Vitamin Shaklee


Masa saya mula-mula nak kenal vitamin Shaklee ni saya google tajuk di atas. Sebab saya memang tak tahu apa itu Shaklee. Dalam group FB "Kump. Ibu2 Yang Menyusukan" begitu popular vitamin Shaklee ni. Ada yang cakap Shaklee tak halal la, vitamin Shaklee besar la dan macam-macam lagi.

Tapi tak kurang juga yang puji vitamin Shaklee ni. Dan selalu juga saya ternampak perkataan vitamin semulajadi. Saya punyalah tak faham apa itu vitamin semulajadi.

Lama-kelamaan melalui pembacaan barulah saya tahu vitamin Shaklee ni dikenali sebagai vitamin semulajadi kerana kandungan bahan di dalam vitamin adalah dari bahan-bahan semulajadi seperti soya, jagung, biji anggur dan banyak lagi. Kira kandungannya tu kita boleh tahu dari mana. Tidak seperti sesetengah vitamin yang kandungannya tidak pasti atau terhasil dari sebatian kimia. Vitamin seperti itu dinamakan vitamin sintetik.

Dan sekarang juga saya sudah tahu bahawa syarikat Shaklee telah melaburkan jutaan ringgit untuk penyelidikan dan Shaklee sentiasa memastikan vitaminnya selamat dimakan melalui proses pembuatan dan pembungkusan yang teliti.

Harga vitamin Shaklee juga sebenarnya adalah jauh lebih rendah dari vitamin di pasaran. Tambahan pula kita boleh mendapat diskaun jika menjadi pengedar Shaklee. Tak perlu menjual pun masih mendapat diskaun bagi setiap pembelian. Keahlian hanya RM65 dan ia adalah untuk seumur hidup.

Vitamin Shaklee tidak dijual di farmasi atau pasaraya dan hanya terdapat di cawangan Shaklee yang sah di seluruh negara. Sekarang ini pembelian melalui online juga boleh dilakukan. 

Jika anda berminat dengan vitamin Shaklee atau berminat untuk menjadi pengedar Shaklee anda boleh hubungi mana-mana pengedar Shaklee termasuk saya. Hubungi saya di no u 012-2827736 (call / sms / whats app)


No comments:

Post a Comment