Jom Buat Sendiri. 4 Jenis Masker Daripada Madu Untuk Semua Jenis Kulit

Sekarang ni saya macam addicted sangat denganmadu. Sejak-sejak tahu kebaikan dan khasiat madu dengan lebih mendalam ni. So semakin rajin la sayang mengkaji kegunaan madu untuk manfaat kesihatan terutaman kecantikan wajah.


Semua suka cantik kan? Dan semua nak murah kan? So jom kita buat masker wajah sendiri menggunakan bahan utama iaitu MADU.

Masker Madu Untuk Kulit Berjerawat


Bahan-bahan

  • 3 sudu teh madu
  • 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Gaulkan madu dan serbuk kulit kayu manis sehingga sebati. kemudian sapu rata ke seluruh kulit wajah selama 15-30 minit. 

Kedua-dua bahan ini mengandungi agen anti-bakteri yang mampu menghapuskan bakteria penyebab jerawat. 


Masker Madu Untuk Kulit Kering


Bahan-bahan
  • 1 sudu teh avocado yang telah dilenyekkan
  • 1 sudu teh yogurt atau tairu
  • 1 sudu teh madu

Gaulkan kesemua bahan di atas di dalam mangkuk. kemudian sapu rata ke seluruh wajah selama 15-30 minit.

Lemak di dalam yogurt dan juga avocado akan meresap masuk ke dalam kulit untuk memberi kelembapan ke kulit wajah. Asid laktik di dalam yogurt akan membantu mengecilkan pori kulit, menggalakkan peningkatan kolagen kulit serta melembutkan kulit wajah.



Masker Madu Untuk Kulit Sensitif


Bahan-bahan
  • 1 sudu teh madu
  • 1 sudu teh gel aloe vera atau lidah buaya
Gaulkan kedua-dua bahan di atas. Sapukan ke kulit wajah untuk 15-30 minit. Bilas dengan air suam.



Masker Madu Untuk Kulit Parut Dan Berjeragat


Bahan-bahan
  • 1 sudu teh madu
  • 1 sudu teh jus lemon

Gaul rata kedua bahan di atas. Sapu rata ke kulit selama 10-20 minit.

Jus lemon akan menggelupaskan kulit wajah secara halus untuk memudarkan jeragat dan juga parut. Lakukan selalu untuk mendapat hasilnya.



Pengedar Sah Shaklee Ipoh
Lia 018-5776940

Penghantaran ke seluruh Malaysia. 
COD Medan Gopeng, Ipoh












No comments:

Post a Comment