Gigi Pertama bayi


Ibu-ibu yang baru beranak satu mesti excited nak tahu perkembangan bayi mereka. Daripada meniarap, menyulur, merangkak, meniti sehinggalah berjalan. Tak kurang juga pertumbuhan gigi pertama bayi. Umur berapa agaknya ya gigi bayi akan mulai tumbuh. mesti comel je bayi dengan gigi dua batang tu.

Bayi mulai tumbuh gigi pada umur 6 bulan dan ke atas. Kedua-dua bayi saya tumbuh gigi pada usia 1 tahun 3 bulan. Agak lewat bukan? Tapi sebenarnya ada baiknya jika bayi anda tumbuh gigi lewat. Gigi bayi akan lambat rosak dan kita akan mudah membersihkan gigi bayi kerana bayi sudah semakin cerdik dalam mendengar kata. So senang la kita nak suruh bayi duduk diam ketika memberus gigi. Jadi ibu semua jangan sedih kalau bayi lambat tumbuh gigi ye.

Tanda-tanda awal bayi tumbuh gigi :

  • Keluar air liur
  • Gemar menggigit
  • Meragam
  • Gusi bengkak
  • Demam

Pada ketika awal-awal bayi nak tumbuh gigi, ibu boleh bantu melegakan gusi bayi yang gatal tu dengan memberi bayi  buah-buahan yang dingin. Ibu juga boleh beri bayi mainan yang boleh digigit atau kita panggil teether seperti bawah.



Untuk gigi pertama bayi, ibu boleh gunakan berus gigi seperti bawah. Sarungkan ke dalam jari ibu atau ayah, kemudian berus gigi comel bayi perlahan-lahan. Tak perlu letak ubat gigi ye.




 Lia Pengedar Shaklee. Call /  SMS / Whastapp 018-5776940


No comments:

Post a Comment