Berapa Jam Anak Anda Perlu Tidur Setiap Hari Untuk Membesar Dengan Sihat



Tidur sangat penting bagi bayi dan kanak-kanak. Perkembangan otak mereka berlaku ketika mereka sedang tidur. Bayi dan kanak-kanak yang kurang tidur akan mengalami masalah dari segi emosi dan juga fizikal.

Mereka akan lebih mudah meragam jika kurang tidur dan ini pastinya akan merisaukan ibu bapa. Ibu bapa juga akan mengalami masalah dalam menguruskan kehidupan seharian jika anak meragam atau tidak sihat. Sudah tentu kita risau dan tak dapat fokus ketika melakukan tugas  di pejabat atau kerja rumah jika anak asyik meragam bukan?

Di bawah adalah panduan jumlah tidur bagi bayi dan kanak-kanak mengikut umur. Pastikan anak anda mendapat tidur yang secukupnya seperti di bawah.


Bayi 1 - 4 minggu : 15 - 18 jam sehari.
Ini bukan bermakna bayi tidur selama 16 jam berterusan ye. Bayi akan tidur 2-3 jam dan akan bangun untuk menyusu. Jangan biarkan bayi tidur lebih dari 3 jam ye. Kejut bayi untuk minum susu dan tidurkan bayi anda semula selepas bayi menyusu dengan secukupnya.

Bayi 1-4 bulan : 13 - 14 jam sehari. 
Pada usia ini bayi sudah mula tidue dengan lebih lama iaitu 4 - 6 jam. Bayi juga sudah kerap bangun siang dan lebih mudah tidur pada waktu malam.

Bayi 4 - 12 bulan : 12 - 14 jam sehari.
Walaupun tempoh tidur yang baik untuk bayi usia ini adalah sehingga 15 jam, namun kebanyakkan maereka hanya dapat tidur sebanyak 12 jam sehari. Ini adalah kerana mereka telah mula aktif beraktiviti di siang hari. Pada usia ini mereka akan tidur 2-3 kali pada waktu siang iaitu pada pukul 9 pagi, 2 petang dan 5 petang. Dan pada sebelah malamnya mereka akan tidur dengan lebih lama.



Kanak-kanak 1 - 3 tahun : 11 - 12 jam sehari
Kebanyakkan kanak-kanak pada usia ini hanya akan tidur sekali pada belah siangnya dan akan menghabiskan baki tidur mereka pada waktu malam

Kanak-kanak 3 - 6 tahun : 10 - 11 jam sehari.
Mereka pada usia ini jarang tidur pada waktu siang. Oleh itu pastikan mereka masuk tidur pada pukul 9 malam supaya boleh bangun pada jam 7-8 pagi untuk mendapat tidur yang secukupnya.

Kanak-kanak 7 - 12 tahun : 10 - 11 jam sehari

Kanak-kanak 12 - 18 tahun : 8 -9 jam sehari

Di bawah ni ade ringkasan dalam bentuk gambar rajah.


So lepas ni boleh la kita mula kira jumlah jam anak-anak kita tidur supaya mereka mendapat tidur yang secukupnya.





No comments:

Post a Comment