagai habatussauda. Boleh di beli di pasaran.
• Merungai - sejenis sayur yang dibuat rebus.
• Lobak putih
• Sawi
• Ikan yu
• Kucai

Pengalaman saya menyusukan dua orang puteri saya, kebanyakkan makanan yang menggunakan rempah banyak membantu dalam pengeluaran susu yang melimpah ruah. Seperti sup daging, nasi beriani atau gulai kari. 

Air putih adalah wajib ye dalam penyusuan bayi. Anda perlu minum air lebih banyak. Kalo tak minum air kosong, memang tak boleh menjadi petua di atas.



3. Petua tambah susu yang terakhir adalah urutan. Anda boleh amalkan mengurut payudara anda untuk mengaktifkan kalenjar susu badan anda. 
Urut bahagian payudara serta bahagian belakang badan anda di mana terdapat urat-urat bagi pengeluaran susu.


Selain dari petua tambah susu di atas, anda juga perlu membersihkan puting payudara anda selepas setiap kali sesi penyusuan, sentiasa berfikiran positif, tenangkan diri sepanjang sesi penyusuan, pastikan tempat penyusuan yang selesa dan juga sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan penyusuan bayi anda.

Semoga niat murni anda ingin menyusukan anak mendapat keredhaan olehNya.

Jika anda berminat untuk mendapat supplement tambah susu dari shaklee, anda boleh cuba :

• Set bajet tambah susu - Alfalfa rm53 (330 tablet. Sehari 3-6 tablet)

• Boleh tambah - ESP ( tahan 2-3 bulan )

• Untuk set optimum penyusuan. Anda boleh tambah :
  - Vitalea rm88 (4 bln)
  - B complex rm52 (4bln)
  - Vita-C rm92 (4bln)

Anda boleh mendapatkan harga vitamin di atas dengan harga yang lebih rendah dengan mendaftar sebagai ahli shaklee. Yuran seumur hidup rm75. Anda juga akan mendapat cash setiap bulan bagi pembelian vitamin melalui pengumpulan uv.


Sila hubungi saya untuk membuat pembelian vitamin atau urusan pendaftaran. Anda boleh call, sms atau whats app saya di 018-5776940
Lia
Pengedar Shaklee Ipoh




No comments:

Post a Comment