Pori-pori yang besar boleh mencacatkan penampilan seseorang. Bukan sahaja tidak cantik dipandang, tetapi pori-pori yang besar juga mendorong kepada masalah kulit yang lain seperlu whitehead, blackhead dan juga lebihan minyak di muka.
Punca pori-pori besar :
- Faktor genetik - yang ini memang kita tak mampu nak ubah. Tetapi masih boleh perbaiki dan rawat
- Pengeluaran minyak berlebihan - sebenarnya punca kulit wajah mengeluarkan minyak yang berlebihan ialah kerana keadaan kulit yang kering dan menghantar signal ke otak untuk mengeluarkan lebih banyak minyak
- Kotoran - wajah yang tidak dibersihkan dengan betul akan membuat pengumpulan kotoran dan ini membuatkan pori besar kerana pori telah tersumbat dengan kotoran dan debu
- Sinar matahari - sinar matahari membuatkan kulit menjadi kasar dan ini mendorong kepada pembesaran pori
- Tidak mengamalkan regime penjagaa kulit - rutin penjagaan kulit yang tidak teratur dan lengkap seperti mencuci, menscrub, toner dan juga pelembap
No comments:
Post a Comment