Ramai yang tak tahu sebenarnya zat besi sangat penting kepada wanita. Dan sebenarnya wanita banyak kehilangan zat besi terutama ketika proses kelahiran dan juga ketika haid. Kebanyakkan masalah yang dihadapi wanita adalah berpunca dari kekurangan zat besi juga.
Mari kita lihat kesan kekurangan zat besi :
1. Pucat
Sekarang ni kalau tak mekap mesti pucat je muka kan. Tak nampak glowing or berseri. Jenuh la mwncari produk kecantikan untuk mengglowkan balik wajah. Tetapi punca sebenar adalah kekurangan zat besi. Kalau zat besi cukup dalam tubuh, akan terpancar kemerahan di kulit wajah dan juga bibir. Ini barulah dinamakan natural beauty.
2. Penat
Wanita zaman sekarang ni ibarat superwoman. Hampir segala tugas dari A hingga Z digalas di bahu wanita. Dan selalu juga kita dengar rintihan dari wanita yang mengatakan mereka sangat penat atau letih. Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan wanita mudah penat. Ini adalah kerana kekurangan sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.
3. Haid yang banyak
Makin meningkat usia, masalah haid berlebihan juga kerap terjadi. Makin banyak pengaliran haid bererti makin banyak juga tubuh kehilangab zat besi. Punca haid yang banyak sebenarnya adalah kerana kekurangan zat besi juga.
4. Kuku rapuh
Kekurangan zat besi juga menyebabkan kuku mudah patah dan rapuh. Anda boleh lihat keadaan kuku anda juga semakin menipis
Pengaliran darah yang tidak lancar ke seluruh tubuh juga menyebabakan akar rambut menjadi lemah. Ini menyebabkan rambut mudah gugur. Anda perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana jika dibiarkan anda akan berpotensi untuk menjadi botak.
6. Selera yang pelik
Anda mesti pernah berjumpa dengan rakan yang suka menggigit ais atau makan makanan yang tidak berkhasiat. Sebenarnya ini juga adalah tanda kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi dalam tubuh menyebabkan anda cenderong untuk memilih makanan yang kurang bernutrisi.
7. Cepat mengah
Jika anda mudah mengah ketika melakukan aktiviti biada, ini bermakna anda kekurangan zat besi. Anda akan sering cepat merasa mengah atau nafas pendek walaupun aktiviti yang dilakukan tidak seberat mana.
8. Sakit kepala
Kekurangan zat besi menyebabkan otak menerima kurang zat besi dari sepatutnya. Tubuh akan tetap menghantar zat besi ke otak tetapi masih tidak mencukupi. Ini menyebabkan arteri membengkak dan seteruanya menyebabkan anda sakit kepala.
9. Dengupan jantung yang laju
Kekurangan zat besi dalam tubuh akan menyebabkan jantung mengepam lebih kerap dan lebih laju untuk mencukupkan penghantaran oksigen ke seluruh tubuh. Ini menyebabkan jantung berdegup laju. Keadaan ini amat bahaya kerana akan berisiko mendapat penyakit jantung dan jantung juga boleh membengkak.
10. Sering rasa kebas
Simptom kebas adalah tanda paling mudah untuk mengetahui tahap zat besi di dalam tubuh anda. Jika anda cepat kebas walaupun baru duduk sekejap menandakan anda menghadapi masalah zat besi yang rendah di dalam tubuh.
Tanda-tanda di atas bukanlah tanda yang pelik atau jarang berlaku bukan? Saya pasti ramai yang mengalamai masalah di atas. So apa yang perlu dilakukan untuk memastikan zat besi di dalam tubuh sentiasa mencukupi?
Vitalea Shaklee yang diperkaya dengan zat besi amat mujarab untuk mengatasi masalah kekurangan zat besi. Vitalea merupakan multivitamin pertama yang dicipta di dunia. Ia paling cepat melarut di dalam tubuh sekaligus mempercepatkan kadar penyerapan vitamin dan mineral ke dalam tubuh. Kadang larut Vitalea lebih kurang 5 minit sahaja. Cuba bayangkan betapa pantas Vitakea meresap ke dalam segenap sel darah anda untuk memberi kebaikan ke seluruh tubuh anda.
Pengambilan Vitalea sebanyak 2 biji sehari mampu mencukupi keperluan zat besi anda. Anda boleh merasai perbezaan pada hari yang pertama anda mengambil Vitalea. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Sebab tu stok Vitalea memang wajib ada di dalam rumah saya.
Bagi wanita yang hamil awal bulan juga sangat disarankan mengambil Vitalea sebagai supplement utama anda selain Ostematrix dan juga B Complex.
Vitalea tidak akan menyebabkan anda bertambah selera makan. Ramai yang takut bak ambil multivitamin kerana dikaitkan dengan pertambahan selera makan. Ini hanya mitos semata-mata. Malahan Vitalea sangat penting bagi yang ingin diet kerana Vitalea membantu memenuhi kekurangan nutrisi anda sepanjang diet. So, tidak perlu risau kenaikan berat badan anda ye.
No comments:
Post a Comment