Ipoh | Menarik Lagi Tertarik

Ipoh merupakan ibu negeri Perak. Terletak di daerah Kinta. Ipoh kini sedang pesat membangun tetapi masih mengekalkan ciri-ciri bandaraya old skool. Ipoh boleh dikatehorikan sebagai nandar yang jauh dari hiruk pikuk kota. Ipoh masin aman, tiada masalah kesesakan lalu lintas dan mampu diduduki oleh golongan bawah dan pertengahan.

Kadar sewa rumah di Ipoh masih dalam anggaran RM300 untuk rumah teres kos rendah dan RM450 untuk rumah teres kos sederhana. Harga pembelian rumah pula masih boleh dibeli dengan harga bawah RM100,000.00 untuk rumah kos rendah.

Yuran taska dan pusat jagaan anak juga masih mampu milik dan tidak mencekik darah seperti di sesetengah negeri lain. 

Ipoh juga tidak dipenuhi dengan bangunan pencakar langit. Kita masih lagi boleh melihat gunung-ganang dan banyak tumbuh-tumbuhan di sekeliling bandar Ipoh. Ipoh memang dikelilingi dengan gunung dan bukit bukau.

Apa yang menarik di Ipoh buat masa kini? Jika anda nak tahu, sekarang ni Ipoh memang banyak sangat cafe bumiputera yang mempunyai konsep yang sangat menarik dan berbeza. Di bawah adalah antara senarai restoran atau cafe yang menjadi tumpuan di Ipoh. Semua bumiputera dan makanan memang sedap-sedap belaka.

1. Gomok


Ni antara restoran yang paling saya suke sebab makanannya teramat lah sedap. Tidur malam tak lena teringatkan makanan kt sini. Harga agak mahal tetapi kualitinya memang superb dan banyak. Kalo makan mesti kenyang gile. So sape tak makan banyak boleh kongsi ye. Gomok terletak di pusat bandaraya Ipoh berdekatan Gerbang Malam

2. Mat Periuk


Terletak di kawasan perumahan Bercham.

3. The Thumb's


4. Cafe 253 Classix


Banyak tak? Ada banyak lagi tau. Kalau datang Ipoh jangan lupe singgah makan tau.

Kat Ipoh juga ada shisha yang femes. Penggemar shisha datang dari jauh serata negeri sebab nak rasa shisha ni. GZ Hookah shisha terletak di Restoran Salam Corner, Greentown. 


Dah lebih 6 tahun beroperasi. Kira senior di Ipoh ni. Satu lagi tempat yang mesti anda lepak kalau datang Ipoh!

Okey selain ade restoran yang best dan sedap, Ipoh juga ada Gerbang Malam dan Memory Lane.

Gerbang Malam ~ dibuka setiap malam
Memory Lane ~ hanya ada pada pagi Ahad

So siapa-siapa yang tak suka dengan kesesakan lalu lintas dan harga mencekik darah di tempat anda, boleh la berhijrah ke Ipoh. Nak pegi kerja dalam 10 minit boleh sampai dah. Waktu lunch boleh balik rumah tengok anak. Best kan?

No comments:

Post a Comment