Gajet dan kanak-kanak memang tidak boleh dipisahkan lagi buat masa kini. Anak-anak saya juga terlalu taksub dengan gajet. Bangun tidur sahaja dah cari handphone sebab nak tengok youtube. Pandai pulak tu bukak youtube. Saya tak ajar mereka, tetapi mereka belajar melalui lihat apa yang saya buat. Dekat youtube tu pandai pulak nak cari karton feveret. Macam-macam cerita yang keluar. Haa di sini pastikan anda sekat video-video yang tidak elok seperti video berunsur lucah atau ganas.
Terdapat kebaikan dan keburukan pendedahan gajet terhadap kanak-kanak. Ibu bapa harus mengambil peranan yang besar dalam mengawal penggunaan gajet terhadap anak sendiri. Umur kanak-kanak berkait rapat dengan pengunaan gajet. Kita sebagai ibu bapa tidak boleh alpa dengan mengambil jalan singkat memberikan gajet kepada anak. Di bawah adalah garis panduan penggunaan gajet kepada anak mengikut umur.
0-3 tahun: Elakkan penggunaan gajet ketika umur ini. Interaksi manusia adalah paling utama pada peringkat ini iaitu rasa ingin tahu, imaginasi dan pembelajaran yang tinggi. Ia juga adalah satu masa untuk pembelajaran bahasa yang penting. Banyakkan berinteraksi dengan anak dengan cara bersembang dan bermain.
3-6 tahun: Benarkan kanak-kanak memaksimumkan penggunaan gajet dengan penyeliaan berkala. Tempoh ini adalah usia untuk membina kemahiran bahasa asas kanak-kanak dan persediaan mereka untuk ke peringkat pembangunan sosial. Gunakan gajet yang ada untuk kegunaan pendidikan seperti pembangunan pra-membaca, membaca dan kemahiran matematik. Ibu bapa boleh install pelbagai game yang boleh mengasah minda anak. Pastikan anak bermain dengan kawalan orang yang lebih dewasa. Dinasihatkan pada usia ini, penggunaan gajet dihadkan ke tempoh satu jam sehari.
6-9 tahun : Tempoh maksimum penggunaan gajet pada usia ini adalah sepuluh jam seminggu. Penggunaan gajet haruslah menggabungkan beberapa penggunaan terutamanya pendidikan dan beberapa permainan. Pada peringkat ini kanak-kanak seharusnya mendapat manfaat daripada pelbagai aktiviti fizikal, sosial dan intelektual sebelum mereka mula masuk ke alam dalam remaja. Jangan dibiarkan keseluruhan masa lapang anak-anak dihabiskan dengan gajet.
9-12 tahun : Kanak-kanak pada usia ini lebih dapat menghubungkan media sosial melalui gajet ke dalam kehidupan harian mereka. Ibu bapa memainkan peranan dalam memantau bagaimana mereka menggunakan media sosial. Keselamatan dalam talian, kesesuaian kandungan dan pengekalan keseimbangan antara dunia nyata dan dunia luar talian adalah isu-isu kritikal bagi ibu bapa di peringkat ini
Gajet ni jika digunakan dengan cara yang betul akan memberikan 1001 kebaikan buat si anak. Begitu juga sebaliknya, jika digunakan dengan cara yang salah, akan terdapat 1001 jalan kemusnahan yang terbentang buat anak. Didik anak dari kecil untuk melihat amna yang baik dan mana yang buruk supaya mereka bijak memilih jalan untuk diri sendiri ketika mereka dewasa kelak.
No comments:
Post a Comment