Semalam teringin sangat nak makan kek pisang. Tapi telur tak ada pula di rumah. So saya cuba la buat kek pisang tanpa telur dengan sedikit kajian di google.
Alhamdulillah menjadi. Gebu dan sedap sama seperti kek pisang yang menggunakan telur. So kek pisang kali ni lebih jimat bahan dan kurang kolesterol. Weee...
Ni sumber google. Gambar kek pisang dalam henpon. Update b;log guna PC. Tapi same mcm ni rupa kek pisang saya. |
Bahan-bahan Kek Pisang tanpa telur :
8 biji pisang ranum saiz sederhana (saya tak tahu nama pisang yang saya guna tu. Tapi saiz sederhana besar la ye )
3/4 cawan minyak jagung / minyak masak
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil ovellet
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air panas
Cara-cara :
- Masukkan semua bahan ke dlam blender. Blender sampai kembang. Wah mudahnya!
- Letakkan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega
- Hias dengan potongan pisang di atas kek
- Bakar menggunakan oven pada suhu 180 darjah celsius selama 30 minit. (panaskan dulu oven sebelum tu ye )
Selamat mencuba!
Untuk pembelian supplement Shaklee, hubungi saya, Lia melalui wassap/sms atau call di 018-5776940.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju. COD di Medan Gopeng, Ipoh
No comments:
Post a Comment