Cara Merawat Luka Lepas Bersalin Dengan Selamat

Assalamualaikum

Setiap proses kelahiran pasti akan terdapat luka. Luka lepas bersalin ini terdiri daripada dua jenis iaitu luka episotomi dan juga luka ceasarean. Luka episotomi terjadi apabila digunting oleh doktor bagi membantu proses kelahiran bayi. Tidak semua kelahiran normal mendapat luka episotomi. Terdapat juga luka biasa iaitu luka semulajadi yang terjadi sendiri semasa proses kelahiran.

Luka biasa lebih cepat sembuh berbanding luka episotomi kerana tidak melibatkan bahagian otot yang besar. Luka bersalin normal kebiasaannya akan sembuh dalam masa dua minggu.

Antara cara penjagaan selepas bersalin adalah seperti di bawah :

Bersalin normal 



  • pastikan pad ditukar dengan kerap bagi mengelakkan jangkitan kuman. kalau boleh tukar pad setiap kali ke tandas
  • pastikan kawasan luka sentiasa kering terutamanya selepas pergi ke tandas
  • jangan sapukan sebarang minyak pada luka bersalin
  • rendam bahagian luka di dalam air garam suam bagi mengelak infeksi bakteria juga untuk mengeringkan bahagian luka. (caranya ialah duduk di dalam besen yang beisi air suam dan dicampur dengan satu sudu besar garam halus - garam halalgel)

Bersalin Ceasarean


  • pastikan kawasan luka terdedah pada udara supaya sentiasa kering
  • jangan sapukan sebarang minyak pada luka bersalin
  • sapukan vitamin e pada luka yang telah kering bagi mempercepatkan penyembuhan luka

Penjagan Keseluruhan
  • amalkan pemakanan yang seimbang, kaya dengan nutrien bagi mempercepatkan pertumbuhan sel baru
  • elakkan makanan yang gatal atau yang boleh menyebabkan alergik
  • ambil makanan yang kaya dengan protein dan juga mineral zinc bagi mempercepatkan penyembuhan luka
Ramai ibu-ibu sekarang mengambil langkah bijak dengan mengambil supplement bagi membantu penyembuhan luka bersalin. Supplement Shaklee terutamanya amat bagus di ambil bagi ibu lepas bersalin. Ibu tidak perlu menunggu untuk suatu jangka tempoh masa, ibu boleh terus mengambil supplement sejurus selepas kelahiran.


Set Bersalin Shaklee telah menjadi pilihan ramai ibu-ibu. Keberkesannya terbukti dengan penyembuhan luka yang segera (walaupun luka bersalin secara pembedahan), ibu tidak letih dan seterusnya membantu pengeluaran susu ibu.

Sila hubungi Lia untuk mendapatkan konsultansi secara percuma.

LIA
Call / Whats app : 018-5776940



No comments:

Post a Comment