Tips Jimat Beli Baju Sekolah Anak



Tahun depan anak sulung saya akan masuk sekolah darjah 1. So bermulalah kelam si mama ni. Dengan zero info pasal persekolahan anak. Mana nak beli baju sekolah, nak beli buku, yuran dan lain-lain.

Dah survey harga di AEON iaitu jenama Canggih dan SCHOOL. Sehelai baju kurung sekolah rendah Canggih berharga RM29.90 dan tiada diskaun ye. Manakala jenama SCHOOL berharga rm23 selepas diskaun 20%. Kualiti Canggih dan School antara yang terbaik jugalah setelah saya bertanya dengan para-para ibu yang lebih berpengalaman.

Dan ada juga kawan saya yang suggest beli di Pasaraya Ku iaitu yang menjual pakaian sekolah jenama Black Cat.
Image result for pasarayaku  ipoh
Untuk pengetahuan semua, Black Cat jenama yang agak lama juga di pasaran dan terkenal dengan pakaian sekolahnya. Dan kualiti kainnya setanding Canggih atau School (bagi pendapat saya la). Material kain jenama Black Cat menggunakan kain jenis licin yang selesa di pakai dan warna tidak cepat luntur. Ini kerana kawan yang suggest tadi boleh gunakan pakaian sekolah anaknya untuk 2 tahun (atau lebih) kerana kainnya masih utuh seakan baru. So next year beli lagi sehelai je la kot. Or boleh pass baju kakak untuk adiknya pula. Dan material Black Cat juga sesuai untuk kanak-kanak berkulit sensitif termasuk eczema kerana anak kawan saya ni ada eczema. Bagus tak?


Image result for pakaian sekolah black cat
Harga untuk sehelai baju kurung jenama balck cat saiz 22 atau saiz darjah 1 ialah RM14.50. Murah tak? 2 helai baju kurung Black cat menyamai sehelai jenama Canggih. So buat pilihan yang bijak ye ibu-ibu semua.

Lain-lain item di Pasaraya Ku :
Baju kurung sekolah rendah darjah 1 RM14.50
Kain Sekolah rendah darjah 1 RM15.50.
Tudung jenis lycra 1 lapis (soft awning) RM5.50
Anak tudung putih RM1.50
Kasut canvas hitam (anak saya sekolah rendah agama) RM13.90
Stokin 2 pasang RM4.90
Singlet budak perempuan RM2.50

Jumlah besar RM58.30

Murah ke murah? Senarai di atas untuk 1 set pakaian lengkap. Disarankan beli 3 atau 4 pasang.

Anda boleh lihat dan rasa sendiri kualiti kain Black Cat ni. Memang menyamai kain branded. Happy shopping dan selamat berjimat!




No comments:

Post a Comment