Percutian Idaman Saya

Assalamualaikum..

Macam tajuk karangan budak sekolah pula entry kali ni ye. Kalau masa sekolah dulu memang selalu sangat la buat karangan macam ni. Tapi bila dah dewasa ni, tajuk entry begini memang memberi makna yang mendalam. Sebab memang teringin sangat-sangat bukan sekadar nk suka-suka.

Semua orang ada impian sendiri untuk melancong atau melawat tempat yang menarik di hati. So jom kita baca percutian impian saya.

Saya sebenarnya suka sangat nak pergi melancong ke Amsterdam. Saya tak tahu sangat apa yang menarik di sana tapi saya sebenarnya  saya teringin sangat-sangat nak melawat taman bunga kat sana. Taman bunga yang terbesar di dunia, Keukenhof Gardens. Perempuan dan bunga memang tak boleh dipisahkan ye..

Berkeluasan lebih 70 hektar. Dipenuhi dengan lebih daripada 7 juta kuntum bunga! Baca betul-betul.... 7 juta okey! Bunga yang utama dan paling popular adalah tulip.Tapi bukan tulip macam dekat sini ye. Tulip di sana besar-besar tau! Juga dikenali sebagai tulip gergasi.

Tapi taman bunga ni hanya dibuka pada musim bunga tulip berbunga iaitu kira-kira 8 minggu dalam setahun.

Disebabkan saya tak pernah lagi bercuti di sana, so gambar-gambar di bawah adalah ihsan dari pakcik google kesayangan ramai. Jemput cuci mata ye..





No comments:

Post a Comment