7 Kebaikan Menyusui Bayi Dengan Susu Ibu (Buat Para Ibu)


Di sini saya ingin memberi beberapa kebaikan menyusukan bayi dengan susu ibu berdasarkan pengalaman saya sendiri menyusukan 3 orang puteri saya.

Buat pengetahuan pembaca semua, saya agak obses dengan penyusuan susu ibu. Bukan sahaja kerana kebaikan dari susu ibu itu sendiri, malah penyusuan susu ibu memudahkan lagi para ibu.

Kenapa saya cakap memudahkan para ibu? Baca di bawah :

Image result for baby sleeping
1 💜 Bayi yang menyusui dengan susu ibu lebih tenang dan lebih mudah tidur. Bayi yang menyusui susu ibu akan merasa tenang ketika rapat dengan ibu ibarat merasa masih di dlam rahim. Ini mendorong mereka merasa tenang dan memudahkan mereka untuk tidur.

Ini memudahkan para ibu kerana tidak perlu mendodoi bayi supaya tidur, malah bayi akan tidur dengan sendirinya.


Image result for baby colic
2 💜 Bayi yang menyusui susu ibu tidak mudah mendapat kembung perut. So ibu tak perlu susah-susah menyapu minyak angin pada bayi atau melayan ragam bayi yang tidak selese kerana perut kembung. bayi yang menyusui dengan susu formula mudah mendapat kembung perut kerana bayi anda menyedut bersama angin yang ada di dalam botol susu ketika mereka menyusu. Susu formula juga kadang-kadang boleh membuat bayi tidak selesa perut kerana kurang sesuai untuk perut bayi


Image result for baby burp
3 💜 Bayi yang menyusui dengan susu ibu tidak perlu disedawakan.


Image result for plain water for baby
4 💜 Bayi yang menyusui susu ibu tidak perlu diberi air masak seperti mana bayi yang menyusu dengan susu formula.



Image result for baby poo
5 💜 Bayi yang menyusui susu ibu tidak kerap membuang air besar. Bayi yang ekslusif breastfeed hanya akan membuang air besar 3-5 hari sekali. Pempes pun jimat.


Image result for mom wake up at night
6 💜 Ibu tidak perlu bangun tengah malam untuk membancuh susu formula, hanya perlu selak sahaja baju dan bayi akan menyusui badan secara terus. Ini memang sangat bagus terutama ketika waktu malam.


Image result for cloth diaper
7 💜 Ibu boleh menggunakan cloth diaper untuk bayi yang menyusui susu badan kerana bayi ini membuang air kecil dengan kuantiti yang sedikit dan jarang membuang air besar.

Jimat banyak dengan penggunaan cloth diapers ni. Saya beli sebanyak 20 helai cloth diaper ketika anak yang pertama. Dan saya meggunakan cloth diaper tersebut sehingga bayi berumur 2 tahun. Dan saya gunakan cloth diaper yang sama untuk ketiga-tiga anak saya. Cuba kira berapa banyak saya ddah jimat dari segi pembelian lampin pakai buang.



Image result for good
Haa banyak tak kebaikan yang para ibu dapat jika menyusui bayi dengan susu badan terutama ketika pantang. Sebab itulah saya sangat-sangat menggalakkan ibu menyusui bayi dengan susu badan. Mulakan dengan penyusuan secara ekslusif semasa baru baru lahir sehingga ke 6 bulan.

Selepas 6 bulan boleh ajar bayi mengambil solid food dan teruskan dengan susu ibu sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun.

Diharapkan para ibu mendapat semangat untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu setelah membaca kebaikan yang anda akan perolehi.


Bagi ibu yang ingin menambah susu badan, anda boleh mengambil Set Tambah Susu Badan Shaklee yang semestinya selamat buat anda dan bayi.
Image result for SET TAMBAH SUSU IBU
Set Bajet yang terdiri daripada ESP dan Alfalfa. Hanya lebih kurang RM70 sebulan

Image result for SET TAMBAH SUSU IBU
Tambahan Lecithin untuk melancarkan susu badan bagi yang ada duct clog dan untuk membuang lemak bagi ibu yang ingin menguruskan badan. Lecithin hanya berharga RM50+

Untuk sebarang pembelian supplement tambah susu badan, anda boleh hubungi saya dengan wasap saya di nombor 018-5776940. Saya sudi berkongsi cerita dan pengalaman saya bersama anda. Anda juga boleh juga drop komen di bawah untuk share lagi kebaikan susu ibu.


Bagi pembelian Set Tambah Susu badan secara online dari Shaklee, sila klik icon di bawah.








No comments:

Post a Comment