Salam Aidilfitri 2015 | 1436H



Sekejap sahaja sebulan Ramadhan berlalu. Alhamdulillah kita dapat menunaikan ibadah puasa dan melakukan amal ibadat yang lain untuk mendapat bonus pahala di tahun ini.

Saya sangat rindukan Ramadhan yang lepas kerana Ramadhan yang lepas merupakan Ramadhan pertama saya sebagai surirumah sepenuh masa (saya sedang mengambil cuti tanpa gaji kerana menjaga selama 1 tahun). Saya juga amat mengharapkan untuk menjadi surirumah sepenuhnya selepas ini. Semoga Allah perkenankan doa dan niat murni saya untuk menjaga anak-anak dengan sepenuhnya di rumah.

Sepanjang beraya ni jangan lupa menjaga kesihatan diri dan juga anak-anak. Jika cuaca tengah panas terik, elakkan berada di luar rumah. Makanan dan minuman juga perlu dipantau, pastikan air kosong diambil dengan secukupnya. Kurangkan juga minuman manis dan berais, nanti boleh sakit tekak tau.

Jika anda ada bayi kecil, kurangkan berjalan beraya ke rumah yang ramai orang. Ini untuk mengurangkan pendedahan kuman atau bakteria yang tidak elok untuk bayi anda. Elakkan juga orang yang tidak dikenali dari mencium atau memegang bayi anda bagi mengelakkan jangkitan virus seperti demam, selsema dan batuk. Sistem imun bayi ni masih belum kuat so senang nak dapat infection jika ada virus.

Bagi yang pulang beraya di kampung pastikan anda berhati-hati sepanjang perjalanan pergi dan balik. Pastikan kenderaan anda juga dalam keadaan baik dan telah di servis.

Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri Maaf Zahir dan Batin. Salam kosong-kosong dari saya Norlia Omar.

Bagi yang mencari supplement seperti Set Kurus, Set kesihatan, Set Ibu Hamil, Set Ibu Menyusu atau supplement untuk anak boleh lah hubungi saya pengedar Shaklee kawasan Ipoh di wassap 012-2827736. Saya bersedia memberi konsultansi untuk anda. Sama-sama kita menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment