Apa Yang Ada Di Dalam Handbag Saya!

Handbag dan wanita memang tak boleh dipisahkan. Kalau keluar rumah tanpa handbag rasa macam tak lengkap je hidup tu kan. Handbag tu pulak bukan main lagi sendat & beratnya. Kalau boleh nak masukkan semua dalam handbag. Dari purse, alat mekap sampai la ke pelbagai aksesori.

Saya juga salah seorang wanita yang suka memberatkan handbag. Mungkin ini salah satu faktor kenapa saya rendah. Sebab bawak handbag berat sangat! 

Apa la yang banyak sangat barang dalam handbag tu kan. Jom kita tengok apa yang ada di dalam handbag saya.

1) Wristlet cum purse. Saya tak suka guna purse. Saya lebih gemar guna wristlet. Dalam wristlet tu ada wang, kad & segala macam dokumen penting.


2) Tab



3) Telefon bimbit



4) Beg mekap.



5) Buku nota dan alat tulis



6) Aksesori rambut anak



7) Beg kecil untuk kerongsang dan pin



8) Pelbagai jenis losyen saiz mini



Sebenarnya macam tak cukup lengkap lagi handbag ni. Sebab ni handbag saiz sederhana. Kalau saiz besar selalunya saya letak pempes anak, tuala kecil dan botol air minuman.

Fuhh.. patut la semput je mengangkut handbag selama ni.

No comments:

Post a Comment