Punca Anak Nakal - Salah Siapa


Kali ni saya nak cerita tentang anak yang nakal. Harap semua membaca dengan tenang dan berlapang dada. Kadang-kadang kita tak sedar salah siapa atau punca anak ini nakal. Kita merasakan bahawa memang mereka ini nakal dan tidak berpunca dari apa-apa atau dari mana-mana.

Jom lihat satu persatu antara faktor yang mendorong kenakalan anak. Supaya kita boleh membantu anka-anak ini memperbaiki tingkah laku mereka.



Kurang Kasih Sayang 
Selalu sangat dengar ayat ni. Tapi memang betul. Anak yang nakal ini selalunya kurang kasih sayang. Mereka tidak di tabur dengan kasih sayang yang secukupnya.

Anak yang tidak diberi kasih sayang, mereka juga tidak tahu memberi kasih sayang kepada orang lain. Adakah anda faham dengan statement ini?

Untuk melembutkan jiwa mereka, taburlah dengan kasih sayang sebanyak-banyaknya ke dalam jiwa mereka.


Keluarga Yang Tidak Harmoni Atau Ibu bapa Bercerai
Faktor ini banyak juga menyumbang kepada masalah tingkahlaku anak. Kemurungan, dendam dan juga kenakalan anak. Juga berkait dengan kekurangan kasih sayang jika salah seorang ibu atau bapa jarang meluangkan masa dengan mereka terutama selepas bercerai.

Bagi ibu bapa yang sering bergaduh atau bertekak di dalam rumah, ini kan memberi contoh kepada anak tersebut. Anak akan belajar untuk bergaduh bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu



Tekanan Daripada Orang Tua
Terdapat juga orang tua atau ibu bapa yang memberi tekanan hidup kepada anak. Ada yang terlalu mengongkong anak. Ada yang terlalu cerewet.

Bagaimana perkara ini membuat anak nakal? Jika anak sering di kawal, anak akan bertindak kasar untuk mendapatkan kebebasan. Anak akan merontan atau menjerit untuk meminta sesuatu kerana dia tahu dia tidak akan sesuatu dengan mudah dari ibu atau bapanya. Jadi dlam mengawal anak tu berpada-pada lah ye.



Anak Yang Mengalami Kekerasan Daripada Keluarga
Ini merujuk kepada cara layanan sesebuah keluarga. Terdapat juga keluarga yang mengamalkan tingkah laku yang kasar. Anak akan beljar dari apa yang die nampak. Kekasaran yang diterima dari kecil akan membuatkan anak merasakan kekerasan itu adalah sesuatu yang normal.



Salah Pergaulan
Ibu bapa kena ambil tahu rakan-rakan atau kenalan anak anda. Sama ada di kawasan kejiranan, taska atau pun sekolah. Elakkan anak bergaul dengan rakan yang kurang elok tingkah lakunya. Pengaruh utama anak-anak adalah daripada rakan sebaya. Oleh itu kenali rakan anak-anak anda.


Diharapkan entry saya kali ni dapat memberi kita kesedaran tentang perlakuan nakal anak. Meluntur buluh biarlah dari rebung. Saya doakan semua ibu bapa di dunia ini dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah, aaminn..




Untuk mendapatkan supplement Shaklee, sila hubungi saya, Lia di 018-5776940

Penghantaran melalui poslaju ke seluruh Malaysia. COD di Medan Gopeng, Ipoh

No comments:

Post a Comment