Masalah anak kurang berat badan sering berlaku terutamanya bagi anak berumur 1-6 tahun. Pada ketika ini anak sedang sibuk menerokai dan mempelajari banyak perkara baru. Pada usia 1-6 tahun anak baru mula belajar berjalan, bercakap dan sebagainya. Oleh itu tumpuan anak terhadap makanan adalah kurang. Bagi anak, waktu makan adalah waktu yang membosankan kerana banyak lagi perkara menarik yang boleh mereka lakukan. Silap hari bulan makanan mereka juga menjadI bahan mainan. Memang kerap sangat terjadi kan.
Dan ketika ini juga mereka lebih gemar minum susu jika lapar. Kerana minum susu lebih mudah tanpa perlu mengunyah. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana lama-kelamaan anak akan menjadi seorang yang tidak suka makan.
Seterusnya akan terjadilah masalah kurang berat badan. Masalah kurang berat badan bukan sahaja memberi kesan tidak elok kepada diri anak, malahan akan memberi kesukaran kepada ibu bapa kerana perlu membawa anak ke pemeriksaan doktor dengan kerap. Jadi disini banyak berlaku penggunaan masa dan tenaga. Apatah lagi jika kedua-dua ibu dan bapa bekerja.
Bagi anak pula, kekurangan berat badan akan menyebabkan masalah kesihatan kepada anak seperti masalah dari segi kesihatan dan juga perkembangan otak. Anak yang kurang berat badan juga akan mudah diserang penyakit. Namun bukan semua kanak-kanak mendapat kesan seperti ini. Terdapat juga kanak-kanak yang sihat membesar walaupun kurang berat badan. Faktor genetik keluarga juga mempengaruhi masalah kurang berat badan anak.
Oleh itu ibu bapa harus menitikberat permasalahan kurang berat badan anak dengan memastikan anak mendapat makanan yang cukup khasiat nutrisi.
Elakkan makanan yang tidak bernutrisi seperti air manis dan jajan. Gantikan snek anak dengan buah-buahan. Pastikan anak mendapat makanan 5-6 kali sehari. Dan masukkan juga tambahan minyak zaitun, mentega atau santan ke dalam masakan anak bagi menambah kandungan kalori.
Klik pautan di bawah bagi mendapatkan 15 Senarai Makanan Untuk Tambah Berat Badan Anak.
15 Senarai Makanan Tambah Berat Badan Anak
Jika anda anda sebarang komen yang membantu juga boleh tinggalkan di ruangan komen untuk dikongsi bersama.
15 Senarai Makanan Tambah Berat Badan Anak
Jika anda anda sebarang komen yang membantu juga boleh tinggalkan di ruangan komen untuk dikongsi bersama.
No comments:
Post a Comment