15 Senarai Makanan Untuk Tambah Berat Badan Anak

Okey di sini disenaraikan secara ringkas makanan yang boleh bantu untuk tambah berat badan anak anda. 

Harus diingat, tambahkan kalori di dalam makanan. Bukan tambah kuantiti makanan. Perut kanak-kanak kecil sahaja. Mereka tak mampu tampung makanan yang banyak.

15 senarai makanan untuk tambah berat badan :
  1. Minyak zaitun
  2. Mentega
  3. Minyak sapi
  4. Keju
  5. Santan
  6. Susu penuh Krim
  7. Yogurt penuh Krim
  8. Peanut Butter
  9. Coklat bar dengan buah dan kekacang
  10. Avocado
  11. Labu
  12. Keledek
  13. Kekacang
  14. Telur 
  15. Pisang


Cadangan menu dan masakan :

Letak sesudu minyak / mentega / minyak sapi ke dalam bubur atau masakan anak


Sapukan roti dengan sapuan coklat seperti Nutella. Anak pasti suka!


Buat Avocado Shake iaitu blender Avocado dengan susu penuh krim. Hiasankan dengan coklat cair. My faveret ni.

Celupkan pisang yang telah dibekukan dengan coklat cair



Selamat mencuba ye. Kalau ada cadangan atau idea lain boleh kongsi di ruangan komen. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu hebat.

No comments:

Post a Comment