Doa Pelembut Hati Pasangan

Assalamualaikum..
Dalam rumahtangga pasti akan terjadi konflik sama ada kecil mahupun besar. Kunci utama dalam menangani apa jua konflik adalah kesabaran dan juga akhirnya kita perlu berbincang antara satu sama lain.

Tidak dilupakan juga berdoa memohon kepada Allah supaya rumahtangga dijauhkan dari konflik serta sentiasa dicurahi dengan kebahagiaan.

Bagaimana kalau kta mempunyai pasangan yang keras hati? Susah nak dibawa berbincang? Panas baran? Allah itu Maha Berkuasa. Mintalah pertolongan dariNya. Berdoalah kepadaNya supaya hati pasangan kita dilembutkan demi mempertahankan keharmonian rumahtangga.

Diantara doa-doa Pelembut Hati yang baik diamalkan oleh pasangan suami atau isteri supaya suami atau isteri yang keras hati, cepat marah dan mempunyai suami yang baran, degil supaya menjadi baik serta bertimbang rasa boleh juga diamalkan selepas setiap kali solat.



Baca 19 x doa ini dan berdoalah kepada Allah SWT supaya pasangan anda berubah menjadi seorang yang penyayang, penyabar supaya aman rumahtangga itu dan diberi kebahagiaan. Insha allah dipermudahkan dan dimakbulkan.





Terjemahannya:


Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Semoga doa kita dimakbulkan olehNya. Insyallah.. Aminn..


No comments:

Post a Comment